omniture

HONOR Mulakan Jualan Global HONOR 20 PRO yang Amat Dinanti-nantikan

HONOR
2019-07-27 00:18 501

HONG KONG, 27 Julai 2019 /PRNewswire/ -- HONOR, jenama telefon pintar bertaraf global, hari ini mengumumkan ketersediaan komersial HONOR 20 PRO yang amat dinanti-nantikan, dengan Rusia menjadi pasaran pertama untuk memulakan jualan rasminya dalam sebuah acara media yang diadakan di Moscow. Pengguna di Rusia akan berpeluang untuk membeli telefon pintar unggulan ini dalam semua saluran pada harga 34990 RUB mulai 2 Ogos. Selain itu, ketersediaan di United Kingdom, Perancis, Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, Republik Czech, Finland, Poland, Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan pasaran-pasaran lain akan menyusul dalam masa terdekat.

HONOR 20 PRO Mulakan Jualan Global
HONOR 20 PRO Mulakan Jualan Global

Susulan kejayaan pelancaran globalnya di London awal tahun ini, HONOR 20 PRO mendapat begitu banyak pujian, dengan beberapa media global seperti Android Central, Android Authority, Digital Trends, GSMArena, PhoneArena dan Tech Advisor, memberikannya penarafan yang hampir sempurna. Ia meraih satu lagi pencapaian penting untuk keupayaan kamera apabila ia diberikan 111 mata oleh DxOMark, skor kedua tertinggi yang diperoleh oleh mana-mana telefon pintar, penanda aras standard emas untuk kualiti kamera dalam industri ini.

"Dalam dunia digital dan hiper terhubung pada masa kini, telefon pintar merupakan pintu masuk ke dunia dengan kemungkinan yang tidak berkesudahan," kata George Zhao, Presiden HONOR. "HONOR 20 PRO memperbaharui semula kamera telefon pintar dengan cara yang tidak mungkin dapat dilakukan sedekad lalu, membolehkan jurugambar profesional dan peminat untuk mengekspresikan daya kreativiti mereka dan merakam detik-detik kehidupan mereka dengan ciri kejelasan ultra, dalam persekitaran rendah cahaya dan dengan perincian yang indah."

Pengalaman kamera gred-pro dengan skor DxOMark kedua tertinggi 

Skor mengagumkan HONOR 20 PRO meletakkannya dalam persaingan sengit dengan syarikat-syarikat berpengaruh telefon pintar yang lain dan pencapaian yang boleh dibanggakan ini sebahagian besarnya boleh dikaitkan dengan usaha tanpa henti oleh syarikat terhadap inovasi. Sebagai ahli terbaharu dalam rangkaian HONOR N-Series, HONOR 20 PRO merangkumkan kemuncak inovasi dan mengukuhkan kepimpinan jenama tersebut dalam reka bentuk telefon pintar. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah jenama ini memperkenalkan peranti unggulan yang didatangkan lengkap dengan Kamera Sony IMX586 48MP AI Quad dan apertur luas f/1.4 yang terbesar dalam industri. Dalam penaiktarafan OTA (melalui-udara) baru-baru ini, HONOR 20 PRO turut didatangkan dengan Kepekaan ISO Ultra-Tinggi yang memberikan pengalaman fotografi rendah cahaya yang lebih baik.

"Honor 20 Pro menjadikannya semakin hampir dengan kedudukan tertinggi dalam senarai kedudukan DxOMark Mobile kami hasil daripada prestasi Foto dan Video yang baik merangkumi semua aspek dan tanpa ciri kelemahan yang ketara…Sekiranya anda berada dalam pasaran untuk mendapatkan telefon pintar baharu dengan keupayaan pengimejan yang sangat baik, Honor 20 Pro perlu menjadi pilihan yang paling diutamakan dalam senarai pilihan anda, terutamanya sekiranya anda ingin menjimatkan sedikit wang berbanding persaingan yang lebih mantap." - DxOMark

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut tentang skor DxOMark di sini.

Melengkapi gaya hidup bergaya dengan reka bentuk canggih dan bergayanya  

HONOR 20 PRO menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan menjadi produk pertama dalam sejarah HONOR yang memperkenalkan bahagian belakang kaca Holografik Dinamik yang pertama di dunia, yang dicipta melalui teknologi Triple 3D Mesh yang pertama dalam industri. Apabila cahaya melintasi bahagian belakang kaca, cahaya dipantulkan dan dibiaskan pada kesemua arah yang menghasilkan kesan optik yang memukau dan mendorong kedalaman yang membezakan HONOR 20 PRO daripada telefon-telefon pintar versi terdahulu.

Pengalaman telefon pintar menyeluruh dan tiada bandingan 

Dilengkapi dengan perisian dan perkakasan yang terbaik dalam kelasnya, HONOR 20 PRO juga pendorong untuk pengalaman yang benar-benar pintar buat semua pengguna. Cip set AI 7nm Kirin 980 ialah pemacu utama kelajuannya dan prestasi termajunya. Ia dilengkapi dengan bateri 4,000 mAh yang dapat menyokong penggunaan tanpa gangguan sepanjang hari manakala storan 256GB yang amat besar memberikan ruang atas untuk permintaan ekstrem. HONOR 20 PRO juga mempunyai GPU Turbo 3.0 yang utama dalam industri – ciri yang meningkatkan keupayaan permainan peranti dengan menawarkan pengguna pengalaman visual dan sentuhan yang lebih beraneka. Bagi menyempurnakan seluruh pengalaman, ia didatangkan dengan sistem Virtual 9.1 Surround Sound, sistem yang menyokong kebanyakan fon telinga berwayar dan tanpa wayar yang membolehkan persekitaran audio yang lebih kondusif.

Latar Belakang HONOR 

HONOR ialah jenama telefon pintar terkemuka. Jenama ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan natif digital melalui produk yang optimum internet yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, menginspirasi tindakan, memupuk kreativiti dan memperkasakan golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dalam melakukan perkara ini, HONOR telah membezakan diri dengan mempamerkan keberaniannya sendiri untuk melakukan perkara yang berbeza dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membawa teknologi dan inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di: 

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/channel/UC2v9iAMYFDY-_eNw3t0W4-Q

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190724/2533211-1?lang=0

Source: HONOR
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services