TOKYO, 31 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Hotel Management Japan Co., Ltd. (ibu pejabat: Shibuya-ku, Tokyo; wakil pengarah: Shunzo Azuma; selanjutnya dirujuk sebagai "HMJ"), sebuah syarikat pengurusan hotel, mengumumkan bahawa hari ini ia akan membuka hotel baharunya secara rasmi, Hotel Oriental Express Tokyo Ginza.
Hotel Oriental Express Tokyo Ginza dikonsepkan sebagai "hotel galeri seni". Dengan kerjasama galeri-galeri yang berpangkalan di tempat popular seni di Ginza, hotel ini menerima pakai dinding seni dalam semua ruang dalamannya yang menampilkan imejan yang menggambarkan empat musim Jepun oleh seniman-seniman yang sedang meningkat naik, lantas mewujudkan ruang yang sememangnya merangsang daya kreativiti tetamu. Di samping itu, galeri-galeri tempatan terletak berdekatan bagi tujuan keseronokan dan hotel ini turut membantu tetamu menikmati dan meneroka kawasan Ginza, mempersiapkan penginapan yang menggoda kelima-lima pancaindera dan bertujuan untuk menjadi sebuah hotel yang dapat berperanan sebagai pusat tumpuan popular untuk maklumat berkaitan seniman.
Menerusi konsep ini, kami berharap agar tetamu-tetamu dapat menikmati penginapan yang dirasakan seperti sebuah galeri seni, dikelilingi sepenuhnya dalam dunia kreatif, di samping turut menikmati kesemua yang ditawarkan oleh Ginza.
https://tokyoginza.hotelorientalexpress.com/
Pengalaman 1: Kolaborasi dengan galeri-galeri seni di Ginza: Menenggelamkan diri anda dalam dunia seni di "hotel galeri seni" ini
Pengalaman 2: Menjelajah ke tempat popular seni bandar dan mengalami "Seni Ginza"
Pengalaman 3: Menikmati penginapan yang menumpu pada kenikmatan kelima-lima pancaindera: Meningkatkan daya kederiaan anda
Menyebarluaskan dunia seni: Tiga cara untuk mengalami "hotel galeri seni" ini
Pengalaman 1: Kolaborasi dengan galeri-galeri seni di Ginza: Menenggelamkan diri anda dalam dunia seni di "hotel galeri seni" ini
Ginza ialah harta karun galeri yang sebenar, kesemua terletak secara rapi begitu rapat antara satu sama lain. Bermula dengan galeri yang mempamerkan lukisan klasik dari zaman purba hinggalah galeri yang mempamerkan seni kontemporari, galeri-galeri di Ginza berkembang dalam keharmonian simbiotik sebagai sumber baharu dan lama. Hotel Oriental Express Tokyo Ginza, sebagai sebuah hotel yang unik untuk Ginza, mencipta ruang seni yang diinspirasikan oleh konsep "hotel galeri seni". Untuk aspek-aspek dalaman dan reka bentuk dalaman, hotel ini berkolaborasi dengan seniman-seniman yang sedang meningkat naik melalui galeri-galeri yang berpangkalan di Ginza. Lobi bertema warna putih dan bilik tamu ditonjolkan oleh "tona Ginza perak" ("Gin" dalam perkataan "Ginza" merujuk kepada perak) pada seni dinding yang melukiskan imej-imej empat musim di Jepun. Melalui hotel ini, tetamu boleh menikmati ruang yang dikelilingi oleh unsur kreatif dan hebat. Selain itu, sebagai kawasan galeri, lobi mempamerkan beberapa karya terpilih dengan kerjasama galeri-galeri Ginza. Pada masa kini, karya-karya seniman milik nada art gallery, berpangkalan di Ginza, sedang dipamerkan. Sila berkunjung dan nikmati yang terkini daripada dunia seni, seperti karya-karya seniman-seniman yang sedang meningkat naik di Ginza, berserta karya-karya yang bertemakan mengikut setiap musim.
