omniture

Zoomlion Sokong Projek-projek Infrastruktur Utama di Negara-negara Jalur dan Jalan

Zoomlion
2019-08-08 21:52 113

CHANGSHA, China, 8 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Antara "10 Projek Inisiatif Jalur dan Jalan hebat" yang dinamakan oleh China Daily baru-baru ini, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion), selaku penyokong inisiatif berkenaan, dengan bangganya mengambil bahagian dalam lima daripada projek tersebut.

8 kren rangkak QUY180 digunakan semasa pembinaan Jambatan Temburong di Brunei
8 kren rangkak QUY180 digunakan semasa pembinaan Jambatan Temburong di Brunei

Dengan menyumbang kepada pembinaan infrastruktur di sepanjang "Jalur dan Jalan", strategi "Going Out" ("Labur ke Luar Negara") Zoomlion meningkatkan lagi pengaruh antarabangsa jenama ini.

Lima projek yang disertai oleh Zoomlion ialah projek-projek pembinaan yang akan memberi manfaat kepada berjuta-juta orang. Projek-projek ini termasuk Jambatan Temburong, landasan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung, Jambatan Padma, Taman Perindustrian China-Belarus dan bangunan pencakar langit Colombo Port City.

Jambatan Temburong ialah projek infrastruktur yang terbesar dalam sejarah Brunei dan jambatan lintasan-laut yang terpanjang di negara berkenaan. Lapan kren rangkak QUY180, lapan kren rangkak QUY130 dan satu kren trak QUY25 yang disediakan oleh Zoomlion, digunakan untuk projek berkenaan.

Zoomlion turut menyediakan pelbagai produk termasuk pam treler HBT60.13.90SU generasi 4.0, untuk membina projek landasan kereta api berkelajuan tinggi 142-km yang menghubungkan ibu negara Indonesia Jakarta dengan Bandung, yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

Sementara itu, kren rangkak Zoomlion digunakan untuk membina Jambatan Padma, projek infrastruktur yang terbesar di Bangladesh. Ia juga merupakan projek jambatan asing terbesar yang dijalankan oleh syarikat-syarikat Cina dari segi jumlah kos.

Selain itu, pada tahun 2017, Zoomlion merupakan antara syarikat pertama yang melabur dalam Taman Perindustrian China-Belarus, kawasan ekonomi khas yang pertama di Belarus dan projek kerjasama antara kerajaan yang terbesar antara China dan Belarus.

Pada masa kini, kren menara Zoomlion membina bangunan pencakar langit setinggi 345.8 meter di Colombo Port City. Ini merupakan projek bernilai $1.4 bilion yang bersama-sama dibangunkan oleh kerajaan Sri Lanka dan China Communication Construction Co Ltd.

Di sepanjang "Jalur dan Jalan," projek-projek lain yang membawakan produk-produk Zoomlion termasuk pembinaan laluan bawah tanah di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, hospital penjagaan kesihatan di Kuwait dan bahagian Multan-Sukkur bagi Lebuh Raya Peshawar-Karachi, pembinaan infrastruktur pengangkutan yang terbesar di Koridor Ekonomi China-Pakistan.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) (000157.SZ) ialah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual hampir 460 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://en.zoomlion.com/.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190807/2545665-1?lang=0

Source: Zoomlion
Related Stocks:
OTC:ZLIOY Shenzhen:000157
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals