omniture

Sistem "Smart B.I.A" Forest City Menang Anugerah IDC Smart City Asia Pasific

CGPV
2019-08-01 00:33 354

JOHOR BAHRU, Malaysia, 1 Ogos 2019 /PRNewswire / -- Forest City/Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) di sini telah mencapai satu lagi pencapaian utama sebagai peserta tunggal dari Malaysia yang memenangi anugerah dalam Anugerah Smart City Asia Pacific (SCAPA) International Data Corporation (IDC) Kelima.

Aminolhuda bersama wakil IDC, IRDA dan Pengurusan CGPV di Majlis Anugerah IDC Smart City di Forest City
Aminolhuda bersama wakil IDC, IRDA dan Pengurusan CGPV di Majlis Anugerah IDC Smart City di Forest City

Projek itu, yang terletak di Johor, menonjol daripada 57 projek terpilih dalam semua kategori. Ia mengatasi pesaing lain dengan sistem "Smart B.I.A" inovatifnya.

Projek lain yang memenangi anugerah tahun ini ialah projek awam dari New Zealand, Singapura, Australia dan negara-negara lain yang termasuk Sistem Biometrik Wajah Pengenalan Digital Kebangsaan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura, Projek Pintar Terbaik Biro Keselamatan Awam Suzhou Wujiang (kategori Pemantauan Pintar) dan Jalan Terpintar New Zealand Majlis Perbandaran Auckland (Projek Bandar Pintar Terbaik untuk kategori Infrastruktur Mampan).

Pengurus Besar Jabatan Pembangunan CGPV, Syarul Izam Sarifudin berkata Forest City komited untuk mewujudkan penyelesaian cemerlang untuk bangunan-bangunan pintar. Sistem inovatif "Smart B.I.A" menyepadukan teknologi baharu seperti BIM-IOT-AI, menyepadukan pemodelan maklumat bangunan BIM, platform pengesanan IOT, dan aplikasi bandar AI, termasuk sistem pengairan titisan hijau, sistem automasi bangunan, sistem keselamatan pintar, sistem kecemasan, robot komuniti dan pelbagai sistem.

"Di samping itu, pelaksanaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam pembangunan Forest City memainkan peranan penting dalam peningkatan kualiti reka bentuk projek, pembinaan mampan, dan pengurusan kemudahan dan aset (FM/AM). Melalui penciptaan model bangunan 3D maya , Model BIM menjejaki projek yang dibina untuk memastikan semua perubahan reka bentuk boleh diperiksa sebelum ia digunakan untuk penyampaian projek untuk meminimumkan kesilapan dan kerja berulang di tapak pembinaan. Forest City menggunakan data BIM untuk pengeluaran yang diselaraskan. Beberapa komponen bangunan boleh disiapkan terlebih dahulu dalam kilang pasang siap Sistem Bangunan Berindustri (IBS), yang secara efektif meningkatkan kualiti bangunan dan piawaian, serta mengurangkan pencemaran alam sekitar dari tapak pembinaan," kata Syarul Izam.

Dari segi pengurusan bangunan pintar, Forest City telah menggabungkan pengurusan digital jarak jauh melalui platform pengesanan IOT, termasuk Meter Pintar, Pemantauan Bangunan dan Tembok Hijau. Dinding luar gedung Forest City dilitupi sepenuhnya dengan hijauan vertikal, dilengkapi dengan sistem pengairan automatik. Sistem ini akan menyediakan jumlah air yang ideal untuk tumbuh-tumbuhan melalui rangkaian pengawasan dalam talian automatik, meningkatkan keberkesanan, faedah ekologi dan alam sekitar bangunan dengan ketara. Tambahan pula, pengurusan yang cekap seperti kawalan komprehensif untuk keselamatan bangunan dan penggunaan tenaga, boleh dicapai dengan aplikasi bandar AI.

Gerald Wang, Penganalisis Utama IDC untuk Bandar-bandar Pintar berkata sistem "Smart B.I.A" di Forest City menyokong pembinaan infrastruktur melalui teknologi baru muncul, menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai dan memacu pembangunan ekonomi, yang menjadi tumpuan ekonomi digital Malaysia.

"Konsep bandar pintar ialah tafsiran bagaimana teknologi digital dapat memberikan penyelesaian yang inovatif dan pintar untuk mengatasi cabaran yang akan dihadapi oleh bandar-bandar yang sedia ada dan akan datang."

Sejak tahun 2015, beberapa pesaing tahunan untuk anugerah ini termasuk Agensi Teknologi Kerajaan Singapura, Kerajaan Bandaraya Taipei, dan pelbagai kerajaan perbandaran Republik Rakyat China (Shenzhen, Shanghai, Beijing), Agensi Promosi Ekonomi Digital (Thailand); pelbagai kerajaan perbandaran Korea Selatan (Incheon, Daejeon, Busan); Kerajaan New South Wales (Australia); dan pelbagai kerajaan perbandaran New Zealand (Auckland, Christchurch, Wellington).

Pengerusi jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Johor, Aminolhuda Hassan, yang menyaksikan penyampaian anugerah, berkata bahawa mempunyai tenaga kerja yang berdedikasi, rajin dan komited juga akan diraikan kerana ia menyokong sistem pintar B.I.A.

"Membangunkan bandar pintar menuntut komitmen dan sumber kewangan yang mantap. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana ia juga memerlukan kerjasama daripada kerajaan, pentadbir, pemaju swasta dan masyarakat," kata Aminolhuda.

Turut hadir pada majlis penyampaian anugerah tersebut ialah Pengarah Urusan IDC ASEAN Sudev Bangah, Ketua Perancangan dan Pematuhan Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Maimunah Jaafar dan Pengurus Besar Eksekutif CGPV, Hugo Wu.

Latar Belakang Forest City

Forest City dibangunkan bersama oleh Country Garden dan Esplanade Danga 88 Sdn Bhd (EDSB) yang disokong oleh kerajaan Johor. Ia terletak secara strategik di Wilayah Pembangunan Iskandar yang berkembang pesat, Malaysia, menyuntikkan satu lagi sumber pertumbuhan di ASEAN. Ia bersebelahan dengan jambatan kedua Tuas, yang meliputi kira-kira 30 kilometer persegi, termasuk empat pulau buatan manusia, pusat peranginan golf dan taman industri IBS. Forest City diletakkan sebagai bandar perindustrian pintar dan hijau yang merancang untuk membangunkan lapan industri utama, termasuk Pelancongan & MICE, Penjagaan Kesihatan, Pendidikan & Latihan, Ibu Pejabat Serantau, Pembiayaan Dekat Pantai, E-Dagang, Teknologi Baru Muncul dan Hijau & Pintar, menggabungkan alam sekitar, konsep reka bentuk penyepaduan teknologi dan industri untuk membangunkan ruang hidup dan ruang kerja yang ideal dan dipacu teknologi, membina model utama bandar raya masa depan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190730/2537955-1?lang=0

 

Source: CGPV
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Awards