HONG KONG, 17 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Premia Partners, sebuah firma pelaburan terkemuka yang berpangkalan di Hong Kong dan penerbit ETF 10 Terbaik di Hong Kong, mengumumkan penyenaraian dua ETF akses pasaran yang direka sebagai blok binaan yang cekap bagi mengakses peluang-peluang di Vietnam dan Perbendaharaan AS pada 18 Julai.
Kedua-dua ETF yang disenaraikan dalam HKEx menawarkan kos pemilikan keseluruhan terendah dalam kategori-kategorinya di seluruh dunia dan direplikasikan secara fizikal.
"Kami berasa gembira untuk melancarkan MSCI Vietnam ETF yang pertama di dunia dan US Floating Rate Treasury ETF pertama di Asia yang memudahkan pelabur dengan akses pasaran yang cekap dan instrumen pengurusan kecairan tatkala mereka bersiap sedia untuk menerima peluang meskipun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran, konfigurasi semula rantaian bekalan global dan perjanjian perdagangan baharu termasuk CPTPP dan FTA bersama Vietnam," kata Rebecca Chua, Rakan Pengurusan Premia Partners. "Sebagaimana China A ETF, Emerging ASEAN ETF dan Asia Innovative Technology ETF kami, ETF ini dibina dengan mengutamakan piawaian institusi antarabangsa, menggabungkan ciri-ciri yang khususnya dapat menyelesaikan masalah yang dinyatakan oleh pelanggan."
Latar Belakang Premia Partners
Premia Partners ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 2016, oleh sekumpulan peminat yang percaya dalam mendayakan pelabur dengan instrumen pelaburan yang cekap dan menyaksikan skop yang luas bagi tujuan inovasi dalam industri ETF Asia. Di Asia, dan untuk Asia -- kerana di sinilah asal kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.premia-partners.com