omniture

Pendaftaran Bermula untuk Pengunjung Profesional CIIE ke-2

China International Import Expo
2019-08-02 20:54 568

SHANGHAI, 2 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kali kedua kini dibuka untuk pendaftaran oleh pengunjung profesional. Pengunjung profesional dari dalam dan luar negara boleh mendaftar di laman sesawang rasmi hingga 30 September ini.

Pautan pendaftaran: https://www.ciie.org/ciie/f/visitor/pre-book?locale=en
Panduan pendaftaran: http://youtu.be/g6aruvCkshc

CIIE kali kedua, yang bakal berlangsung di Shanghai pada November ini, akan membawakan tujuh kawasan pameran: Perdagangan dalam Perkhidmatan, Automobil, Peralatan, Kehidupan Sains-Teknologi, Gaya Hidup, Peralatan Perubatan & Projek Penjagaan Kesihatan serta Produk Makanan & Pertanian.

Registration Begins for Professional Visitors of the 2nd CIIE
Registration Begins for Professional Visitors of the 2nd CIIE

Kawasan pameran yang dirancang untuk pameran perusahaan dan perniagaan di CIIE kedua akan berukuran seluas 300,000 meter persegi iaitu lebih besar daripada kawasan ekspo pertama.

CIIE kedua akan menambah kawasan pameran untuk barangan pengguna berkualiti tinggi dan akan mempamerkan produk-produk berkaitan dengan realiti imbuhan, realiti maya dan penjagaan warga emas termaju agar seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan penggunaan di China.

Ekspo ini menakrifkan pengunjung profesional sebagai pembeli, orang dalam industri dan pakar daripada perusahaan, badan kerajaan, institusi awam serta pertubuhan sosial.

Bagi menjadikan prosedur pendaftaran untuk pengunjung profesional semudah mungkin, penganjur acara ini memutuskan langkah-langkah berikut:

Pertama, pengunjung tahun lalu akan dikecualikan daripada perlu mendaftar sekali lagi. Apabila mereka melog masuk ke platform pendaftaran, maklumat yang dihantar oleh mereka sebelum ini akan dimuatkan secara automatik selepas mereka menekan klik pada pautan "I'M A REGISTERED BUYER OF THE FIRST CIIE" ("SAYA PEMBELI BERDAFTAR CIIE PERTAMA").

Kedua, tarikh akhir pendaftaran telah dilanjutkan. Pengunjung profesional akan berpeluang mendaftar sehingga 30 September, sebulan lebih lewat berbanding tahun lalu.

Ketiga, maklumat terperinci tentang aktiviti-aktiviti CIIE akan disediakan kepada pengunjung profesional sebaik sahaja mereka melengkapkan pendaftaran, dengan emel tetap dihantar berkaitan pempamer dan juga produk mereka.

Tahun lalu, CIIE pertama telahpun diadakan di Shanghai, membolehkan dunia menikmati pencapaian globalisasi dan pertumbuhan ekonomi negara.

Nilai tawaran berpotensi hasil daripada acara ini melebihi US$57.8 bilion. Teknologi pintar berkualiti tinggi menjadi kategori terbesar dengan nilai mencecah US$16.5 bilion, diikuti dengan produk makanan dan pertanian bernilai US$12.7 bilion serta US$12 bilion bagi automobil.

CIIE kedua bakal berlangsung mulai 5 hingga 10 November 2019 di Shanghai.

Latar Belakang Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) 

CIIE ialah pameran kebangsaan China untuk import, bersama-sama ditaja oleh Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Shanghai.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190801/2540962-1?lang=0

Source: China International Import Expo
Related Links:
Keywords: Agriculture Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Food/Beverages Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Transportation Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events