omniture

JA Solar Bekalkan Modul Dwimuka Dwikaca PERC untuk Projek Atas Bumbung NEM Terbesar di Malaysia

JA Solar Co., Ltd.
2019-08-03 00:07 541

BEIJING, 3 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- JA Solar Co., Ltd, pengeluar yang terkemuka di dunia bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa ia membekalkan modul dwimuka dwikaca PERC berkecekapan tinggi kepada loji solar Goodyear 2.5MW di Malaysia. Loji kuasa berkenaan merupakan loji solar atas bumbung yang terbesar di bawah program NEM (Pemeteran Tenaga Bersih) setakat ini dan juga amat penting untuk aplikasi modul berkecekapan tinggi serta untuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

Program NEM (Pemeteran Tenaga Bersih) ialah salah satu projek tenaga yang paling penting di Malaysia. Ia bertujuan untuk membangunkan aplikasi kuasa solar untuk pasaran perindustrian, komersial dan pertanian serta pemasangan sistem solar atas bumbung untuk rumah-rumah, lalu mempromosikan penggunaan tenaga solar yang lebih luas di wilayah berkenaan. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Yeo Bee Yin menghadiri upacara penyempurnaan loji kuasa solar 2.5MW Goodyear dan menyampaikan ucapan di acara berkenaan.

Bertempat di Shah Alam yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia, loji ini dimiliki oleh Goodyear, salah satu pengeluar tayar yang terkemuka di dunia. Modul dwimuka dwikaca PERC berkecekapan tinggi daripada JA Solar dipasang pada bumbung kemudahan Goodyear berkenaan. Kuasa solar yang dijana oleh modul berkecekapan tinggi dapat memenuhi 11.5% daripada penggunaan kuasanya setiap hari.

Modul dwimuka dwikaca PERC berkecekapan tinggi JA Solar menggabungkan kelebihan teknologi sel dwimuka PERC berkecekapan tinggi dan struktur modul dwikaca dengan faktor kedwimukaan sebanyak lebih 70%. Modul dwimuka dwikaca JA Solar mempunyai kapasiti penjanaan kuasa yang cemerlang, prestasi rendah radiasi dan kerintangan PID meskipun dalam keadaan cuaca melampau, seperti suhu dan kelembapan tinggi. TÜV Rheinland, institusi pengujian berwibawa, telah mengesahkan hasil tenaga oleh modul dwimuka dwikaca PERC JA Solar adalah 10.5% lebih tinggi berbanding modul mono konvensional. Ini memberikan pilihan yang sangat baik buat pengguna, lalu mendayakan pulangan pelaburan yang menarik. 

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi: http://www.jasolar.com/html/en/.  

Source: JA Solar Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities