omniture

Geran Penyelidikan INC Kini Dibuka

INC International Nut and Dried Fruit Council
2019-08-01 18:00 187

REUS, Sepanyol, 1 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- International Nut and Dried Fruit Council (INC) baru sahaja melancarkan Panggilan Tahunan untuk Projek-projek Penyelidikan (€300,000) bagi membiayai kajian klinikal, epidemiologi, asas dan/atau strategik yang mungkin dapat menyumbang untuk meningkatkan pemahaman tentang kesan kekacang dan buah kering terhadap kesihatan.

 

INC Research Grants Is Now Open
INC Research Grants Is Now Open

 

Panggilan Tahunan untuk Projek-projek Promosi dan Penyebaran (€50,000) akan dilancarkan pada bulan Oktober. Panggilan Penyebaran bertujuan untuk membantu menggalakkan pengambilan kekacang dan buah kering, khususnya di negara-negara sedang membangun. Ketahui lebih lanjut di https://www.nutfruit.org/health-professionals/funding-opportunities.

INC turut mengadakan kempen penyebaran "Nutfruit Power" ("Kuasa Kekacang") yang bertujuan untuk mempromosikan idea memakan kekacang dan buah kering ketika sarapan pagi atau sebagai snek waktu pagi untuk mendapatkan tenaga bagi menghadapi cabaran yang menanti pada hari tersebut.

Penerima-penerima Geran 2019

Dalam panggilan terdahulu, empat projek telah dipilih bagi tujuan pembiayaan, yang berjumlah €350,000. INC menganugerahkan pembiayaan kepada kajian klinikal mengenai hubungan antara pengambilan kekacang dan kesihatan otak dan juga kajian epidemiologi tentang kekacang dan fungsi kognitif. Dua projek penyebaran tambahan turut dibiayai.

Penerima-penerima Geran Penyelidikan:

  • Projek: "Kesan pengambilan campuran kekacang dalam tempoh jangka panjang terhadap kesihatan otak warga emas: tumpuan pada mekanisme asas". Penyelidik Utama: Prof. Ronald Mensink, Maastricht University, Belanda.
  • Projek: "Perkaitan antara pengambilan kekacang, fungsi kognitif dan penyakit hati berlemak tanpa-alkohol dalam kalangan orang dewasa yang lebih berusia". Penyelidik Utama: Dr. Sze-Yen Tan, Deakin University, Australia.

Penerima-penerima Geran Penyebaran:

  • Nucis Italia. Projek: "Kekacang dan sistem pemakanan".
  • Yayasan Sintesis Ilmu 3D dan Percubaan Klinikal Toronto. Projek: "Simposium Antarabangsa ke-37 mengenai Diabetes dan Pemakanan: Simposium dan Pembentangan Buah Kering & Diabetes".

Menjelang akhir tahun, INC telah dapat menyediakan lebih 3.5 juta euro pembiayaan untuk projek-projek penyelidikan dan penyebaran sepanjang tujuh tahun lalu.

Latar Belakang International Nut & Dried Fruit Council

INC ialah organisasi naungan antarabangsa untuk industri kekacang dan buah kering. Ahli-ahlinya termasuk lebih 800 syarikat daripada sektor kekacang dan buah kering dari lebih 80 negara. Keahlian INC mewakili lebih 85% daripada nilai "gerbang ladang" komersial di dunia bagi perdagangan dalam kekacang dan buah kering. Misi INC adalah untuk merangsang dan memudahkan pertumbuhan mampan dalam industri kekacang dan buah kering global. Ia merupakan organisasi antarabangsa terkemuka untuk kesihatan, pemakanan, statistik, keselamatan makanan dan piawaian serta peraturan antarabangsa berhubung kekacang dan buah kering.

 

 

E-mel maklumat perhubungan akhbar communications@nutfruit.org dan telefon +34 977 331 416.

International Nut & Dried Fruit Council
Carrer de la Fruita Seca, 4
Poligon Tecnoparc
43204 REUS, Sepanyol
tel.: +34 977 331 416
faks: +34 977 315 028 
inc@nutfruit.org 
www.nutfruit.org

 

Source: INC International Nut and Dried Fruit Council
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Organic Food Publishing/Information Service Awards Clinical Trials/Medical Discoveries Survey, Polls & Research