omniture

Perkakas Pembruan Siri Z PicoBrew Kini Disediakan untuk Pembelian Antarabangsa

PicoBrew
2019-07-30 04:03 149

Bagi Meraikan Hari Persahabatan Sedunia, Produk-produk Voltan Antarabangsa mendapat Potongan 25% dengan Penghantaran Percuma sehingga 4 Ogos

SEATTLE, 30 Julai 2019 /PRNewswire/ -- PicoBrew, peneraju bagi perkakas pembruan minuman artisan, mengumumkan buat julung kalinya tentang ketersediaan antarabangsa perkakas pembruan Siri Z kempen pendanaan khalayak mereka yang amat terkenal, yang mencatatkan prajualan sebanyak lebih $4 Juta tahun lalu. Susulan permintaan pelanggan yang tinggi dan proses pengeluaran serta pengujian sepanjang tahun, PicoBrew kini menghantar produk voltan antarabangsa ke seluruh dunia. Bagi meraikan Hari Persahabatan Sedunia pada 4 Ogos ini, pelanggan antarabangsa akan menerima potongan sebanyak 25% dan penghantaran percuma apabila mereka membeli perkakas Siri Z sehingga tarikh berkenaan. Pelanggan boleh menggunakan kod promosi FriendshipDay untuk memanfaatkan tawaran ini.

PicoBrew offers 25% off and free shipping on Z Series appliances for international customers in honor of World Friendship Day.
PicoBrew offers 25% off and free shipping on Z Series appliances for international customers in honor of World Friendship Day.

"Kami berasa gembira kerana akhirnya dapat menghantar versi antarabangsa produk pendanaan khalayak kami yang terkenal, Siri Z PicoBrew kepada rakan-rakan kami di seluruh dunia," kata Dr. Bill Mitchell, Ketua Pegawai Eksekutif PicoBrew Inc.  "Memanfaatkan teknologi pembruan generasi keempat kami, 'komputer bru' gred komersial terkini kami membawa pembruan bir dan kopi ke tahap baharu yang memberi dorongan besar kepada perniagaan anda atau aktiviti hobi anda. Hasil daripada alatan perisian termaju yang dibina untuk melengkapi Siri Z, pembru boleh menghasilkan bir, bir sejuk, kopi panas dan kombucha dengan tepat dan boleh diulang."

PicoBrew telah lama dikenali dalam komuniti pembruan, mengiktiraf sejauh mana perkongsian minat terhadap bir artisan yang hebat dapat mencipta kenangan dan persahabatan yang berkekalan – apa lagi cara yang lebih baik untuk meraikan persahabatan selain berkongsi minuman dibru di rumah yang dihasilkan dengan sempurna bersama insan yang anda kasihi? Kini, peminat minuman artisan di seluruh dunia boleh mengajukan minum ucap selamat sempena Hari Persahabatan Sedunia dan mula menghasilkan bir, kopi dan kombucha mereka sendiri yang berkualiti tinggi. Dengan Siri Z, pembru boleh menggunakan bahan-bahan mereka sendiri untuk membru sebarang gaya dari mana-mana wilayah di seluruh dunia. Kehebatan pencipta resipi PicoBrew membawakan pustaka yang semakin berkembang dengan lebih 1,000 resipi yang dihantar oleh pengguna daripada rakan-rakan bru dan kilang-kilang bir di seluruh dunia. Kebolehan untuk membru PicoPaks dapat membawakan ciri kemudahan dalam resipi-resipi diprapakej dari lebih 200 kilang bir yang hebat kepada sesiapa jua.

Siri Z giat beroperasi di kilang-kilang bir komersial seperti Lucky Envelope dan Ravenna Brewing di Seattle, makmal-makmal seperti White Labs, rangkaian kopi seperti Vashon Island Roasters dan tempat menjamu selera bertaraf lima bintang seperti The Herbfarm di Woodinville, Washington.

Untuk maklumat lanjut tentang Siri Z PicoBrew dan untuk membuat tempahan domestik atau antarabangsa, kunjungi www.picobrew.com/z. Gunakan kod FriendshipDay untuk potongan 25% bagi perkakas Siri Z, berserta penghantaran antarabangsa percuma mulai sekarang hingga 4 Ogos.

Latar Belakang PicoBrew

PicoBrew ditubuhkan di Seattle pada tahun 2010 oleh Bill dan Jim Mitchell bersaudara, bekas eksekutif Microsoft dan saintis makanan, bersama-sama jurutera Avi Geiger. Menggabungkan kepakaran sains makanan dan teknologi mereka dengan minat terhadap pembruan di rumah, mereka memulakan langkah untuk menambah baik proses pembruan bir artisan untuk pengeluar kecil-kecilan dan pembru di rumah. PicoBrew memperkenalkan produk unggulannya, perkakas pembruan bir automatik Zymatic® yang memenangi anugerah untuk golongan profesional pembruan bir serta pembru di rumah, pada tahun 2013. Pico™, direka untuk peminat bir artisan pengguna, menyusul pada tahun 2016. Kedua-dua rangkaian produk direka untuk meningkatkan ketepatan, kebolehulangan dan kualiti keseluruhan dalam proses pembruan bagi menghasilkan bir artisan yang sentiasa lazat. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.picobrew.com atau ikuti PicoBrew di Facebook, Twitter atau Instagram.

Hubungi:
Kristen Joerger, LKPR, Inc.
Kristen@LKPRinc.com
646-484-4577, 603-494-3295 (c)

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/952916/PicoBrew_Free_International.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/511137/PicoBrew___Logo.jpg 

Source: PicoBrew
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services