omniture

Solar Vietnam: GCL Tingkatkan Volum Sambungan Grid kepada 700 MW dengan Sambungan Lapangan Solar Phu Yen dan Vung Tan

GCL System
2019-07-23 16:22 79

SUZHOU, China, 23 Julai 2019 /PRNewswire/ -- GCL System Integration (GCL SI) hari ini mengumumkan selesainya penyambungan grid dan operasi dua loji PV Dikuasakan GCL di Vietnam, lapangan solar 110 MW Phu Yen dan 111 MW Vung Tau. Dua Loji PV telah disambungkan pada akhir bulan Jun 2019, menjadikan jumlah grid sambungan modul GCL SI di Vietnam kepada hampir 700 MW.

GCL Tingkatkan Volum Sambungan Grid kepada 700 MW dengan Sambungan Lapangan Solar Phu Yen dan Vung Tan
GCL Tingkatkan Volum Sambungan Grid kepada 700 MW dengan Sambungan Lapangan Solar Phu Yen dan Vung Tan

Sejak 2015 GCL SI telah berterusan meluaskan kehadirannya ke pasaran luar negara melalui beberapa strategi, termasuk menawarkan perkhidmatan EPC dan pembidaan bersama untuk projek-projek EPC, dan pada masa yang sama melaksanakan strategi produk "kepelbagaian dan pembezaan" terhadap persaingan homogen; iaitu, menawarkan pelbagai produk termasuk kedua-dua monohabluran dan polihabluran untuk memenuhi kehendak pasaran Vietnam dengan modul mono PERC dan poli PERC berkecekapan tinggi, modul dwikaca dwimuka, dan ECP Bersama. Ini menjadikan GCL sangat diiktiraf oleh pelanggan-pelanggan dan pasaran. Mengambil faedah daripada nisbah prestasi cemerlang mono PERC CZ, mono PERC tuangan, dan poli berkecekapan tinggi, yang dibangunkan oleh GCL SI. Modul mono tuangan digunakan terutamanya di Brazil dan pasaran lain dengan penghantaran dan penyambungan grid yang berterusan.

Meskipun bermula lewat, dengan jumlah kapasiti terpasang hanya sebanyak 8 MW menjelang akhir bulan Jun pada tahun 2018, pasaran solar Vietnam telah berkembang dengan pantas. Ketua pasaran Vietnam, GCL SI, berkata "Vietnam telah mengekalkan pertumbuhan yang mantap dalam aplikasi PV, dalam kedua-dua projek darat dan bumbung. Dengan kawasan laut dan gunung yang berbeza-beza, Vietnam memerlukan modul yang pelbagai untuk memberi kuasa kepada kawasan berbeza. Oleh itu, kami telah komited untuk menawarkan produk yang boleh dipercayai dan perkhidmatan sokongan untuk masyarakat tempatan, dengan harapan untuk meningkatkan pembangunan tenaga bersih di Vietnam. Pada masa depan, kami akan terus memupuk pasaran ini dengan produk dan perkhidmatan yang terbaik."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190722/2530212-1?lang=0

Source: GCL System
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities