omniture

Pengasas Bersama Siri Tom Gruber Sertai Sherpa.ai sebagai Penasihat Strategik

Sherpa.ai
2019-07-23 10:00 151

Perintis pembantu digital akan bantu Sherpa.ai, Pembantu Digital prediktif, terus bina ciri-ciri AI proaktif dan prediktif yang utama

BILBAO, Sepanyol dan PALO ALTO, California, 23 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Sherpa.ai, salah sebuah syarikat yang terkemuka bagi Pembantu Digital prediktif dan Kecerdasan Buatan, hari ini mengumumkan bahawa Tom Gruber, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi Siri, menyertai syarikat sebagai Penasihat Strategik. Gruber akan bekerjasama dengan pasukan Sherpa.ai ketika mereka membangunkan ciri-ciri berasaskan AI yang baharu. Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Sherpa.ai ialah satu-satunya syarikat Pembantu Digital yang menerima khidmat nasihat beliau.

Siri Co-Founder Tom Gruber Joins Sherpa.ai as Strategic Advisor
Siri Co-Founder Tom Gruber Joins Sherpa.ai as Strategic Advisor

Kemasukan Gruber menandakan pencapaian yang penting untuk syarikat Basque, memandangkan beliau dianggap sebagai salah seorang pakar terkemuka dalam Kecerdasan Buatan dan pembantu digital di seluruh dunia.

"Ketibaan Tom Gruber ke dalam syarikat kami menjelaskan bahawa kami berada di barisan hadapan global, dari segi Kecerdasan Buatan dan pembantu digital," kata Xabi Uribe-Etxebarria, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sherpa.ai. "Misi Sherpa adalah untuk meningkatkan dan mempercepatkan potensi manusia melalui aplikasi AI peribadi dan pengalaman serta pandangan Tom begitu sejajar dengan misi berkenaan."

"Saya telah melawat ke ibu pejabat syarikat di Bilbao dan saya kagum dengan teknologi Kecerdasan Buatan mereka. Antara syarikat-syarikat Pembantu Digital yang pernah saya lihat, saya paling teruja dengan produk serta pasukan Sherpa.ai dan atas sebab itulah saya membuat keputusan untuk menyertai mereka," tambah Tom Gruber.

Tom Gruber ialah seorang penyelidik, pereka dan usahawan dengan tumpuan pada teknologi untuk meningkatkan kecerdasan dan kesejahteraan manusia. Beliau merupakan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi pasukan yang mencipta Siri, yang diambil alih oleh Apple pada tahun 2010. Berkhidmat di Apple selama lebih 8 tahun, Tom memimpin Kumpulan Pembangunan Lanjutan yang mereka bentuk dan memprototaipkan keupayaan baharu untuk Siri dan produk-produk berkaitan yang membawakan kecerdasan kepada antara muka. 

Sepanjang kerjaya beliau, Gruber telah mengaplikasikan teknologi Kecerdasan Buatan untuk menyokong pengetahuan manusia secara individu dan kolektif. Beliau menubuhkan syarikat-syarikat untuk menyokong kolaborasi manusia dan perkongsian pengetahuan manakala kajian beliau di Stanford University menyediakan asas untuk pertukaran perkongsian maklumat semantik dan Web Semantik.

Gruber akan memberi khidmat nasihat kepada Sherpa.ai berhubung pembangunan generasi seterusnya ciri-ciri pembantu digital, seperti pemperibadian prediktif dan proaktif.

Sherpa.ai menawarkan pembantu digital berlabel putih, menjalin kerjasama dengan pengeluar-pengeluar automobil utama dan syarikat-syarikat telekomunikasi. Baru-baru ini, ia menutup pusingan pembiayaan bernilai $15 juta untuk mempercepatkan pertumbuhannya.

Baru-baru ini, Sherpa.ai melancarkan produk-produk baharu yang penting seperti platform Sherpa.ai Conversational OS, yang membolehkan teknologi pembantu digital disepadukan kepada mana-mana peranti dan Sherpa.ai Predictive and Recommending Engine, yang melaluinya syarikat-syarikat dapat melengkapi mana-mana produk dengan teknologi prediktif.  

