omniture

Majlis penutup WCG 2019 Xian, persembah nilai penyertaan dan masa depan

- Nilai Penyertaan dan Masa Depan golongan muda bersatu di seluruh Dunia
- 120,000 orang menikmati acara yang memberikan kemungkinan festival esukan serba baharu
World Cyber Games
2019-07-23 22:49 82

XI'AN, China, 23 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Salah satu festival  esukan terbesar di dunia, WCG 2019 Xi'an, mengakhiri acara empat harinya selepas ia kembali semula setelah enam tahun.

WCG 2019 Xi'an menamatkan acara empat harinya
WCG 2019 Xi'an menamatkan acara empat harinya

Bermula pada 18 Julai, acara ini dimulakan dengan majlis pembukaan besar-besaran dengan 506 pemain dari 34 negara.

WCG 2019 Xi'an mempersembahkan bukan sahaja kejohanan esukan tetapi juga wawasan esukan masa depan - Sempadan baharu, perkongsian pengetahuan, forum amalan - Persidangan dan festival muzik elektronik bertaraf dunia, dan pertandingan cosplay, mewujudkan satu acara yang membolehkan semua orang mengambil bahagian, dan menetapkan festival esukan global yang serba baru.

Dalam kejohanan sukan permainan, China memenangi empat pingat emas dalam Warcraft III, Crossfire, Honor of Kings, dan DOTA2 untuk menjadi juara utama.

WCG menyampaikan nilai "penyertaan" dan "masa depan" untuk golongan milenia dengan kandungan yang pelbagai. Bukan sahaja pemain profesional, tetapi juga pemain amatur boleh mencabar dan menjadi juara melalui pertandingan dan pada masa yang sama mewujudkan persahabatan dan kenangan yang menggembirakan.

Semasa majlis penutup, Ketua Pegawai Eksekutif WCG Jung Jun Lee berkata "Edisi WCG kali ini benar-benar menjadi satu pencapaian yang penting bagi kami. Kami merupakan salah satu pertandingan esukan yang paling lama berlangsung di dunia. WCG membuka lembaran baharu yang menarik untuk masa depan kita. Kami memupuk penyertaan dan keharmonian dan menggunakan semangat persaingan bagi menunjukkan laluan untuk mara ke hadapan buat semua orang. Saya berharap anda menanti-nantikan WCG 2020 yang akan datang".

Maklumat terperinci mengenai WCG di laman sesawang rasmi WCG (ko.wcg.com).

Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif WCG, Jung Jun Lee pada majlis penutup WCG 2019 Xi'an
Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif WCG, Jung Jun Lee pada majlis penutup WCG 2019 Xi'an

 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190722/2530498-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190722/2530498-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190522/2474740-1logo?lang=0  

Source: World Cyber Games
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Sporting Events Sports