omniture

GreenNovo Rumuskan Bersama Panduan Rawatan Habuk Keluli bersama BCRC China

GreenNovo
2019-08-09 00:40 380

BEIJING, 9 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- BCRC China (Pusat Serantau Konvensyen Basel untuk Rantau Asia dan Pasifik di China) secara rasminya menerbitkan "Panduan untuk Pengurusan Habuk Keluli yang Selamat untuk Alam Sekitar" di rantau Asia dan Pasifik. Dirumuskan oleh BCRC China serta GreenNovo dan dikeluarkan oleh BCRC China, panduan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan konsep pengurusan bahan buangan berbahaya serta mempromosikan pengurusan sisa berbahaya yang selamat untuk alam sekitar di rantau Asia dan Pasifik. 

Guidance on the Environmentally Sound Management of Steel Dust
Guidance on the Environmentally Sound Management of Steel Dust

BCRC China mengadakan Seminar Serantau untuk Pengurusan Bahan Buangan di bawah Inisiatif Penyelesaian Masalah Bahan Kimia dan Bahan Buangan, menurut Rangka Kerja Inisiatif Jalur dan Jalan pada November 2018. Sebagai pasukan profesional untuk pengurusan habuk keluli di China, GreenNovo membincangkan langkah-langkah respons dan pembangunan masa depan bagi mempromosikan keupayaan pengurusan bahan buangan, mengitar semula sisa pepejal perindustrian dan perlindungan alam sekitar hijau dengan wakil-wakil daripada kerajaan dan pakar-pakar Asia Tenggara. Panduan ini merupakan salah satu sorotan utama yang penting dalam seminar berkenaan.

Panduan untuk Pengurusan Habuk Keluli yang Selamat untuk Alam Sekitar bukan sekadar menetapkan cadangan untuk bahan mentah dan bahan tambahan, teknologi pengeluaran utama dan peralatan rawatan habuk keluli, tetapi juga menetapkan teknologi perlindungan alam sekitar dan had pelepasan bahan pencemar semasa mengitar semula untuk mengawal kitar semula dan penggunaan habuk keluli yang mengandungi zink serta memajukan pembangunan industri. Semasa proses merangka, GreenNovo mencadangkan banyak cadangan praktikal berdasarkan pengalamannya sendiri dalam memproses bahan buangan berbahaya yang mengandungi logam berat dan berharap dapat menyumbang usaha-usahanya sendiri bagi meningkatkan rawatan habuk keluli di wilayah berkenaan.

Penerbitan panduan ini menunjukkan bahawa teknologi GreenNovo diterima secara meluas oleh rantau Asia dan Pasifik. Pencapaian teknikal dan pengalaman rawatan GreenNovo yang terkumpul dalam operasi perindustrian berskala besar akan disebarkan dan membantu lebih banyak negara dan wilayah dalam mendorong kemajuan pengurusan bahan buangan berbahaya.

En. Ma Liyang, pengerusi GreenNovo berkata, "Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan BCRC China dan memainkan peranan kami dalam rawatan bahan buangan berbahaya dan penambahbaikan alam sekitar. GreenNovo sentiasa komited untuk mengitar semula sisa pepejal yang mengandungi logam berat yang terhasil dalam industri-industri keluli, bukan ferus, penyaduran elektrik serta kejuruteraan kimia dan bersedia untuk membantu syarikat-syarikat di China dan negara-negara di sepanjang Jalur dan Jalan, selain seluruh rantau Asia dan Pasifik. Menuju masa depan, kami akan terus mendorong peraturan dan pembangunan industri ini demi masa depan yang lebih mesra alam."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190806/2544399-1?lang=0

Source: GreenNovo
Keywords: Environmental Products & Services Mining/Metals Publishing/Information Service Survey, Polls & Research