omniture

K-Safety EXPO 2019 bakal diadakan September ini

KINTEX
2019-07-18 08:00 414

Diadakan di tempat yang sama untuk Keselamatan Korea dan kuasa IT

SEOUL, Korea Selatan, 18 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Korea Selatan mengumumkan bahawa K-Safety EXPO 2019 (Ekspo Keselamatan dan Sekuriti Antarabangsa Korea) akan diadakan selama tiga hari mulai 25-27 September di KINTEX.

K-Safety Expo 2018
K-Safety Expo 2018

Baru-baru ini, Korea Selatan mengalami bencana alam dan kemalangan yang berkaitan dengan tapak pembinaan. Disebabkan kejadian ini, ia menyasarkan untuk mengurangkan kadar bencana dan untuk memupuk serta membangunkan industri keselamatan bagi merealisasikan masyarakat yang selamat.

K-Safety Expo, pameran perdagangan yang terbesar di Korea yang memberi tumpuan kepada industri keselamatan tempatan, telahpun diadakan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan dan Wilayah Gyeonggi-do pada setiap tahun sejak tahun 2015.

Ekspo ini mengalami pertumbuhan yang mantap dengan 435 syarikat dan agensi kerajaan berserta 54,000 pengunjung yang mengambil bahagian dalam ekspo terdahulu; pembeli domestik dan luar negara daripada 43 syarikat dari 18 negara turut mengambil bahagian.

Ekspo Keselamatan & Sekuriti Inovatif Korea kali ke-5 2019 akan menawarkan pengunjung dengan pengalaman pameran menyeluruh menerusi cara pan-kerajaan dan dijangka melangkaui pameran keselamatan tahun sebelumnya.

Kementerian kerajaan yang berkaitan, kerajaan tempatan dan pejabat kerajaan amat terlibat dalam Ekspo ini. Dalam masa yang sama, mereka berusaha meningkatkan dasar keselamatan bagi setiap jabatan kerajaan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta persidangan. Ekspo ini dijangka menjadi wadah pendidikan untuk memajukan kesedaran keselamatan dengan menyampaikan anugerah keselamatan dan menubuhkan "kampung pengalaman keselamatan".

Ekspo ini akan memberi tumpuan pada industri keselamatan am seperti bencana, keselamatan kebakaran, keselamatan perindustrian, keselamatan pembinaan, sekuriti, keselamatan hidup, keselamatan pengangkutan dan dasar kerajaan.

Tahun ini, pengunjung akan diperkenalkan dengan teknologi keselamatan bencana terkini yang digabungkan dengan teknologi 5G pertama dunia yang akan dikomersialkan di Zon Teknologi Inovatif.

Selain itu, ekspo ini akan memperkenalkan maksud, alasan dan risiko debu halus melalui reruai khas yang baru beroperasi untuk debu halus.

Awal tahun ini, K-Safety EXPO 2019 diluluskan oleh UFI (Union des Foires Internationales) bagi tujuan pensijilan pameran antarabangsa. Oleh itu, ia akan menjadi sebuah pameran maju dengan keyakinan orang ramai dan kuasa kompetitif global.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat K-Safety Expo 2019 di talian +82-31-995-8270 atau kunjungi laman sesawang rasmi di www.k-safetyexpo.com. Terdapat faedah-faedah istimewa seperti penginapan untuk pembeli asing.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190712/2523165-1-a 

Source: KINTEX
Keywords: Construction/Building Household/Consumer/Cosmetics Transportation Trade show news Future Events