Contoh-contoh galeri yang bekerjasama: nada art gallery
Pereka seni dinding: Maya Ogata
Selepas menamatkan pengajian daripada universiti dan ketika bekerja untuk sebuah syarikat reka bentuk grafik, Ogata mempamerkan pelbagai karya seni di berbagai-bagai pameran solo dan pameran berkumpulan sebagai pelukis. Selain itu, beliau meluaskan bidang aktiviti beliau dan turut mencipta mural untuk rumah tamu dan lokasi jualan, berserta ruang acara dalaman/luaran, melakukan seni dinding dan membuat persembahan di acara-acara secara langsung di seluruh negara di Jepun.
Pengalaman 2: Menjelajah ke tempat popular seni bandar dan mengalami "Seni Ginza"
Kawasan Ginza menempatkan hampir 200 galeri seni yang meliputi pelbagai genre: lukisan Jepun, seni Barat, seni kontemporari, antik dan sebagainya, secara geografinya berkeluasan dari Stesen Ginza ke Yurakucho dan Higashi Ginza. Kebanyakan daripada galeri ini boleh masuk secara percuma dan kesemua galeri ini popular sebagai tempat yang mana seseorang boleh menikmati seni di setiap hentian, tanpa perlu membelanjakan wang, memandangkan semua galeri ini terletak dalam jarak beberapa minit berjalan kaki antara satu sama lain. Selain itu, Hotel Oriental Express Tokyo Ginza berkolaborasi dengan galeri-galeri di Ginza untuk mencipta peta panduan berjalan kaki galeri tempatan asal. Sejajar dengan maklumat tentang galeri-galeri tempatan, peta tersebut turut memperkenalkan maklumat yang membolehkan pembaca untuk memperdalam pemahaman mereka tentang karya yang dipamerkan. Para pengunjung juga boleh mempelajari tentang kedai-kedai berhampiran bersama kakitangan yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, berserta maklumat setempat lain seperti lokasi-lokasi bar dan pub. Penginapan di Hotel Oriental Express Tokyo Ginza bukan sahaja membolehkan peningkatan penghargaan terhadap seni, tetapi juga peluang untuk membeli belah, menjamu selera dan semua yang dapat ditawarkan oleh Ginza!
Pengalaman 3: Menikmati penginapan yang menumpu pada kenikmatan kelima-lima pancaindera: Meningkatkan daya kederiaan anda
Hotel Oriental Express Tokyo Ginza melakukan yang terbaik bagi mempersiapkan cara istimewa untuk tetamu menikmati penginapan mereka dengan bebas dan kreatif.
Bufet sarapan pagi menghidangkan lima jenis sup, kesemuanya merupakan hidangan ciptaan cef yang asli dan disepadankan dengan musim yang sedang berlangsung, menggabungkan pemakanan kasual yang akan membangkitkan tubuh dengan hangat. Tetamu-tetamu juga boleh membawa hidangan sarapan ke bilik mereka, bagi membolehkan mereka menikmati waktu pagi mereka secara peribadi.
Pembesar suara Bluetooth telahpun dipasang dalam semua bilik, membolehkan tetamu kami meluangkan masa mereka dengan bebas dan kreatif sambil mendengar muzik kegemaran dalam ruang yang dikelilingi oleh karya seni.
Penghidang sake layan diri diperkenalkan di restoran agar dapat memudahkan tetamu menikmati unsur utama dalam budaya makanan Jepun: Sake, sejenis minuman beralkohol. Hotel Oriental Express Tokyo Ginza membawakan seleksi daripada Kilang Bir Kanemasu di Wilayah Niigata yang merupakan salah satu kawasan menanam padi yang utama di Jepun. Sejarah Kanemasu menjangkau hampir 200 tahun lamanya. Hotel ini menawarkan dua jenama sake popular mereka: "Blue Crest" dan "Red Crest."
"Blue Crest" diperbuat daripada varieti beras yang dikenali sebagai "gohyaku-mangoku." Beras ini ditanam di Bandar Shibata, lokasi letaknya Kanemasu. Rasa sake ini adalah jernih dan kering. "Red Crest" diperbuat menggunakan hashira-shochu (minuman beralkohol disuling yang dihasilkan daripada beras). Kaedah tradisional ini, bermula sejak abad ke-18, digunakan untuk menjadikan sake ini kaya dan lembut. Kedua-dua jenama ini begitu popular, memandangkan ia begitu serasi dengan sebarang jenis makanan.
