omniture

Hikvision umum keputusan kewangan setengah tahun (Januari - Jun 2019)

Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
2019-07-26 00:21 510

HANGZHOU, China, 26 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia yang terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian sekuriti yang inovatif, melaporkan jumlah pendapatan kendalian sebanyak RMB 23.92 bilion untuk separuh pertama tahun 2019, memperlihatkan pertumbuhan sebanyak 14.60% berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham Syarikat berjumlah RMB 4.22 bilion, satu pertumbuhan sebanyak 1.67% berbanding tahun sebelumnya. Syarikat turut melaporkan prestasi kewangan yang mantap semasa suku kedua tahun 2019, dengan pertumbuhan sebanyak 21.46% berbanding tahun sebelumnya dalam jumlah pendapatan kendalian dan pertumbuhan sebanyak 14.98% berbanding tahun sebelumnya dalam keuntungan bersih.


Separuh Tahun Pertama 2019

Separuh Tahun Pertama 2018

(Terlaras) 

Perubahan berbanding
tahun sebelumnya (%)
 

Jumlah pendapatan kendalian (RMB) 

23,923,273,424.50

20,875,758,224.63

14.60%

Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada
pemegang saham Syarikat (RMB)
 

4,216,755,210.24

4,147,395,535.86

1.67%

 

Sepanduk berita kewangan Setengah Tahun 2019 Hikvision
Sepanduk berita kewangan Setengah Tahun 2019 Hikvision

Catatan: Syarikat melakukan pelarasan retrospektif atau penyataan semula data perakaunan terdahulu untuk penggabungan perniagaan di bawah kawalan sepunya dan pelaksanaan pertama Garis Panduan Instrumen Kewangan Baharu. 

Syarikat mengekalkan pertumbuhan yang kukuh dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta mempercepatkan pembangunan teknologi yang menjadi trend seperti pembelajaran mendalam, data raya dan IoT pintar yang akan membolehkan Syarikat kekal berada di hadapan keluk inovasi untuk industri sekuriti.

Semasa separuh pertama tahun 2019, Syarikat mengukuhkan lagi operasinya di dalam dan luar negara menerusi pelaburan berterusan dalam operasi jualan tempatan, pemasaran dan khidmat pelanggan.

Hikvision turut berasa sukacita apabila melihat perniagaan baharunya, EZVIZ, HikRobotics, Automotive Electronics dan Intelligent Storage terus berkembang maju, secara berperingkat-peringkat menjadi sumber baharu pembangunan dan pertumbuhan jangka panjang.

Untuk laporan kewangan setengah tahun yang lengkap, sila kunjungi di sini.

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah penyedia yang terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian sekuriti. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang luas dan berkemahiran tinggi, Hikvision mengeluarkan suit penuh produk dan penyelesaian yang komprehensif untuk pelbagai pasaran menegak. Selain industri sekuriti, Hikvision memperluas jangkauannya kepada teknologi rumah pintar, automasi industri dan industri elektronik automotif untuk mencapai visi jangka panjangnya. Produk Hikvision turut menyediakan perisikan perniagaan yang hebat untuk pengguna akhir, yang membolehkan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited terhadap kualiti dan keselamatan produk yang terbaik, Hikvision menggalakkan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190724/2533066-1?lang=0

Source: Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Earnings