omniture

Avidity Science Lancar Siri Geno CL, Tetapkan Standard Baharu Untuk Sistem Penulenan Air Ternyahion (DI)

Avidity Science
2019-08-08 08:00 176

LONG CRENDON, England, 8 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Avidity Science dengan bangganya melancarkan generasi seterusnya sistem Air Reagen Makmal Klinikal (CLRW), Avidity Science Geno™ CL.  Avidity Science akan mempamerkan Geno™ CL berserta rangkaian luas penyelesaian penulenan airnya di Mesyuarat Saintifik Tahunan Persatuan Kimia Klinikal Amerika (AACC) di Anaheim, California, 4-8 Ogos di reruai #816.

Geno™ CL ialah penyelesaian satu-kotak boleh diskala sepenuhnya yang menyediakan bekalan CLRW yang konsisten dan mematuhi peraturan sehingga kadar aliran 200 L/j (0.88 GPM). Unik untuk Geno CL Avidity, teknologi kaset aliran berkembarnya menyediakan kontingensi yang diperlukan dalam makmal moden pada platform tunggal bagi memastikan bekalan air bersih berterusan sepanjang masa.

Direka untuk menampung keperluan berubah-ubah daripada makmal-makmal klinikal, ia serba guna, fleksibel dan mudah dikendalikan dengan skrin sentuh 10-inci intuitif dan berasaskan ikon. Ia dapat meminimumkan keperluan ruang, sambil mengurangkan risiko gangguan air; kesemuanya dalam satu kabinet.

Platform Geno CL menggunakan kombinasi teknologi penulenan air terbukti, yang terdiri daripada Kaset Osmosis Berbalik (RO), Pengenyahgasan Membran dan Elektropenyahionan (EDI), digabungkan dengan storan dan pengedaran terbina dalam bagi menyediakan CLRW terus kepada penganalisis klinikal. Semua teknologi boleh diakses dengan mudah kepada pengendali yang membolehkan penggantian katrij yang mudah dan tepat pada masanya.

"Kami percaya Geno™ CL akan menetapkan standard baharu dalam CLRW dengan adanya ciri-ciri uniknya seperti teknologi aliran berkembar," kata Doug Lohse, Ketua Pegawai Eksekutif unutk Avidity Science. "Selama 50 tahun Avidity telah mengambil pendekatan bertumpu pelanggan terhadap inovasi dan Geno™ CL merupakan contoh terkini bagaimana penyelesaian kami dapat mendayakan kecekapan pelanggan yang lebih besar sambil mengurangkan kos pengendalian."

Latar Belakang Avidity Science
Avidity Science ialah peneraju seluruh dunia bagi sistem penulenan air dan peralatan makmal untuk penyelidikan saintifik dan kemudahan penjagaan kesihatan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1969, ia telah membina kedudukan kepimpinan dalam pasaran penyelidikan makmal melalui kombinasi unik penulenan air dan penghantaran, pemantauan alam sekitar serta penyelesaian perkhidmatan. Kunjungi kami di: www.AvidityScience.com

Untuk maklumat lanjut tentang NEW Geno™ CL, kunjungi AvidityScience.com/GenoCL

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/716246/Avidity_Science_Logo.jpg  

Source: Avidity Science
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events