omniture

Suning.com disenarai pada 2019 Fortune Global 500 dengan pendapatan operasi sebanyak 37 bilion USD

Suning Holdings Group
2019-07-24 01:55 448

NANJING, China, 24 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Suning.com, subsidiari Suning Holdings Group ("Suning") disenaraikan pada 2019 Fortune Global 500 dengan pendapatan operasi sebanyak USD 37 bilion, yang merupakan kali ketiga syarikat ini muncul dalam senarai tersebut sejak 2017. Sementara itu, Suning.com telah meningkat 94 tempat berbanding tahun lalu, menjadikan syarikat ini salah satu daripada 5 syarikat paling pesat berkembang dalam senarai tersebut.

Ibu pejabat Suning.com
Ibu pejabat Suning.com

Fortune Global 500 ialah senarai paling terkenal dan berwibawa untuk menilai syarikat terbesar di dunia. Sejak tahun 2008, bilangan syarikat tersenarai di China telah meningkat dengan ketara, mencecah129 syarikat pada tahun ini dan kedudukan No.1 dari segi kuantiti untuk kali pertama dalam sejarah.

Senarai tersebut menunjukkan bahawa jumlah pendapatan operasi 500 syarikat yang disenaraikan tahun ini adalah hampir 32.7 trilion dolar US dengan kenaikan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 8.9%. Tatkala Suning.com menyaksikan kejayaan 2018 dengan pendapatan operasi sebanyak 37 bilion USD, meningkat sebanyak 30.35%, jauh melebihi purata industri.

Sebagai syarikat runcit China yang terkemuka, Suning.com memulakan transformasi dalam talian ke luar talian pada tahun 2009 dan akhirnya menjadi perintis, mencapai pertumbuhan runcit dalam talian dan luar talian yang setara. Ramalan laporan tahunan separuh tahun 2019 Suning.com menunjukkan bahawa ia menjangkakan keuntungan bersih 2.1 bilion yuan hingga 2.3 bilion yuan (kira-kira 300 juta hingga 330 juta USD) pada separuh pertama tahun ini.

Suning memperoleh Wanda Department Store pada awal tahun ini dan mengumumkan pengambilalihan 80% saham Carrefour China pada bulan Jun. Ini akan meningkatkan lagi kekuatan Gedung serbaneka dan kategori barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG)  syarikat dan seterusnya melengkapkan susun atur runcit penuh dan senario keseluruhan kategori. Sepanjang festival membeli belah 6/18 yang lepas, pesanan omni-saluran Suning.com meningkat sebanyak 133% berbanding tahun sebelumnya, dan jumlah FMCG melonjak sebanyak 245% berbanding tahun lepas. Menjelang akhir bulan Jun, Suning.com memiliki hampir 15,000 kedai kendalian sendiri dan francais, termasuk hampir 6,000 Suning Xiaodian (kedai serbaneka kejiranan).

Suning mengemukakan Strategi Runcit Pintarnya pada 2017, yang berkisarkan Penyumberan Pintar, Jualan Pintar, Perkhidmatan Pintar, Logistik Pintar dan Jenis Perniagaan Pintar. Tiga tahun yang lalu menyaksikan pertumbuhan dua kali ganda dalam prestasi runcit dan jangkaan nilai Suning, yang mengesahkan sifat memandang ke hadapan strategi runcit pintar dalam talian dan luar talian. 2019 akan menjadi pentas di mana peta runcit pintar digariskan dan dipercepatkan. Dengan akses kedai serbaneka dan rantaian bekalan yang bergerak pantas, kapasiti runcit Suning akan terus diperkukuhkan.

Zhang Jindong, pengerusi Suning Holdings Group berkata, "Masa depan runcit mestilah merupakan penyepaduan yang sempurna dalam talian dan luar talian. Suning akan terus meneroka strategi runcit pintar dan melangkah ke hadapan dalam industri terkemuka untuk lebih berkhidmat kepada pelanggan China dan global."

Latar Belakang Suning Holdings Group

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2017, Suning Holding menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan milik persendirian terkemuka di China dengan jualan tahunan mencecah 65.7 bilion USD (412.95 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Media & Hiburan, Sukan dan Pelaburan, yang mana Suning.com turut tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2017 dan 2018.  

Untuk maklumat lanjut lihat www.suningholdings.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190722/2530617-1?lang=0

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail