omniture

Xi'an Cipta Lebih Separuh Sasaran 105 "Perkampungan Indah" Dahului Jadual

Xi'an Municipal Government
2019-08-08 23:16 386

XI'AN, China, 8 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Kerajaan Perbandaran Xi'an mengumumkan bahawa 85 daripada 105 kampung yang disenaraikan dalam projek "Perkampungan Indah" 2019 telah siap pada separuh pertama 2019 menjelang akhir Julai.

Xi'an Cipta Lebih Separuh Sasaran 105 "Perkampungan Indah" Dahului Jadual
Xi'an Cipta Lebih Separuh Sasaran 105 "Perkampungan Indah" Dahului Jadual

Sejak pelancaran 'Pelan Tindakan Tiga Tahun (2018-2020) untuk Peningkatan Alam Sekitar Penduduk Luar Bandar di Xi'an' pada tahun 2018, bandar ini telah mula dan terus mempromosikan pembinaan semula "Perkampungan Indah". Dengan menambah baik kemudahan infrastruktur luar bandar, melaksanakan inisiatif seperti klasifikasi bahan buangan dan menaik taraf perlindungan bangunan bersejarah, persekitaran luar bandar telah bertambah baik dengan ketara.

"Kami mengikuti budaya tradisional Guanzhong dalam pemulihan seni bina bersejarah dan cuba menghindari pembinaan medan awam besar yang terlalu banyak dan kemudahan moden yang tidak sesuai boleh menyebabkan keterasingan budaya." kata Baoming Miao, Biro Perumahan dan Pembangunan Bandar-Luar Bandar Xi'an. "Matlamatnya adalah untuk membina semula kampung-kampung yang mencapai standard ekologi yang agak tinggi sambil mencerminkan budaya dan warisan budaya kita yang sebenar."

Kampung Baijiawan di Daerah Chang'an, dengan luaran yang bersih dan citarasa budaya tempatan yang tinggi, dipilih sebagai kampung model dalam kalangan projek yang telah siap. Selepas pembinaan semula, semua lorong kampung telah diturap dengan asfalt dan dicat dengan garisan penanda yang jelas. Setiap jalan dilengkapi dengan lampu jalan solar, batas bunga berbata biru dan pagar buluh buatan tangan di mana laurel dan anggur bebas tumbuh. Sebuah pusat kecergasan moden, medan awam bertema "Garden Country" yang tersusun di sisinya jar tembikar yang dicat dengan topeng Shaanxi Opera untuk diletakkan bunga teratai.

Sejak pelancaran pada 2018, 346 kampung telah melaksanakan kerja pemulihan, di mana 241 komuniti diperiksa dan diterima oleh ujian bebas di kampung itu sendiri. Semasa penilaian, Kampung Lijiayan di Pekan Caotang menerima gelaran "Perkampungan Cantik yang Boleh Didiami di China", manakala Kampung Ren di Pekan Tongyuan, Daerah Gaoling telah dipilih sebagai "Kampung Model Pemulihan Alam Sekitar".

Pada akhir tahun 2020, kerajaan perbandaran Xi'an menyasarkan untuk memulihkan sejumlah 320 "Perkampungan Indah", membina landskap desa tradisional untuk masa depan.

Di samping projek "Kampung Indah", Xi'an menyasarkan pembangunan pertanian moden dengan mewujudkan "Kawasan Pembangunan Pertanian Khas" yang komprehensif. Untuk mempromosikan projek itu, satu siri perayaan bertema telah dianjurkan, yang paling terkenal ialah "Pesta Peladang Xi'an", acara tahunan yang mempercepat pembangunan pertanian dan membantu petani memperoleh kekayaan. Acara utama termasuk tarian naga tradisional, pertandingan lagu-lagu rakyat, pertandingan seni visual, lukisan tradisional dan pemotongan kertas serta pengalaman memasak dari ladang ke meja yang mempamerkan produk luar bandar tempatan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.xa.gov.cn/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190807/2545700-1?lang=0

 

Source: Xi'an Municipal Government
Related Links:
Keywords: Agriculture Amusement Parks and Tourist Attractions Art Construction/Building Entertainment Environmental Products & Services Travel