omniture

Crown Equipment Buka Cawangan Baharu Milik Syarikat di Korea Selatan

Crown Equipment Corporation
2019-07-26 17:15 510

SEOUL, Korea Selatan, 26 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Crown Equipment, salah satu syarikat pengendalian bahan terbesar di dunia, telah mengumumkan pembukaan cawangan kedua milik syarikat di Korea Selatan untuk membolehkan perniagaan mengakses secara langsung kepada penyelesaian peralatan pengendalian bahan komprehensifnya, menyetempatkan pengalaman perkhidmatan pelanggan, dan kepakaran industri yang luas.

Crown Busan branch with service technicians and vans
Crown Busan branch with service technicians and vans

 

Cawangan terkini Crown menyediakan produk dan penyelesaian perkhidmatan MHE sepenuhnya yang menawarkan pelbagai jenis model forklift yang meliputi semua aplikasi gudang. Cawangan ini juga akan menyediakan penyelesaian pelanggan yang disesuaikan dengan pelbagai jenis forklift berkualiti yang baharu dan pra-milik yang tersedia di dalam stok untuk dijual atau sewa, sedia untuk penghantaran pantas.

Terletak secara strategik di Gimhae-si, Gyeongsangnam-do, ia berada pada kedudukan di antara bandar Busan, yang menempatkan pelabuhan terbesar di Korea Selatan, dan Changwon, yang terkenal dengan kompleks industri jentera terbesar di negara ini. Dilengkapi dengan lebuh raya ke Seoul, Busan, Ulsan dan Gwangju, cawangan Crown yang terbaharu di Korea menawarkan akses mudah untuk pelanggan yang khusus berada di kawasan selatan. Di samping itu, Bandar Gimhae menempatkan pelbagai industri utama yang lain, seperti syarikat pembinaan kapal, jentera, logistik, automotif dan syarikat logistik pihak ketiga.

Steven Hill, Pengarah Urusan Crown Equipment untuk Asia Tenggara, berkata, "Pengembangan Crown di Korea Selatan menunjukkan komitmen kami terhadap perkembangan infrastruktur yang berterusan di Asia, dan yang penting, kemudahan Korea yang baharu ini menunjukkan komitmen kami untuk menyampaikan hasil prestasi dengan kos pemilikan terendah bagi pelanggan Korea kami."

Latar Belakang Crown Equipment Corporation

Crown ialah salah satu syarikat pengendalian bahan terbesar di dunia dengan reputasi dalam reka bentuk produk yang memenangi anugerah, kejuruteraan lanjutan dan teknologi, dan perkhidmatan selepas jualan yang unggul. Falsafah perniagaan Crown menggunakan proses bersepadu secara vertikal untuk merekabentuk, mengilang dan mengedarkan penyelesaian yang maju dan inovatif yang meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi pelanggan.

Crown menghasilkan pelbagai jenis forklift serta teknologi automasi dan pengurusan armada. Ibu pejabat global syarikat terletak di New Bremen, Ohio, Amerika Syarikat, dengan ibu pejabat serantau di Munich, Jerman; Sydney, Australia; Suzhou, China dan Singapura. Kakitangannya seramai lebih 15,000 orang di seluruh dunia. Crown mengendalikan rangkaian perkhidmatan dan pengedaran yang melebihi 500 lokasi runcit di lebih 80 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai idea Crown untuk membantu pelanggan memajukan produktiviti operasi mereka, lawati crown.com.

Berhubung dengan Crown
Laman sesawang: http://www.crown.com/
Bilik berita: http://news.crown.com/sg/
Twitter: http://bit.ly/crowntwittersoutheastasia

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190722/2530267-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2253114-1logo?lang=0

Source: Crown Equipment Corporation
Keywords: Machinery Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion New products/services