omniture

Ideagen Lancar Q-Pulse Versi 'Moden, Cekap dan Beraneka Visual' sempena Ulang Tahun ke-25 Perisian

Ideagen Plc
2019-08-05 17:00 146

NOTTINGHAM, England, 5 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Ideagen, penyedia perisian tadbir urus, risiko dan pematuhan (GRC), melancarkan versi baharu aplikasi Q-Pulse agar seiring dengan sambutan ulang tahun ke-25 perisian berkenaan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8584551-ideagen-launches-modern-version-of-q-pulse/.

Firma yang berpangkalan di UK – yang mempunyai kehadiran global dengan lokasi-lokasi di UK, Eropah, AS, Asia Tenggara dan UAE – memperkenalkan versi 7 hari ini Q-Pulse (Isnin, 5 Ogos), menandakan evolusi terkini terhadap penyelesaian kualiti, keselamatan, risiko dan pematuhan.

Mengekalkan fungsian terasnya seperti dokumen, audit dan pengurusan tindakan pembetulan, Q-Pulse 7 berdasarkan pelayar itu didatangkan dengan fungsi papan pemuka berkuasa untuk risikan perniagaan dipertingkat dan pengalaman pengguna yang intuitif.

Ian Hepworth, Ketua Pegawai Teknologi Ideagen berkata: "Untuk sebarang produk perisian kekal berada di tangga teratas pasaran selama 25 tahun merupakan satu pencapaian yang luar biasa. Ia merupakan sesuatu yang amat istimewa apabila salah satu produk milik kami sendiri berjaya meraih pencapaian tersebut dan kami amat berbangga dengan lelaran terbaharu ini."

"Dengan Q-Pulse 7, kami telah menghasilkan produk perisian yang moden, cekap dan beraneka visual yang telah membawa aplikasi tersebut ke tahap seterusnya. Kami memberi tumpuan kepada menjadikan data daripada seluruh perniagaan berfungsi melalui papan pemuka yang menarik secara visual dan boleh digunakan dengan pantas bagi memastikan pengguna dapat mengakses maklumat yang penting buat mereka dengan cepat dan mudah."

Dilancarkan pada tahun 1994, Q-Pulse mula dikenali sebagai penyelesaian pengurusan kualiti, membantu organisasi-organisasi mengambil langkah pertama terhadap kawalan proses tanpa kertas berkaitan dokumen, audit dan pengurusan tindakan pembetulan.

Sejak itu, setiap versi telah meluaskan keupayaannya untuk membantu Q-Pulse menjadi penyelesaian yang dipercayai untuk lebih 2,000 organisasi yang beroperasi dalam beberapa industri yang paling terkawal di dunia.

George Hall, Pengurus Produk Ideagen untuk Q-Pulse, berkata: "Q-Pulse membantu organisasi-organisasi membina repositori maklumat kritikal perniagaan yang dapat digunakan oleh mereka untuk meningkatkan proses-proses lain. Dengan Q-Pulse 7, semua maklumat ini boeh didatangkan serta merta bagi meningkatkan pemahaman tentang prestasi perniagaan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Ia benar-benar bukan sekadar analisis ringkas dan membuka seluruh pangkalan data untuk tujuan penelitian."

Ben Dorks, Ketua Pegawai Eksekutif Ideagen, berkata: "Q-Pulse 7 ialah satu keluaran penting yang telah ditunggu-tunggu oleh pelanggan kami. Kami percaya ia memainkan peranan besar dalam mengukuhkan kedudukan kami sebagai penyedia utama perisian kualiti, keselamatan, risiko dan pematuhan di seluruh dunia."

www.ideagen.com/products/q-pulse

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/955909/Q_Pulse.jpg 

 

 

Source: Ideagen Plc
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Broadcast feed announcements New products/services