omniture

Sphera Tandatangani Perjanjian Peroleh thinkstep, Syarikat Kemampanan & Perisian Pengawasan Produk Terkenal

Sphera
2019-07-30 15:00 130

Sphera Tandatangani Perjanjian Peroleh thinkstep, Syarikat Kemampanan dan Perisian Pengawasan Produk Terkenal, Menunggu Kelulusan Pengawalseliaan

CHICAGO, 30 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Sphera, penyedia bertaraf global untuk perisian Pengurusan Risiko Bersepadu dan perkhidmatan maklumat dengan memberi tumpuan pada Kesihatan & Keselamatan Alam Sekitar, Risiko Operasi dan Pengawasan Produk, mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perjanjian untuk memperoleh thinkstep, sebuah syarikat perisian dan khidmat runding yang berpangkalan di Stuttgart, Jerman yang mengkhusus dalam Kemampanan Korporat serta Pengawasan Produk. Perjanjian ini masih menunggu kelulusan pengawalseliaan Jerman yang lazim untuk penggabungan dan pemerolehan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, thinkstep berjaya mengubah model perniagaannya kepada penyelesaian berasaskan Perisian-sebagai-satu-Perkhidmatan dengan mengikuti trajektori pertumbuhan yang menarik. Digabungkan dengan kumpulan pelanggan luar biasa thinkstep, peralihan ini membolehkannya untuk mengambil langkah penting ke hadapan dalam pembangunan syarikat.

"Pasaran perisian berasaskan awan dan atas premis, data serta kepakaran dalam kemampanan korporat serta pengawasan produk thinkstep memajukan misi kami untuk mewujudkan dunia yang lebih selamat, lebih mampan dan produktif," kata Paul Marushka, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sphera. "Kehadiran thinkstep dalam EMEA dan APAC melanjutkan jejak geografi kami dalam menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan global kami."

Perisian kemampanan korporat, pelaksanaan dan khidmat runding thinkstep memudahkan pelaporan kemampanan seluruh perusahaan, pengurusan risiko, audit, pengoptimuman strategi dan sumber. Perisian pengawasan produk dan khidmat runding syarikat dapat membantu mereka bentuk produk yang lebih mampan dan mengurus pematuhan produk dalam seluruh kitaran hayat.

"thinkstep menawarkan pelanggan kami dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kemampanan," kata Jan Poulsen, Ketua Pegawai Eksekutif thinkstep. "Penambahan penyelesaian perisian termaju kami, LCA yang ekstensif dan pangkalan data eko-profil serta kepakaran kemampanan kepada penyelesaian Kesihatan & Keselamatan Alam Sekitar Sphera ialah satu kombinasi perniagaan yang amat menarik yang akan membolehkan kami untuk menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan kami yang ekstensif dengan lebih luas menuju masa depan. Kami teruja untuk menyertai Sphera dan berterima kasih kepada bekas rakan-rakan kongsi kami Gimv dan Next47 atas kepakaran dan sokongan strategik mereka dalam membangunkan model perniagaan kami dengan jayanya."

Terma-terma perjanjian yang belum selesai tidak didedahkan. Siaran akhbar ini mengandungi unjuran dan kenyataan pandang ke hadapan lain yang berkaitan dengan peristiwa masa depan.

Latar Belakang Sphera 

Sphera ialah penyedia global bagi perisian Pengurusan Risiko Bersepadu dan perkhidmatan maklumat dengan memberi tumpuan pada Kesihatan & Keselamatan Alam Sekitar (EHS), Risiko Operasi dan Pengawasan Produk. Selama lebih 30 tahun, Sphera telah memajukan Kecemerlangan Operasi dengan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 3,000 pelanggan dan lebih 1 juta pengguna individu merentas lebih 70 negara untuk mewujudkan dunia yang lebih selamat, lebih mampan dan produktif.

Latar Belakang thinkstep 

thinkstep, beribu pejabat di Stuttgart, Jerman, membolehkan organisasi-organisasi seluruh dunia untuk berjaya dengan mampan. Penyelesaian perisian, pangkalan data dan khidmat runding thinkstep membantu perniagaan mendorong kecemerlangan operasi, mengeksploitasi potensi inovasi produk, meningkatkan nilai jenama dan mematuhi isu-isu pengawalseliaan. Sebanyak 20 pejabat syarikat di seluruh dunia menawarkan perkhidmatan kepada lebih 8,000 pelanggan.

Latar Belakang Gimv 

Gimv ialah sebuah syarikat pelaburan Eropah, tersenarai dalam Euronext Brussels, dengan hampir 40 tahun pengalaman dalam ekuiti persendirian. Kini, syarikat mempunyai portfolio dengan EUR 1.1 bilion pelaburan dalam sekitar 50 syarikat portfolio, dengan gabungan pusing ganti sebanyak EUR 2.75 bilion dan 14,000 kakitangan. Sebagai peneraju pasaran yang diiktiraf dalam platform-platform pelaburan terpilih, Gimv mengenal pasti syarikat-syarikat keusahawanan yang inovatif dengan potensi pertumbuhan yang tinggi serta menyokong syarikat-syarikat ini dalam transformasinya menjadi peneraju pasaran. Empat platform pelaburan Gimv ialah Pengguna Terhubung, Kesihatan & Penjagaan, Industri Pintar dan Bandar Lestari. Setiap platform bekerjasama dengan pasukan berpengalaman dalam pasaran-pasaran tempatan Gimv di Benelux, Perancis dan DACH, disokong oleh jaringan pakar antarabangsa yang diperluas. Maklumat lanjut tentang Gimv boleh didapati di www.gimv.com

Latar Belakang Next47 

Next47 ialah sebuah firma usaha niaga global yang ditubuhkan oleh Siemens yang melabur dan bekerjasama dengan usahawan yang bercita-cita tinggi dan membina syarikat-syarikat penentu industri. Dengan pejabat-pejabat di Boston, Beijing, London, Munich, Paris, Palo Alto dan Stockholm, Next47 memberi syarikat-syarikat baharu dengan akses yang tiada tandingan kepada salah satu portfolio pelanggan yang terbesar di dunia dalam bidang industri, tenaga dan infrastruktur serta kepakaran domain dalam teknologi-teknologi mendalam yang memberi kesan kepada pelanggan. Untuk maklumat lanjut tentang Next47, kunjungi https://next47.com/ 

Perhubungan Media: 

Ellen Bremseth
ebremseth@sphera.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/588281/Sphera_Logo.jpg

Source: Sphera
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Acquisitions, mergers, takeovers