omniture

Nubank kumpul USD 400 juta dalam pusingan pelaburan baharu dipimpin oleh TCV

Nubank
2019-07-29 20:55 136

Pembiayaan ini merupakan pusingan pelaburan terbesar yang dikumpul setakat ini oleh Nubank

Sejak pembiayaan terakhir pada tahun 2018, kumpulan pelanggan firma ini bertambah lebih dua kali ganda, mencapai lebih 12 juta orang di Brazil

Portfolio produk Nubank telah berkembang, kini termasuk pinjaman peribadi, akaun digital dengan fungsi debit untuk pengguna dan PKS selain kad kredit sedia ada dan program Ganjarannya 

Syarikat memulakan pengembangan antarabangsanya tahun ini, di Mexico dan Argentina 

Nubank terus mencari dan menggaji bakat untuk empat pejabatnya di seluruh dunia  

SAO PAULO, 29 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Nubank, peneraju dalam teknologi kewangan di Amerika Latin, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul sebanyak $ 400 juta dalam pusingan pelaburan Siri F. Pusingan ini dipimpin oleh TCV, salah sebuah firma ekuiti pertumbuhan terbesar yang berpangkalan di A.S. dan menjadi pelaburan penting yang pertama oleh TCV di Amerika Latin. Pelabur-pelabur sedia ada iaitu Tencent, DST Global, Sequoia Capital, Dragoneer, Ribbit Capital dan Thrive Capital turut mengambil bahagian dalam pusingan ini. Urus niaga ini tertakluk kepada syarat-syarat penutupan lazim.

Menerusi pusingan baharu ini, Nubank mengumpul sebanyak $820 juta dalam tujuh pusingan pelaburan.

Nubank, kini merupakan institusi kewangan keenam terbesar Brazil mengikut bilangan pelanggan, memulakan pengembangan antarabangsanya pada Mei tahun ini. Syarikat membuka pejabat-pejabat di Mexico dan Argentina serta sedang bersiap sedia untuk memulakan operasi dan berkhidmat kepada pelanggan di kedua-dua negara pada bulan-bulan akan datang.

Firma ini turut meluaskan portfolio produknya melangkaui kad kredit dikawal-aplikasi asal dan produk Ganjaran, kini termasuk produk pinjaman peribadi dan akaun simpanan digital untuk pengguna selain perniagaan kecil-kecilan dan bersaiz sederhana serta usahawan mikro.

"Kami tetap teguh dalam misi kami untuk membasmi kerumitan dan memulangkan kembali kawalan kewangan kepada orang ramai. Meskipun perubahan teknologi telah mengalami transformasi untuk kebanyakan industri di seluruh dunia, sebahagian besar pengguna yang mempunyai akaun bank terus membayar kadar faedah dan bayaran yang tidak masuk akal untuk menerima perkhidmatan kewangan yang amat lemah sebagai pulangannya. Selain itu, lebih dua bilion orang masih tidak mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan asas. Dengan pelaburan baharu oleh TCV dan pelabur sedia ada kami ini, kami berharap dapat menyumbang untuk membuat perubahan bermakna bagi situasi ini dengan mempercepatkan pertumbuhan kami di Brazil serta menyokong pelancaran pasaran-pasaran Amerika Latin baharu kami," kata David Vélez, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nubank.

"Kami berbangga dengan pemegang saham kami dan sokongan berterusan mereka terhadap perniagaan kami. Sejak dari mula, kami mendapat kelebihan untuk memanfaatkan pengalaman daripada beberapa pelabur teknologi yang paling berjaya di dunia dan pusingan ini yang dipimpin oleh TCV mengukuhkan lagi asas modal kami," sambung Vélez. "TCV telah menyokong beberapa penginovasi yang paling luar biasa pada masa kini termasuk Netflix, Spotify dan Zillow, menerusi modal, bimbingan strategik serta kepakaran industri dan kami berharap dapat bekerjasama dengan mereka ketika kami mengembangkan perniagaan."

"TCV mempunyai sejarah yang panjang dalam menyokong perniagaan yang dikendalikan oleh pengasas yang memanfaatkan teknologi untuk menyediakan pengalaman luar biasa kepada pengguna," kata Woody Marshall, Rakan Kongsi Umum di TCV. "David Vélez dan pasukan beliau telah membina perniagaan yang hebat di Nubank. Kami kagum dengan kedudukan pasaran mereka, elemen utama yang mengutamakan produk serta tumpuan yang berterusan terhadap pengalaman pengguna. Kami berharap dapat menyokong peluasan mereka ke dalam pasaran-pasaran baharu dan menyediakan perkhidmatan tambahan kepada pengguna mereka."

Produk baharu dan pengantarabangsaan 

Nubank mula menawarkan fungsi debit dan pengeluaran tunai kepada pelanggan akaun simpanan digitalnya ("NuConta") pada lewat tahun 2018, lalu memperkukuh akaun digitalnya sebagai alternatif lengkap untuk memenuhi keperluan kewangan asas buat kesemua warga Brazil. Hari ini, lebih 8 juta warga Brazil telahpun menjadi pelanggan NuConta.

Setelah menyempurnakan proses untuk mendapatkan lesennya sebagai institusi kewangan, syarikat melancarkan produk pinjaman peribadi pada awal tahun 2019 yang kini disediakan kepada lebih 500,000 pelanggan. Nubank dapat mendekati 100% daripada 5,570 perbandaran Brazil dalam tempoh 5 tahun menjalankan aktiviti, satu pencapaian penting dalam sebuah negara yang mana hanya 60% bandar mempunyai cawangan bank.

Dalam suku kedua tahun ini, syarikat juga memulakan pengembangan antarabangsanya, mengumumkan operasi di Mexico dan kurang daripada dua bulan kemudian, di Argentina. Kedua-dua negara akan menerima hab teknologi dan inovasi untuk membangunkan penyelesaian yang menumpu pada masalah kewangan tempatan.

Dalam tempoh enam tahun sejak penubuhannya, Nubank mencapai angka sebanyak lebih 12 juta pelanggan, menjadi institusi kewangan keenam yang terbesar di Brazil dari segi bilangan pelanggan dan bank digital yang terbesar di dunia. Baru-baru ini, syarikat menembusi pasaran korporat menerusi pengumuman akaun digital baharu untuk PKS, pasaran yang mempunyai lebih 20 juta syarikat di Brazil.

Carian bakat 

Hari ini Nubank mempunyai lebih daripada 1,700 kakitangan di Brazil, Jerman, Argentina dan Mexico. Syarikat berharap dapat meluaskan kumpulan pekerjanya dengan ketara sepanjang beberapa tahun akan datang.

"Kami sentiasa mencari bakat yang terbaik di dunia. Kami membina pasukan yang kuat dan pelbagai bersama ahli-ahli profesional daripada budaya-budaya berbeza untuk bersama-sama mencabar status quo dan mengurangkan kerumitan. Kami merupakan sebuah syarikat teknologi secara semula jadinya dan dengan itu, kami inginkan jurutera-jurutera perisian yang terbaik sebagai sebahagian daripada pasukan global kami," kata Vélez.

Perhubungan media:

Nubank
Rodrigo Barbosa
rodrigo.barbosa@nubank.com.br
press@nubank.com.br 
+55 11 984 603 476

TCV
Katja Gagen
kgagen@tcv.com
+1 415 690 6689

Source: Nubank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Workforce Management/Human Resources New products/services Financial Technology