omniture

AWE 2020 Mulakan Langkah dengan Teknologi Tinggi Gamit Perhatian Global

China Household Electrical Appliances Association
2019-07-25 12:42 101

SHANGHAI, 25 Julai 2019 /PRNewswire/ -- AWE 2020, dianjurkan oleh Persatuan Peralatan Elektrik Rumah China, sedang bersiap sedia untuk menerima pengunjung dan pempamer. Tiga dewan tambahan telahpun dibina, meningkatkan bilangan dewan kepada 13 dan keseluruhan ruang berkeluasan 150,000 m2 yang belum pernah dilihat sebelum ini.

AWE2020
AWE2020

MAKLUMAT AWE 2020
Tarikh: 11-14 Mac 2020
Tempat: Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai
Dewan: W1-W5, N1-N5, E1-E3

AWE 2019 akan memberi gambaran penuh inovasi-inovasi terkini dalam banyak bidang seperti perkakasan rumah, barangan elektronik pengguna, IoT, AI, 5G, pengangkutan pintar dan juga hiburan. Ia turut menonjolkan kehadiran pengeluar-pengeluar perkakas Cina, firma-firma teknologi tinggi dan syarikat-syarikat internet yang lebih banyak dan terkenal.

Ambil contoh barangan putih dan barangan hitam biasa, Reruai Haier mempamerkan pencapaian terkininya dalam tujuh bidang termasuk sekuriti, dobi dan pembersihan udara dalam bangunan, antara lain. Sistem IoT dobi Haier menawarkan platform pengurusan kitaran hayat dengan penyelesaian pintar yang bersepadu untuk cucian, penjagaan, penyimpanan, pengeringan dan pembelian agar orang ramai dapat melihat kehidupan pada masa depan. XCOOK Haier, sebagai penasihat kesihatan dan sebahagian daripada sistem IoT makanan Haier, menyepadukan lebih 200 penyedia sumber yang berkepakaran daripada tujuh bidang seperti makanan, hiburan, ladang dan banyak lagi agar penyelesaian semua-dalam-satu meliputi pembelian, penyimpanan, memasak, kebersihan dan pengurusan kesihatan dapat menangani pelbagai keperluan pengguna.

AWE 2019 turut menjadi platform pameran jenama-jenama televisyen berwarna global. Selain lima syarikat gergasi barangan hitam Cina (Hisense, Skyworth, TCL, Changhong dan Konka), syarikat-syarikat gergasi asing, contohnya Samsung, Sony, Sharp, LG, Panasonic dan syarikat gergasi panel global LG Display turut muncul di acara tersebut, mewujudkan pemandangan yang mengagumkan. Paling penting, syarikat-syarikat gergasi ini melancarkan teknologi paparan terkini mereka untuk membawakan kepada dunia kesemua paparan skrin besar yang paling menakjubkan: resolusi 8K dengan imej jelas yang menyeronokkan, lapisan boleh lentur OLED dalam pelbagai bentuk, ULED beraneka dan televisyen warna laser. Ringkasnya, kemajuan dalam barangan hitam merupakan suatu nikmat yang besar untuk dilihat.

Tahun ini, penganjur-penganjur AWE membawakan suatu kelainan dengan mengadakan "Festival Gourmet" yang mengagumkan semasa pembuat perkakas dapur menunjukkan banyak kemahiran memasak, menggunakan pelbagai perkakas serba baharu untuk menarik dan memenuhi kehendak penstrim media serta pengguna. Tiada sempadan antara teknologi dan makanan yang enak.

Barangkali detik-detik yang mampu dibayangkan dan boleh diramalkan tidak akan benar-benar dapat dirasai sehinggalah Mac 2020, namun pihak-pihak penganjur percaya dengan intipati AWE yang tidak berubah sifatnya.

Thomas Wang
Thomas@cheaa.com 
+86-10-67093609

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190723/2532054-1?lang=0

Source: China Household Electrical Appliances Association
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Future Events