omniture

Pemacu Pertumbuhan Baharu 2019 - Pameran Qingdao bakal diadakan Oktober

Information Office of the People's Government of Shandong Province
2019-08-06 23:59 403

QINGDAO, China, 6 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pejabat Maklumat bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Shandong mengumumkan pada 2 Ogos bahawa Pemacu Pertumbuhan Baharu 2019 - Pameran Qingdao (Pameran) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Qingdao mulai 19-21 Oktober.

2019 New Growth Drivers - Qingdao Fair
2019 New Growth Drivers - Qingdao Fair

Dengan tujuan untuk mempercepatkan peralihan pemacu pertumbuhan daripada lama kepada baharu melalui inovasi dan kerjasama, Pameran ini diwujudkan untuk membantu Wilayah Shandong membina platform untuk menerangkan rancangan, produk, teknologi dan dasar sekaligus menonjolkan pencapaian semasa tempoh yang dicirikan oleh peralihan pemacu pertumbuhan dan untuk melaksanakannya menerusi kaedah pameran, seminar, pemadanan projek dan perundingan. Platform ini juga bertujuan untuk menarik peluang pelaburan, bakat serta teknologi termaju dan untuk memudahkan kerjasama antara industri-industri pembuatan luar negara dan tempatan.

Pameran ini melibatkan kawasan pameran berkeluasan 23,700 meter persegi, persidangan dan seminar. Kawasan pameran membawakan satu Zon Pameran Bertema, lima Zon Pameran Khusus dan empat Zon Pameran Khas. Zon Pameran Bertema akan memaparkan pencapaian dan projek-projek utama di samping mempromosikan 16 bandar peringkat wilayah dari segi rancangan pembangunan, projek utama dan taman teknologi tinggi, berserta kawasan yang dikhususkan untuk menonjolkan ciri-ciri unik jenama-jenama tempatan. Lima Zon Pameran Khusus akan menempatkan himpunan syarikat multinasional, firma domestik yang mantap serta peneraju industri yang mencakupi industri pembuatan pintar, kehidupan pintar, tenaga baharu, bahan baharu dan marin, termasuk kawasan yang mengumpulkan firma-firma yang mengkhusus dalam industri-industri baru muncul, yang mana, secara kolektif, akan menonjolkan produk dan teknologi baharu serta mencari peluang untuk berkolaborasi. Empat Zon Pameran Khas dikhususkan untuk pencapaian saintifik dan teknologi, institusi pelaburan kewangan, penyedia perkhidmatan pelancongan dan pertanian moden yang didorong kecekapan, ditetapkan untuk mempamerkan beberapa kejayaan terkini antara perusahaan, universiti dan kemudahan penyelidikan selain menampilkan tawaran bertema budaya dan pelancongan khusus.

Wakil-wakil daripada sepuluh industri utama Shandong dan ribuan projek kerjasama, selain eksekutif-eksekutif daripada syarikat multinasional, organisasi antarabangsa dan persatuan akan mengambil bahagian dalam Pameran tersebut, menurut Yu Fenggui, Presiden dan Setiausaha Kumpulan Kepimpinan Parti CCPIT Shandong Sub-council.

Pendaftaran untuk Pameran ini dibuka dan 352 firma telah menunjukkan minat untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut, termasuk 12 daripada 500 firma utama dunia serta 15 daripada 500 firma Cina yang terkemuka.

https://static.prnasia.com/pro/media/201908/qingdao_fair.pdf

Laman sesawang rasmi Pameran Qingdao: www.ngdfair.com
HUBUNGI: Nannan Zhu
Telefon: +86-531-86168346/13156174527
E-mel: scena@163.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190802/2542068-1?lang=0

 

Source: Information Office of the People's Government of Shandong Province
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news