omniture

Aromate Perkenal Penyegar Udara Membran Kuat, Berprestasi Tinggi

Aromate
2019-07-30 03:27 369

TAIPEI, Taiwan, 30 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Aromate, pengeluar yang terkemuka bagi penyegar udara kereta dan produk minyak wangi rumah yang inovatif di Asia, membawakan pengalaman haruman baharu kepada pemandu menerusi pelancaran penyedar udara kereta StrongMembrane.

Aromate punyai pertautan yang kuat dengan pasaran Asia Tenggara. Siri penyegar udara automatif StongScents menampilkan rangkaian luas haruman dan wangian yang menyerlahkan budaya dan tradisi seluruh rantau ini.
Aromate punyai pertautan yang kuat dengan pasaran Asia Tenggara. Siri penyegar udara automatif StongScents menampilkan rangkaian luas haruman dan wangian yang menyerlahkan budaya dan tradisi seluruh rantau ini.

"Aromate secara khusus membangunkan StrongMembrane yang menonjolkan pilihan keutamaan pengguna terhadap haruman yang kuat," kata Pengurus Besar Aromate Jane Huang. "Penyegar udara kereta StrongMembrane baharu membawakan antara muka resapan wangian yang canggih. Ia dapat mengalahkan pesaing-pesaing pasaran dari segi intensiti haruman dan memberikan wangian yang kuat dan tahan lama.

StrongMembrane, yang membawakan minyak wangi yang berkualiti, mempunyai reka bentuk kompak dan moden yang boleh disangkut dengan mudah pada lohong udara kereta. Alat ini memberikan haruman menyenangkan yang dapat menyegarkan kereta anda di jalan raya. Anda boleh mengawal dengan mudah tahap haruman dengan menyelaraskan penutup kawalan wangian.

Bersama-sama StrongMembrane, Aromate membawakan siri penyegar udara kereta StongScents yang sama hebat. Format-format penyegar udara yang paling popular termasuk Pamp Lohong, Wangian Lohong, Wangian Kayu dan Wangian Gantung. Haruman yang paling digemari ialah jenis cologne, buah-buahan dan bunga.

Dengan memberi penekanan yang kuat terhadap produk berkualiti, inovasi teknologi terkini, penyepaduan global serta sokongan jualan dan pemasaran mampan, Aromate semestinya merupakan penyedia dan rakan kongsi penyegar udara yang dipercayai.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang Aromate atau emelkan kepada inquiry@aromate.com

Latar Belakang Aromate

Aromate telah menjadi pengeluar utama bagi penyegar udara kereta dan produk wangian rumah yang inovatif selama lebih 23 tahun lamanya. Beribu pejabat di Taipei, Aromate mempunyai lebih 240 kakitangan dan kapasiti pengeluaran sebanyak lebih 15 juta unit sebulan bagi produk penjagaan udara bagi menawarkan perkhidmatan kepada pelanggannya di seluruh dunia. Sila kunjungi www.aromate.com untuk berita dan maklumat terkini tentang Aromate dan jenama-jenamanya.

Profil Aromate: https://profiles.dunsregistered.com/DunsRegisteredProfileAnywhere.aspx?Key1=3103481&PaArea=drs

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190729/2536685-1?lang=0

Source: Aromate
Keywords: Auto Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Transportation New products/services