omniture

Premia Partners perkenal MSCI Vietnam ETF pertama dunia dan US Treasury Floating Rate ETF berkos rendah pertama direka untuk Asia ketika pelabur bersedia mendepani ketidaktentuan pasaran meskipun adanya perbincangan perdagangan

Premia Partners
2019-07-17 06:00 436

HONG KONG, 17 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Premia Partners, sebuah firma pelaburan terkemuka yang berpangkalan di Hong Kong dan penerbit ETF 10 Terbaik di Hong Kong, mengumumkan penyenaraian dua ETF akses pasaran yang direka sebagai blok binaan yang cekap bagi mengakses peluang-peluang di Vietnam dan Perbendaharaan AS pada 18 Julai

Kedua-dua ETF yang disenaraikan dalam HKEx menawarkan kos pemilikan keseluruhan terendah dalam kategori-kategorinya di seluruh dunia dan direplikasikan secara fizikal.

  • Premia MSCI Vietnam ETF (Simbol Saham: 2804 HK / 9804 HK) menjejak MSCI Vietnam Index, yang bertujuan untuk menawan syarikat-syarikat modal besar dan sederhana terkemuka yang berpangkalan di Vietnam yang mewakili 85% permodalan pasaran di Vietnam. Dengan jumlah-nisbah-perbelanjaan (TER) mencecah 0.75% p.a., ETF Premia MSCI Vietnam ialah cara berkos terendah untuk pelabur HK mengakses pasaran saham Vietnam, pasaran yang menawarkan pertumbuhan yang paling pantas di Asia dan mendapat manfaat daripada kedudukan semula rantaian bekalan global serta perjanjian perdagangan bersama Kanada, Jepun dan EU.
  • Premia US Treasury Floating Rate ETF (Simbol Saham: 3077 HK / 9077 HK) menjejak Bloomberg Barclays US Treasury Floating Rate Bond Index, yang mewakili prestasi Perbendaharaan AS dengan tempoh kurang daripada 1 minggu. Dengan TER mencecah 0.15% p.a. dan saiz lot US$2,500, Premia US Treasury Floating Rate ETF ialah ETF Pendapatan Tetap berkos paling rendah dan berisiko paling rendah di Asia kecuali Jepun, direka khusus untuk pelabur-pelabur menjana hasil dalam nilai USD dengan cekap.

"Kami berasa gembira untuk melancarkan MSCI Vietnam ETF yang pertama di dunia dan US Floating Rate Treasury ETF pertama di Asia yang memudahkan pelabur dengan akses pasaran yang cekap dan instrumen pengurusan kecairan tatkala mereka bersiap sedia untuk menerima peluang meskipun berdepan dengan ketidaktentuan pasaran, konfigurasi semula rantaian bekalan global dan perjanjian perdagangan baharu termasuk CPTPP dan FTA bersama Vietnam," kata Rebecca Chua, Rakan Pengurusan Premia Partners. "Sebagaimana China A ETF, Emerging ASEAN ETF dan Asia Innovative Technology ETF kami, ETF ini dibina dengan mengutamakan piawaian institusi antarabangsa, menggabungkan ciri-ciri yang khususnya dapat menyelesaikan masalah yang dinyatakan oleh pelanggan."

Latar Belakang Premia Partners

Premia Partners ditubuhkan di Hong Kong pada tahun 2016, oleh sekumpulan peminat yang percaya dalam mendayakan pelabur dengan instrumen pelaburan yang cekap dan menyaksikan skop yang luas bagi tujuan inovasi dalam industri ETF Asia. Di Asia, dan untuk Asia -- kerana di sinilah asal kami. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.premia-partners.com

Source: Premia Partners
Keywords: Banking/Financial Service Mutual Funds New products/services