Tetamu-tetamu dewasa yang menginap di hotel tersebut menerima satu cawan percuma untuk seorang. (Caj 500 yen secawan dikenakan bermula dengan cawan kedua).
Dengan sake di tangan dan muzik didendangkan di telinga… secara visual, emosi dan dengan bunyi yang cukup sempurna seolah-olah ia hampir dapat dicapai dan disentuh, bilik-bilik di Hotel Oriental Express Tokyo Ginza bermatlamat untuk menyediakan cara untuk meluangkan masa dengan bebas dalam suasana yang dikelilingi oleh karya seni.
Dalam Bangunan
● Kawasan Awam
Di lobi, yang turut berfungsi sebagai kawasan galeri, beberapa karya terkemuka sebagaimana yang dipilih dengan kerjasama galeri-galeri di Ginza dipamerkan. Para pengunjung turut berpeluang untuk membeli terus, sebarang karya seni yang memberi makna istimewa buat mereka.
Pada waktu siang, restoran berkenaan boleh digunakan sebagai kawasan bebas oleh tetamu. Sake dari Niigata, yang dipilih dengan teliti, sebagaimana yang disebutkan di atas, juga boleh didapati daripada penghidang minuman, manakala tetamu juga berpeluang menikmati minuman kopi, teh, teh berperisa atau teh hijau dan sebagainya, kesemuanya ketika bersantai di ruang yang dikelilingi oleh seni.
● Bilik Tamu
Semua bilik didatangkan terpasang dengan pembesar suara Bluetooth, yang membolehkan tetamu kami menikmati muzik kegemaran mereka di tengah-tengah reka bentuk seni yang menggambarkan musim-musim Jepun. Bilik-bilik kami membolehkan tetamu menikmati hiburan sensori: Seni dinding sebagai visual, emosi sebagai kanvas mental dan bunyi yang cukup sempurna seolah-olah ia hampir dapat dicapai dan disentuh, lantas menjadikannya cara yang bebas dan kreatif untuk bersantai di dalam bilik.
Profil hotel
Nama hotel: Hotel Oriental Express Tokyo Ginza
Mula beroperasi: 26 Julai 2019
Laman sesawang: https://tokyoginza.hotelorientalexpress.com/
Alamat: 2-9-3 Tsukiji, Chuo Ward, Tokyo 104-0045
Tel: +81-03-3545-1277
Skala kemudahan: Sembilan tingkat atas tanah
Bil. bilik tamu: 103 bilik (bilik bujang: 37; bilik kelamin: 9; bilik berkembar: 56; reka bentuk universal/tanpa sempadan: 1)
Restoran: Express Cafe (terhad untuk digunakan oleh tetamu hotel sahaja) (sarapan 06:30‒10:00, kafe 10:00‒22:00)
Akses: Seminit berjalan kaki dari Stesen Tsukiji melalui Laluan Hibiya Line dan dua minit berjalan kaki dari Stesen Shintomicho Station melalui Laluan Yurakucho
Syarikat kendalian: HMJ International Co., Ltd.
Oriental Suites Airport Osaka Rinku hotel dikendalikan oleh HMJ International Co., Ltd. (ibu pejabat: Shibuya-ku, Tokyo; wakil pengarah: Allan Takahashi), sebagai sebuah syarikat kendalian manakala Hotel Management Japan, Co., Inc. (HMJ) bertanggungjawab untuk bahagian pengurusan hotel.
Profil syarikat: Hotel Management Japan Co., Ltd.
Hotel Management Japan Co., Ltd. (HMJ) ialah sebuah syarikat pengurusan hotel yang mengendalikan 20 buah hotel di Jepun dengan sejumlah 5,951 bilik. HMJ beroperasi secara meluas dalam bidang pengurusan hotel seperti untuk hotel-hotel rakan kongsi Tokyo Disney Resort®, serta untuk jenama-jenama domestik dan asing seperti "Oriental," "Hilton," "Marriott," dan "Holiday Inn" seluruh negara di Jepun.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190729/2535625-1?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190729/2535625-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190729/2535625-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190729/2535625-1-b?lang=0