omniture

Pemaju hartanah Cina Country Garden tersenarai dalam senarai Fortune Global 500 buat tahun ketiga berturut-turut

Syarikat mendaki ke kedudukan 177 dalam senarai 2019
Country Garden Holdings
2019-07-25 06:37 437

FOSHAN, China, 25 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Edisi 2019 bagi senarai Fortune Global diterbitkan secara rasminya pada petang 22 Julai lalu, dengan Wal-Mart, Sinopec dan Shell Oil Company menguasai tiga kedudukan teratas. Syarikat-syarikat Fortune Global 500 dalam agregat mencatatkan jumlah pendapatan pengendalian sebanyak US$32.7 trilion, meningkat 8.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala keuntungan mereka mencecah nilai tertinggi baharu sebanyak US$2.15 trilion, meningkat 14.5 peratus. Margin keuntungan bersih meningkat kepada 6.6 peratus, manakala pulangan aset bersih meningkat kepada 12.1 peratus.

Fortune Global 500 ialah badan berwibawa yang terbukti dari segi senarai kedudukan syarikat global berdasarkan pendapatan pengendalian. Senarai kedudukan menunjukkan trend perkembangan terkini antara syarikat-syarikat yang terbesar di dunia.

Syarikat-syarikat Cina mendominasi senarai, dengan 129 daripadanya memperoleh kedudukan, mengatasi rakan-rakan setara Amerika mereka (121 penyertaan). Sinopec, PetroChina dan State Grid Corporation of China merupakan tiga syarikat terbaik Cina, yang menunjukkan bahawa meskipun dengan ekonomi global yang perlahan, China masih mengekalkan pertumbuhan yang stabil, disokong oleh pencapaian cemerlang firma-firma berpangkalan di China.

Biarpun berlakunya kemerosotan dalam pasaran hartanah Cina keseluruhan pada separuh kedua tahun lalu dan beberapa dasar dilaksanakan untuk memperlahankan pasaran, pemaju hartanah Cina mencatatkan keputusan kewangan yang cemerlang. Lima firma hartanah Cina mengambil tempat mereka dalam senarai tersebut, tidak berubah berbanding tahun sebelumnya, dengan dua buah syarikat merupakan antara 200 yang terbaik buat julung kalinya. Country Garden (02007.HK) mencatatkan pendapatan sebanyak US$57.3087 bilion, menunjukkan kenaikan 70.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Firma berkenaan mendaki ke kedudukan 177 pada tahun 2019, meningkat 176 kedudukan sejak tahun lalu selain merupakan langkah pendakian yang terbesar bagi mana-mana syarikat tunggal dalam senarai tersebut. Tahun ini menandakan kemasukan Country Garden ke dalam senarai tersebut buat tahun ketiga berturut-turut sejak penampilan pertamanya dalam senarai tersebut pada tahun 2017, satu bukti kepada penambahbaikan pantas dalam kekuatan dan saiznya.

Senarai kedudukan Country Garden dalam senarai Fortune Global 500  


Tahun

Kedudukan

Peningkatan

2017 (Penampilan pertama dalam senarai)

467

-

2018

353

114

2019

177

176


Sumber: Senarai Fortune Global 500

Country Garden mengekalkan pertumbuhan yang kukuh dalam pendapatan dan keuntungan bagi tahun 2018. Menurut penyata kewangan bagi tahun 2018, jualan kontrak syarikat meningkat 31.25 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 501.88 bilion yuan, manakala pendapatan meningkat 67.1 peratus kepada 379.08 bilion yuan. Keuntungan bersih mencatatkan nilai 48.54 bilion yuan, meningkat 68.8 peratus, manakala keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang saham mencecah 34.62 bilion yuan, meningkat 32.8 peratus.

Keputusan tahunan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2018
Keputusan tahunan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2018

Pemaju hartanah Cina yang terkemuka mencatatkan hasil jualan sebanyak 281.95 bilion yuan bagi separuh pertama tahun 2019, mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh. Pada awal tahun 2019, dengan hartanah, pertanian moden dan robotik dikenal pasti sebagai tiga perniagaan utama, syarikat mengumumkan rancangan baharu untuk menjadi penyedia komprehensif berteknologi tinggi bagi penyelesaian gaya hidup demi dunia lebih baik yang dapat menampung permintaan pasaran dan trend permbangunan yang berubah-ubah.

Country Garden telahpun menjadi salah satu konstituen FTSE China 50 Index, Hang Seng China 25 Index dan MSCI Global Standard Indices. Firma ini turut dimasukkan ke dalam Hang Seng Composite Index, Hang Seng Mainland 100 dan Hang Seng China Enterprises Index, menunjukkan bahawa pertumbuhan firma ini dari segi saiz korporat, keuntungan yang mantap dan potensi pertumbuhan yang menggalakkan diiktiraf oleh pelabur-pelabur institusi. Country Garden diberi penilaian 'BBB-' oleh Fitch, 'BB+' oleh  S&P dan 'Ba1' oleh  Moody's (stabil keseluruhan), kesemuanya merupakan bukti kukuh bahawa ketiga-tiga agensi penarafan kredit berwibawa peringkat antarabangsa ini yakin dengan masa depan syarikat.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190722/2530605-1?lang=0

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Real Estate