Di samping itu, pada bulan April, syarikat memperkenalkan Sherpa News, aplikasi berita percuma berasaskan Kecerdasan Buatan, disediakan untuk Android dan iOS, yang melengkapkan katalog aplikasi mudah alih, berserta Sherpa Assistant, pembantu digital yang telah dimuat turun berjuta-juta kali sejak dilancarkan.

Latar Belakang SHERPA.AI

Sherpa.ai, berpangkalan di Bilbao dan Silicon Valley, ialah peneraju dalam algoritma Kecerdasan Buatan prediktif. Antara produknya ialah pembantu digital berdasarkan algoritma yang mantap, dengan keupayaan perbualan dan prediktif yang membolehkan pembantu belajar daripada pengguna dan meramalkan keperluan mereka sebelum mereka perlu memintanya.

Teknologi Sherpa.ai turut direka bentuk untuk menambahkan kecerdasan buatan kepada produk seperti automobil, fon kepala pintar, pembesar suara rumah, perkakasan dan aksesori elektronik lain. Syarikat turut memeterai perjanjian dengan jenama Jerman Porsche, antara lain. Sherpa.ai juga mempunyai aplikasi percuma yang disediakan untuk telefon pintar dan tablet, yang diprapasang pada telefon pintar Samsung sejak tahun 2016.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sherpa.ai: http://www.sherpa.ai

Muat turun aplikasi Sherpa News untuk Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.sherpa.newsapp

Muat turun aplikasi Sherpa News untuk iOS:

https://itunes.apple.com/app/sherpa/id1455323180

Muat turun aplikasi Sherpa Assistant untuk Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.sherpa.asistentesherpa&hl=es 

Muat turun aplikasi Sherpa Assistant untuk iOS:

https://apps.apple.com/es/app/sherpa-assistant/id1034759666 

Latar Belakang Xabi Uribe-Etxebarria 

Xabi Uribe-Etxebarria ialah seorang usahawan bersiri, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sherpa.ai (pembantu digital prediktif berdasarkan algoritma Kecerdasan Buatan yang mantap). Xabi menerima pelbagai hadiah dan pengiktirafan, termasuk dinamakan sebagai salah seorang penginovasi terbaik di bawah usia 35 tahun oleh MIT Technology Review. Xabi turut dimasukkan ke dalam senarai "100 Terbaik Tahunan", yang diterbitkan oleh akhbar EL PAÍS, sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di Ibero-America. Xabi juga merupakan mentor di Sekolah Perniagaan Saïd Oxford University.

Latar Belakang Tom Gruber

Tom Gruber ialah seorang pereka produk, usahawan dan individu yang berpengalaman luas dalam bidang AI yang menggunakan teknologi untuk membantu orang ramai bagi menjalani kehidupan yang lebih baik. Beliau memimpin pasukan yang mereka bentuk pembantu maya Siri dan kemudian memimpin Kumpulan Pembangunan Lanjutan di Apple selama 8 tahun. Terdahulu, beliau memimpin usaha reka bentuk dan teknologi untuk mempelopori syarikat-syarikat dalam Sistem Pengetahuan Kolektif dan Pengurusan Pengetahuan Kolaboratif, yang menghimpunkan sumbangan kolektif individu yang bekerja bersama-sama secara dalam talian. Kajian beliau dalam Kecerdasan Buatan, khususnya kejuruteraan ontologi, membantu menyediakan asas untuk Web Semantik. Beliau telah memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat dalam kolaborasi dan perangkaian sosial, pemprosesan maklumat semantik dan antara muka pengguna pintar.

Tom menggalakkan falsafah AI Humanistik, yang disampaikan oleh beliau dalam ceramah TED yang popular. Beliau merupakan ahli lembaga pengasas bagi Perkongsian AI untuk Memberi Manfaat kepada Orang Ramai dan Masyarakat serta menyokong Pusat Teknologi Manusiawi. Beliau memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat dan pertubuhan-pertubuhan bukan untung yang menggunakan teknologi untuk memberi kesan positif kepada manusia sejagat.

Perhubungan Akhbar AS:
Greg Chiemingo
greg.chiemingo@sparkpr.com 
415-685-4273

Luar AS:
LEWIS Global Communications
sherpa@teamlewis.com 
917-701-516

Imej Berkaitan

siri-co-founder-tom-gruber-joins.jpg

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/948660/Sherpa_ai_Tom_Gruber.jpg

Source: Sherpa.ai
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)