SINGAPURA, 24 Julai 2019 /PRNewswire/ -- ConsoliAds, platform pengoptimuman pengiklanan digital pintar yang memeterai perjanjian pelaburan Siri A USD 1 Juta baru-baru ini, dipimpin oleh 47 Ventures Investments, dana modal usaha niaga antarabangsa bertumpu Pakistan, mengumumkan 'Hari Penerbit'.
Sebagai ganti peluasannya, ConsoliAds menganjurkan sesi intensif pengetahuan pada 1 Ogos 2019 di 'Hari Penerbit ConsoliAds' -- acara perangkaian berkualiti tinggi yang akan menghimpunkan penerbit permainan dan aplikasi di bawah satu bumbung dari seluruh Pakistan. Platform iklan APAC yang pantas berkembang merancang untuk turut menganjurkan acara sedemikian di peringkat global pada masa depan.
Platform pengantaraan iklan digital dan mudah alih ConsoliAds yang pesat berkembang telahpun menimbang tara berbilion-bilion impresi iklan pada suku tahun yang lalu bagi memastikan peningkatan pendapatan untuk penerbit-penerbit rantau APAC dan menawarkan platform promosi yang lebih cekap kepada pembangun aplikasi mudah alih, permainan dan kandungan digital di rantau ini.
Pelaburan baharu ini membolehkan ConsoliAds mengukuhkan lagi kedudukan kepimpinannya dalam pasaran APAC serta membolehkan syarikat turut berkembang ke wilayah-wilayah lain. Perbelanjaan modal untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalamannya akan turut ditingkatkan untuk memperluas teknologi pengantaraan iklan automatiknya melalui penggunaan pembelajaran mesin.
"Rakan-rakan kongsi di 47 Ventures Investments mempunyai kepakaran mendalam menerusi bidang teknologi iklan digital/mudah alih dan kami teruja dengan adanya mereka dalam pasukan kami tatkala kami melangkah ke arah peluasan global," kata Asad Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif ConsoliAds.
Latar Belakang ConsoliAds
ConsoliAds Pte Ltd. ialah penyedia perkhidmatan platform pengantaraan iklan dalam talian dan promosi kandungan digital yang beribu pejabat di Singapura dan mempunyai operasi pembangunan di Pakistan. Syarikat juga mempunyai pejabat-pejabat serantau di Dubai.
Syarikat menawarkan penerbit aplikasi/permainan/kandungan digital dengan penyelesaian pengurusan iklan dalam talian yang lengkap untuk meningkatkan pendapatan mereka dan mempromosikan kandungan digital serta aset mereka dengan cekap.
ConsoliAds ditubuhkan oleh tiga veteran dalam industri permainan iaitu Asad Mahmood, Usman Sheikh dan Raheel Iqbal, yang mempunyai berdekad-dekad gabungan pengalaman dalam bidang pembangunan mudah alih dan aplikasi selain industri teknologi iklan. Maklumat lanjut di: http://consoliads.com
Latar Belakang 47 Ventures Investments
47 Ventures Investments ialah dana modal usaha niaga antarabangsa terkemuka yang melabur terutamanya dalam perniagaan berpotensi mengalami pertumbuhan tinggi yang berpangkalan di Pakistan atau berasal dari Pakistan yang memanfaatkan teknologi untuk peluasan pesat. ConsoliAds merupakan pelaburan kelima oleh dana ini di wilayah berkenaan. Maklumat lanjut di: http://47.ventures
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190722/2530647-1?lang=0