omniture

Thomson Reuters Lancar 'TR IGNITE' Program Pelaburan Teknologi Asia Pasifik, tawar syarikat-syarikat baharu peluang bentang untuk dapatkan pelaburan sehingga US$250,000

Thomson Reuters
2019-07-18 10:29 426

Tingkatkan peluang inovasi untuk syarikat-syarikat baharu di Asia Pasifik melalui kolaborasi global

SINGAPURA, 18 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Thomson Reuters mengumumkan pelancaran program pelaburan teknologinya, TR Ignite, untuk syarikat-syarikat baharu peringkat awal dalam bidang undang-undang dan kawal selia di seluruh Asia Pasifik. Pengasas-pengasas syarikat-syarikat baharu dalam bidang-bidang ini diundang untuk memohon kemasukan dalam program ini dari sekarang hingga 16 Ogos 2019 dengan mengunjungi tr.com/ignite.

Pemohon-pemohon yang berjaya akan diundang untuk membuat pembentangan di TechLaw.Fest, Singapura pada 5-6 September 2019. Hari pembentangan pelabur akan menyediakan syarikat-syarikat baharu dari seluruh Asia Pasifik peluang untuk mendapatkan pelaburan berpotensi sehingga US$250,000, di samping kolaborasi strategik dengan Thomson Reuters menerusi program incubator mayanya.

Menerusi kolaborasi bersama Thomson Reuters, para peserta akan mendapat manfaat daripada akses kepada jejak pelanggan global; sumber-sumber rakan kongsi termasuk kredit Amazon Web Services bernilai sehingga US$100,000; dan teknologi, data Thomson Reuters dan pementoran daripada Innovation Labs miliknya.

Jackie Rhodes, Ketua Profesional Undang-undang, Pasaran Asia & Baru Muncul di Thomson Reuters berkata: "Sebagai sebuah perniagaan global, kami percaya dalam pemupukan bakat dan teknologi yang muncul di rantau Asia Pasifik yang dapat membantu menangani cabaran generasi akan datang yang dihadapi oleh para peguam dan golongan profesional pematuhan. Selama lebih 150 tahun, perniagaan di seluruh dunia mempercayai Thomson Reuters untuk menjadi rakan kongsi mereka dalam dunia yang semakin rumit ini. Kepercayaan yang diberikan ini merupakan kekuatan untuk kami berinovasi."

Salah satu tonggak program TR Ignite adalah berkolaborasi untuk meningkatkan ekosistem sedia ada yang memupuk inovasi dalam seluruh teknologi undang-undang dan kawal selia. Dengan bekerjasama Singapore Academy of Law (SAL) melalui TechLaw.Fest, syarikat-syarikat baharu yang layak akan ditawarkan tempat dalam GLIDE, pemecut teknologi undang-undang Singapore Academy of Law.

Paul Neo, ketua pegawai operasi SAL mengulas: "Dalam usaha mewujudkan perkaitan antara program-program seperti GLIDE dan TR Ignite, kami meluaskan peluang untuk syarikat-syarikat baharu teknologi untuk berkembang dengan cara yang dapat memberi sokongan terbaik kepada peluang pasaran dan matlamat perniagaan mereka. Dengan program-program yang berasal daripada sumber yang mempunyai kepakaran domain mendalam, kami dapat menjamin bahawa kami menyelesaikan cabaran dan peluang paling kritikal yang dihadapi oleh para pengamal undang-undang di Asia Pasifik."

Para pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria untuk layak menyertai TR Ignite, termasuk:

  • Merupakan syarikat baharu teknologi peringkat awal (pembiayaan A prasiri) yang berpangkalan di Asia Pasifik
  • Mempunyai prototaip yang sedia didemonstrasikan, atau mempunyai prototaip yang hampir berfungsi
  • Mempunyai pembiayaan untuk (minimum) 6 bulan seterusnya
  • Sedia untuk membentangkan sendiri di TechLaw.Fest, Singapura mulai 4-6 September 2019.

Maklumat terperinci tentang program ini tersedia dalam talian.

Thomson Reuters

Thomson Reuters ialah penyedia terkemuka perkhidmatan maklumat perniagaan. Produk kami termasuk perisian dan peralatan yang amat didayakan maklumat khusus untuk perundangan, cukai, perakaunan dan golongan profesional pematuhan digabungan dengan perkhidmatan berita paling global di dunia – Reuters. Untuk maklumat lanjut tentang Thomson Reuters, kunjungi tr.com untuk berita dunia terkini, reuters.com.

HUBUNGI
Archetype Agency Pty. Ltd.
Kelly Kerr/ Shraddha Bhuyan
Kelly.kerr@archetype.co / shraddha.bhuyan@archetype.co
+61-2-9956-5733

Tina Allen
Pengarah Kanan, Komunikasi
tina.allen@thomsonreuters.com
+44-207-542-3789
+44-7766-922022

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190711/2522080-1LOGO 

Source: Thomson Reuters
Keywords: Computer Software Internet Technology Venture Capital Future Events