omniture

Konvensyen Utama Antarabangsa 2019 Young Living Essential Oils Gegarkan Salt Lake City

Young Living Essential Oils
2019-07-26 19:20 184

Lebih 32,000 orang menjelajah ke Salt Lake sempena sambutan Young 25 Tahun Young Living   

LEHI, Utah, 26 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Young Living Essential Oils, peneraju dunia bagi minyak pati, berjaya melabuhkan tirai Konvensyen Utama Antarabangsa 2019 (IGC). IGC ialah acara pendidikan, perangkaian dan sosial utama Young Living. Acara ini diadakan pada setiap musim panas di Salt Lake City membawa bersama ahli-ahli organisasi ini bagi tujuan pendidikan berterusan tentang amalan terbaik, inovasi baharu, pembangunan dan penggunaan minyak pati dan produk kesihatan berkaitan yang ditawarkan oleh Young Living.

CEO Mary Young announces 25 Years Young Essential Oil blend from main stage during the opening ceremonies of the 2019 International Grand Convention in Salt Lake City, Utah.
CEO Mary Young announces 25 Years Young Essential Oil blend from main stage during the opening ceremonies of the 2019 International Grand Convention in Salt Lake City, Utah.

Tahun ini, Young Living meraikan pelancaran pelbagai pemakanan tambahan, alat solek daripada rangkaian alat solek Savvy Minerals®, deodoran dan ubat gigi bebas-sintetik dan peresap bertema burung hantu baharu untuk kanak-kanak. Sorotan utama daripada konvensyen 2019 termasuk ucapan dasar yang menginspirasikan daripada penulis buku paling laris terjual New York Times John C. Maxwell, lawatan ke Ibu Pejabat Global Young Living yang baru dibuka serta ladang lavender Mona, pelayaran kapal udara terbesar yang pernah melintasi ruang udara Utah serta persembahan penutup oleh Imagine Dragons. Dengan bantuan Guinness World Records™, ahli-ahli Young Living turut mencatatkan rekod dunia baharu bagi sumbangan terbanyak untuk mural cetakan bibir dalam seminggu, sebahagian daripada Clean Kisses Record,  acara penjenamaan untuk rangkaian alat solek Savvy Minerals daripada Young Living.

Mengekalkan kedudukannya sebagai pakar dalam kajian minyak pati, Young Living dan Institut Penyelidikan D. Gary Young turut mengumumkan satu perkongsian dengan NASA dan International Space Station (ISS). Dalam perkongsian yang pertama seumpamanya ini, entiti-entiti tersebut akan menghantar minyak pati dan benih tumbuhan ke International Space Station untuk mengkaji kesan radiasi solar ke atas kepotenan produk minyak pati. Selama sebulan, sampel-sampel akan ditempatkan di ISS, yang mana sampel-sampel ini boleh didedahkan kepada radiasi solar dan kemudian dibandingkan dengan sampel-sampel serupa yang dibiarkan di Bumi.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Mary Young menyatakan bahawa, "Dalam tempoh 25 tahun, Young Living Essential Oils berkembang daripada impian suami saya dan Pengasas Young Living D. Gary Young kepada legasi yang dibawa oleh lebih 6 juta ahli di seluruh dunia. Konvensyen Utama Antarabangsa 2019 menandakan pencapaian penting yang akan terus kami bina. Kecintaan kami terhadap minyak pati dan bumi yang menghasilkannya akan terus menjadi tumpuan global syarikat ini dalam tempoh 25 tahun akan datang dan selanjutnya ketika berusaha bersungguh-sungguh untuk kemampanan dan terus meninggikan piawaian untuk industri kami dalam bidang sains, standard dan penyumberan beretika."

Lebih 32,000 orang menghadiri Konvensyen Utama Antarabangsa 2019, yang datangnya dari 43 negara berbeza untuk meraikan ulang tahun perak syarikat dan menambah anggaran $23 juta kepada ekonomi tempatan. Konvensyen Utama Antarabangsa seterusnya Young Living dijadualkan berlangsung pada 17-20 Jun 2020.

Latar Belakang Young Living Essential Oils
Young Living Essential Oils, LC, yang berpangkalan di Lehi, Utah, ialah peneraju dunia bagi minyak pati dan pengedar produk infusi minyak yang berkualiti tertinggi. Sebagai pengelola bumi dan penduduknya, Young Living membuka jalan untuk setiap syarikat minyak pati menerusi piawaian Seed to Seal® serta tonggak Penyumberan, Sains and Piawaiannya. Prinsip-prinsip panduan ini melindungi bumi dan memastikan pelanggan yakin apabila menggunakan produk-produk Young Living untuk diri, keluarga dan di rumah mereka. Produk-produk Young Living mengandungi minyak pati yang kesemuanya berasal dari ladang-ladang milik korporat atau ladang-ladang rakan kongsi serta pembekal yang disahkan Seed to Seal, menyokong gaya hidup yang sihat, selain terus memberi peluang kepada lebih 6 juta ahli untuk mencapai matlamat dan aspirasi mereka dengan menyelaraskan usaha dengan nilai dan minat mereka. Untuk maklumat lanjut, kunjungi YoungLiving.com, ikuti @youngliving di Instagram, atau klik suka di Facebook kami.

Perhubungan Media
Untuk pertanyaan media, sila hubungi prinquiries@youngliving.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/951850/IGO_Salt_Lake.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/323110/Young_Living_Essential_Oils_Logo.jpg

Source: Young Living Essential Oils
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Retail Supplementary Medicine Hispanic-oriented news Trade show news