GUANGZHOU, China, 29 Julai 2019 /PRNewswire/ -- HONOR, jenama telefon pintar yang terkemuka di bawah Huawei Consumer Business Group, mengumumkan "HONOR Vision", yang memperkenalkan cip set pintar "Honghu 818" dan kamera timbul pintar untuk skrin besar. Pengumuman tersebut dibuat hari ini di Persidangan Internet Mudah Alih Global (GMIC) di Guangzhou, yang mana En. George Zhao, Presiden HONOR menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Hanya yang paling gagah mampu bertahan dalam ribut yang paling kuat." Serentak dengan pelancaran dua teknologi baharu tersebut ialah pengumuman konsep "Sharp Tech" baharu daripada HONOR yang bertujuan untuk menerima dan meneroka sepenuhnya teknologi-teknologi canggih yang terkini.
"Pengkomersialan 5G di China bermula pada tahun 2019 yang juga merupakan titik perubahan untuk industri peranti pintar. Kami percaya 5G merupakan kunci kepada era baharu pendigitalan ini, mendayakan dunia yang membolehkan Internet Pelbagai Benda dapat dijayakan. Selari dengan misi kami untuk mewujudkan dunia pintar baharu yang menjadi milik golongan muda, HONOR memperkenalkan konsep 'Sharp Tech' untuk menggalakkan dan mendayakan inovasi teknologi," kata En. George Zhao, Presiden HONOR.
"Sharp Tech" - Konsep Serba Baharu HONOR dalam Inovasi Teknologi
HONOR berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi yang digemari oleh belia global. "Sharp" menonjolkan semangat penerokaan dalam kalangan orang muda, manakala konsep "Sharp Tech" mengetengahkan keinginan HONOR untuk meneroka kegembiraan inovasi teknologi.
Semasa menyampaikan ucapan dasar, En. Zhou menakrifkan elemen "Sharp Tech" sebagai:
Cip Set Pintar "Honghu 818"– Memperkasa HONOR Vision dengan Bunyi dan Imej Pintar
Semasa berlangsungnya GMIC, HONOR turut memperkenalkan cip set paparan pintar, "Honghu 818", inovasi "Sharp Tech" terkini oleh HONOR dan penambahan paling mutakhir dalam rangkaian cip set Hisilicon. Bakal dilancarkan pada Ogos ini, "Honghu 818" HONOR membolehkan skrin pintar untuk memberikan prestasi luar biasa serta imej dan kualiti bunyi yang unggul. Skrin yang canggih akan turut disediakan secara terbuka kepada pengeluar, lalu memacu pembangunan industri sektor skrin-besar.
Kamera Timbul Pintar - Pengalaman Baharu untuk HONOR Vision
HONOR telah memainkan peranan rintis di bawah strategi dwijenama dalam perniagaan Huawei. Susulan kejayaan kamera dwikanta selari bioniknya, GPU Turbo dan teknologi A.I., HONOR berkembang ke dalam industri-industri baharu dan berkongsi pengalamannya untuk sektor televisyen, mengumumkan skrin pintar pertama dunia, berbantu "Honghu 818". Dengan mengambil pendekatan inovatif terhadap pembangunannya, HONOR melengkapi penawaran produk HONOR Vision terkini dengan kamera timbul pintar, yang mendayakan keupayaan NPU untuk pengecaman wajah, seraya membawakan fungsi berkuasa dan juga pengalaman unggul kepada pengguna.
HONOR Vision akan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan Ogos 2019.
Latar Belakang HONOR
HONOR ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Jenama ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan natif digital melalui produk yang optimum internet yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, menginspirasi tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasakan golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dalam melakukan perkara ini, HONOR telah membezakan diri dengan mempamerkan keberaniannya sendiri untuk melakukan perkara yang berbeza dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membawa teknologi dan inovasi terkini untuk pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami di:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/c/honorofficial/
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190726/2535747-1?lang=0