omniture

Pakar Onkologi Radiasi Terkenal Antarabangsa, Prof. Dr. Dattatreyudu Nori Dilantik sebagai Pengarah Antarabangsa, Pusat Kanser Apollo, Apollo Hospitals Group

Apollo Hospitals
2019-07-30 12:31 181

NEW DELHI, 30 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Apollo Hospitals telah melantik Pakar Onkologi Radiasi yang terkenal di dunia, Prof. Dr. Dattatreyudu Nori, sebagai Pengarah Antarabangsa – Apollo Cancer Centres, Apollo Hospitals Group. Bermula bulan ini, Dr Nori boleh ditemui untuk perundingan sebanyak 10 kali di Apollo Hospitals di India selama 4 bulan dalam setahun. Beliau boleh ditemui secara maya di sepanjang tahun melalui platform Ask Apollo https://www.askapollo.com/.

Apollo Hospitals Dr Nori
Apollo Hospitals Dr Nori

Penerima Anugerah Padma Shri, Dr. Nori telah diberi penghormatan dengan banyak anugerah berprestij untuk pendatang untuk rawatan perubatan dan kanser, termasuk penghormatan awam tertinggi di Amerika Syarikat pada tahun 2014, "Ellis Island Medal of Honor" kerana kualiti teladan dan cemerlangnya dalam kedua-dua kehidupan peribadi dan profesionalnya. Pada tahun 2017, Kongres Kanser India memberi penghormatan kepada beliau dengan pengiktirafan tertinggi - "Legenda Hidup dalam Penjagaan Kanser."

"Kami berbesar hati mengalu-alukan 'Legenda Hidup dalam Penjagaan Kanser' Dr. Dattreyudu Nori kepada keluarga Apollo Hospitals. Dengan peningkatan insidens kanser, Prof. Nori akan membantu memantapkan perjuangan kita menentang kanser," kata Dr Prathap C. Reddy, Pengerusi, Apollo Hospitals Group.

Bercakap tentang peranan baharunya di Apollo Hospitals, Prof Dattatreyudu Nori berkata, "Adalah satu penghormatan untuk bekerjasama dengan Apollo Hospitals dalam misinya menentang kanser. Apollo telah menjadi perintis dan telah merevolusikan lanskap perubatan di India dengan inisiatif nya yang merintis jalan buat yang lain. Apollo Proton Cancer Centre ialah contoh yang cemerlang tentang dedikasi Dr. Prathap Reddy terhadap perjuangan untuk membawa teknologi perubatan terkini ke India."

Dr. Nori, dengan lebih empat dekad pengalaman, diiktiraf sebagai pemimpin pemikiran global dalam penyelidikan kanser dengan banyak perkembangan rintis dan inovatif yang berkaitan dengan rawatan kanser yang dikaitkan dengannya. Dr Nori juga merupakan perunding kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, menasihati penggubalan garis panduan rawatan kanser di negara-negara membangun.

Latar Belakang Apollo Hospitals:

Pada tahun 1983, Dr. Prathap C Reddy membuat usaha rintis dengan melancarkan hospital korporat pertama di India - Apollo Hospitals di Chennai. Kini, sebagai kumpulan penjagaan kesihatan yang paling dipercayai di Asia, kehadirannya meliputi lebih 12,000 katil di 71 Hospital, 3300 Farmasi, lebih 90 klinik & 150 pusat Diagnostik, 110 Pusat Teleperubatan, 15 pusat pendidikan perubatan dan Yayasan Penyelidikan dengan fokus pada Ujian Klinikal global, kajian epidemiologi, penyelidikan sel stem & genetik.

Pertanyaan Media: 

Anshul Sharma
E: anshulsharma_pr@apollohospitals.com 

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/953328/Apollo_Hospitals_Dr_Nori.jpg  
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/953329/Apollo_Hospitals_Logo.jpg

Source: Apollo Hospitals
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)