omniture

Alibaba Cloud Perkenal Penyelesaian Termaju kepada Perusahaan Malaysia untuk Percepat Transformasi Digital

Penyedia awan terkemuka tandatangani MOU dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk gunakan Data Raya dan AI bagi percepatkan rangkuman kewangan
Alibaba Cloud
2019-08-01 23:40 259

KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Alibaba Cloud, tulang belakang kecerdasan data untuk Alibaba Group, hari ini memperkenalkan penyelesaian termaju kepada perusahaan Malaysia bagi mempercepatkan transformasi digital mereka di sidang kemuncak awan pertama yang diadakan oleh syarikat tersebut di Kuala Lumpur, Malaysia. Sidang kemuncak berkenaan berjaya menarik penyertaan eksekutif-eksekutif yang mewakili 100 syarikat terbaik di Malaysia, pemimpin-pemimpin industri dan pakar-pakar teknologi untuk membincangkan tentang teknologi dan penyelesaian yang dibawakan oleh Alibaba Cloud. Di sidang kemuncak berkenaan, Alibaba Cloud turut menandatangani MOU dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk menggunakan Data Raya dan AI bagi mempercepatkan rangkuman kewangan.

Alibaba Cloud menandatangani MOU dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk menggunakan Data Raya dan AI bagi mempercepatkan rangkuman kewangan
Alibaba Cloud menandatangani MOU dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad untuk menggunakan Data Raya dan AI bagi mempercepatkan rangkuman kewangan

Selina Yuan, Presiden Alibaba Cloud Intelligence International berkata, "Sejak penubuhan pusat data tempatan pertama kami di Malaysia, Alibaba Cloud telah membuka jalan untuk menyokong perniagaan tempatan bagi mempercepatkan transformasi digital mereka. Sebagai penyedia awan No.1 di Asia Pasifik, kami ingin terus mempromosikan keterangkuman melalui teknologi, agar pelanggan dapat mengalami sistem awan yang bertaraf dunia dari segi keandalan, sekuriti, kecekapan dan kesalinghubungan."

Di sidang kemuncak tersebut, Alibaba Cloud turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad, salah sebuah bank yang terkemuka di Malaysia, dalam usaha mereka untuk mendayakan akses yang lebih baik kepada perkhidmatan kewangan menggunakan teknologi dan menangani cabaran sekuriti dan pematuhan yang biasanya terdapat dalam industri perbankan.

Abdul Razak Mohamed Ismail, Ketua Pegawai Teknologi Bank Muamalat Malaysia Berhad berkata, "Kolaborasi berkenaan membawakan peluang sempurna untuk kami menggunakan analitik prediktif yang dikuasakan oleh data raya dan teknologi AI untuk memahami dengan lebih baik segmentasi serta keutamaan pelanggan kami. Ia bukan sahaja membolehkan kami untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami, tetapi juga membantu kami menawarkan perkhidmatan kewangan buatan khas yang sesuai dengan aspirasi pertumbuhan mereka."

Alibaba Cloud mempunyai lebih daripada 70 akreditasi sekuriti dan pematuhan di seluruh dunia. Set komprehensif pensijilan pematuhan membolehkan pelanggan kewangan tempatan serta banyak industri dikawal selia yang lain menginovasi dalam infrastruktur awan dan mempercepatkan kaedah transformasi digital mereka.

Selain infrastruktur awan dan teknologi dipacu AI, Alibaba Cloud akan turut berkongsi amalan terbaik yang terkumpul sejak dua dekad lalu daripada ekosistem Alibaba. Ini akan memperkasa lagi rakan-rakan niaga Malaysia untuk mengubah cara mereka memasarkan, menjual, mengendalikan dan mencapai kejayaan dalam era digital.

Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC berkata, "Teknologi berperanan sebagai pendorong berkuasa untuk mengangkat masyarakat dan meningkatkan taraf hidup. Menggunakan teknologi untuk memastikan akses mudah kepada perkhidmatan kewangan yang berpatutan dan berkesan adalah penting bagi mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat dan mencapai rangkuman kewangan. Kami berharap agar lebih banyak syarikat dalam ekosistem tersebut mengguna pakai teknologi yang bukan sahaja meningkatkan keberkesanan perniagaan mereka, tetapi turut memainkan peranan dalam melakukan kebaikan untuk masyarakat.

Sidang kemuncak berkenaan dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat termasuk Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Cooperation (MDEC); Dato' Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad; Muzzaffar Othman, Ketua Pegawai Teknologi Permodalan Nasional Berhad (PNB); Calvin Chee, Naib Presiden Enterprise Application Development & Integration (IT), Genting Malaysia; Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Touch N' GO; Patrick Khoo, Ketua Pegawai Maklumat Averis Sdn Bhd, RGE Group; Kanags Surendran, Ketua Transformasi Perjalanan Pelanggan untuk CIMB; dan Selina Yuan, Naib Presiden Alibaba Group, Presiden Alibaba Cloud Intelligence International. Sesi-sesi meliputi pandangan praktikal dan kisah kejayaan untuk memperkasa perusahaan dan PKS mempercepatkan transformasi perniagaan mereka.

Alibaba Cloud mempunyai salah satu rangkaian infrastruktur yang terbesar di rantau Asia Pasifik, mempunyai operasi dalam 56 zon ketersediaan merentas 19 wilayah di seluruh dunia termasuk Hong Kong, Singapura, Australia, Malaysia, Indonesia, India dan Jepun dalam pasaran Asia Pasifik. Ia juga merupakan satu-satunya penyedia awan global yang mempunyai pusat-pusat data tempatan di Malaysia serta turut melancarkan 'Anti-DDos Scrubbing Center' berasaskan awan yang pertama di Malaysia pada tahun 2018 bagi menawarkan perkhidmatan di rantau ini.

Latar Belakang Alibaba Cloud

Ditubuhkan pada tahun 2009, Alibaba Cloud (www.alibabacloud.com), tulang belakang kecerdasan data untuk Alibaba Group, merupakan antara tiga penyedia IaaS terkemuka di dunia, menurut Gartner. Ia juga merupakan penyedia terbesar bagi perkhidmatan awan awam di China, menurut IDC. Alibaba Cloud menyediakan suit komprehensif perkhidmatan pengkomputeran awan kepada perniagaan-perniagaan di seluruh dunia, termasuk peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan dalam pasaran Alibaba Group, syarikat baharu, perbadanan dan perkhidmatan awam. Alibaba Cloud ialah Rakan Kongsi Perkhidmatan Awan rasmi bagi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190731/2539490-1?lang=0

Source: Alibaba Cloud
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Contracts Trade show news