omniture

atta umum pelancaran aplikasi iOS dan Android baharu dan keluarkan data masa terbaik untuk tempah hotel di Jepun, Hawaii, Taiwan dan Singapura daripada sistem data raya dan AInya

atta
2019-07-19 01:56 561

TOKYO, 19 Julai 2019 /PRNewswire/ -- atta pte ltd (diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif: Yoshihisa Haruyama) mengumumkan pelancaran aplikasi iOS pada 4 Julai 2019 dan aplikasi Android pada 18 Julai 2019. Kedua-dua versi iOS dan Android memanfaatkan sistem AI dalaman yang meramalkan harga penginapan masa depan dan membantu pengembara mencari masa terbaik untuk menempah bilik hotel mereka agar mereka mendapat tawaran terbaik.

Best Time to Book Hotels in Taiwan
Best Time to Book Hotels in Taiwan

 

Best Time to Book Hotels in Japan
Best Time to Book Hotels in Japan

 

Best Time to Book Hotels in Hawaii
Best Time to Book Hotels in Hawaii

 

Best Time to Book Hotels in Singapore
Best Time to Book Hotels in Singapore

atta ialah perkhidmatan teknologi perjalanan yang membantu pengembara mencari dan membandingkan pelbagai jenis penginapan seperti hotel, ryokan, rumah penginapan, vila dan sewaan percutian dengan kira-kira 800,000 senaraian dalam 218 negara di seluruh dunia. Menerusi pelancaran baharu ini, atta menggunakan AI untuk menganalisis trend harga dari segi kadar bilik untuk penginapan tertentu berdasarkan hari daftar masuk yang diingini dan kemudian meramalkan kebarangkalian kadar bilik tersebut jatuh selanjutnya pada masa depan. Kami turut membangunkan fungsian pemberitahuan harga agar pengembara akan dimaklumkan pada peranti mereka apabila harga bilik idaman mereka benar-benar jatuh. Selain itu, kami telah menambah kalendar paparan bulan yang menunjukkan masa paling murah untuk mengembara ke mana-mana destinasi pilihan secara sepintas lalu. Paten telah difailkan untuk pelancaran perkhidmatan ini yang berjanji untuk menyediakan pengalaman pengguna baharu untuk perbandingan harga penginapan. Ketua Pegawai Eksekutif Haruyama berkata: "Kami berbangga kerana akhirnya mampu menyediakan pengguna dengan perkhidmatan carian penginapan yang menggunakan sistem AI dalaman kami yang telah kami usahakan selama lebih setahun sejak penubuhan syarikat kami pada Mac 2018. Kami bermatlamat untuk menjadi perkhidmatan teknologi perjalanan yang dapat mencipta lebih nilai buat pengembara."

Dalam masa yang sama, atta turut mengeluarkan data tentang masa terbaik untuk menempah hotel di Jepun, Hawaii, Taiwan dan Singapura daripada sistem data raya dan AInya.

Gambaran Keseluruhan Tinjauan: Tinjauan tentang masa paling murah untuk menempah hotel sebelum penginapan anda
Penginapan Sasaran: Hotel & Rumah Penginapan & Sewaan Percutian Disediakan Untuk Tempahan Dalam Talian
Jepun (12,027 Senaraian), Hawaii (165 Senaraian). Taiwan (4,061 Senaraian), Singapura (439 Senaraian)
Tarikh Daftar Masuk: 20 Jun 2019 (Khamis) & 4 Julai 2019 (Khamis) & 11 Julai (Khamis)
Tempoh Kajian: 50 Hari hingga 1 Hari Sebelum Tarikh Daftar Masuk

Ringkasan Keputusan Tinjauan

  • Jepun cenderung mempunyai pelan termurah yang dijual 41-50 hari lebih awal.
  • Hawaii cenderung mempunyai pelan termurah yang dijual 41-50 hari lebih awal. Terdapat kenaikan kecil dalam pelan murah yang dijual 26-30 hari lebih awal kerana pengembara yang menempah pelan dengan ciri pembatalan percuma memutuskan untuk membatalkan pelan mereka dan hotel menjual semula pelan tersebut kepada pengembara baharu.
  • Sebaliknya, Taiwan cenderung mempunyai pelan termurah yang dijual hanya 1-10 hari lebih awal.
  • Data masa terbaik untuk menempah bagi Singapura cenderung menjadi lebih tersebar secara sama rata, namun tempahan sekurang-kurangnya 31 hari lebih awal berkemungkinan akan membantu pengembara menjimatkan wang.

Mengulas keputusan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Haruyama berkata: "Trend harga bagi masa yang terbaik untuk membuat tempahan adalah rumit dan berbeza atas banyak faktor seperti destinasi pilihan, tarikh daftar masuk tertentu dan semestinya, ketersediaan bilik di setiap destinasi. Menggunakan AI untuk meramalkan harga masa depan memungkinkan untuk pengembara mendapat tawaran terbaik dan tidak memerlukan mereka untuk meneka masa terbaik untuk menempah. Kami berharap agar dapat memperkasa setiap pengembara untuk membuat pilihan tempahan yang pintar dan kami berharap dapat menjadi rakan kongsi perjalanan yang dipercayai oleh mereka."

Produk & Perkhidmatan atta
Laman Sesawang: https://atta.ai
Halaman AppStore iOS: https://apps.apple.com/app/atta/id1406244428
Halaman AppStore Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=app.atta
Bahasa-bahasa yang Kini Disokong: Bahasa Inggeris & Bahasa Jepun

Latar Belakang atta pte ltd

atta pte ltd ialah sebuah syarikat baharu teknologi perjalanan yang mempunyai pejabat-pejabat di Tokyo dan Singapura. atta ditubuhkan di Tokyo pada 12 Mac 2018 dan meluaskan kehadirannya ke Singapura pada Mac 2019. atta telah mengumpul 2.5 juta USD dalam pengumpulan dana Siri A pada Januari 2019. Untuk maklumat lanjut, sila emelkan kepada: pr@atta.ai

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190717/2527085-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190717/2527085-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190717/2527085-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190717/2527085-1-d?lang=0

 

Source: atta
Keywords: Hotels and Resorts Mobile Entertainment Travel New products/services Survey, Polls & Research