omniture

Xi'an Lancar 200 Teksi Elektrik, Tenaga Bersih Ganti Gas menjelang 2019

Xi'an Municipal Government
2019-08-09 16:31 427

XI'AN, China, 9 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Xi'an, ibu kota wilayah Shaanxi China, mengumumkan pelancaran 200 teksi elektrik baharu sebagai sebahagian daripada program pengangkutan mesra alamnya yang menyasarkan untuk memperkenalkan 6,461 teksi elektrik menjelang akhir tahun 2019.

Sebanyak 6,461 teksi dwi-bahan api yang kini beroperasi, berserta 8,124 kenderaan metanal dan elektrik, akan dihentikan secara berperingkat-peringkat dan digantikan oleh kenderaan metanol dan elektrik dalam usaha Xi'an untuk menjadi bandar ekologi bebas emisi yang pertama di China.

Xi'an Launches 200 Electric Taxis, Clean Energy to Replace Gas by 2019.
Xi'an Launches 200 Electric Taxis, Clean Energy to Replace Gas by 2019.

"Kami bermatlamat untuk menghapuskan emisi dan menggantikan kesengsaraan pencemaran sepenuhnya dari bandar ini dan satu penyumbang utama kepada emisi rumah hijau ialah kaedah pengangkutan tradisional," kata Wang Jian, Pengarah Pentadbiran Teksi Xi'an. "Pengenalan dasar mesra alam dan perjalanan hijau kepada Xi'an merupakan satu keperluan asas untuk melindungi alam sekitar kita dan mewujudkan masa depan lebih baik, yang kami sasarkan untuk dicapai menjelang akhir tahun 2019."

Teksi elektrik teratai hijau yang baru dilancarkan menggunakan ketumpatan tenaga yang tinggi, bateri ion litium dengan jangka hayat 405 kilometer. Bateri boleh menerima pengecasan sehingga 50KW dan serasi dengan infrastruktur sedia ada di bandar-bandar tersebut, lalu membolehkan pemandu mengecas kenderaan mereka dengan mudah di seluruh wilayah ini.

Dibandingkan dengan teksi dwi-bahan api yang kini sedang digunakan, model elektrik tulen baharu adalah lebih senyap, lebih stabil dan lebih murah untuk dikendalikan. Menyingkirkan tangki gas dalam but kereta turut menyediakan pengembara dengan pengalaman perjalanan yang lebih luas dan selesa.

Pelancaran ini memberi manfaat kepada penumpang mahupun pemandu. Kos pengecasan teksi elektrik adalah jauh lebih rendah daripada kos mengisi teksi dengan bahan api tradisional, yang dapat meningkatkan pendapatan bersih untuk pemandu. Bandar ini turut bekerjasama dengan pembekal kenderaan untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan. Pada masa kini, pengeluar teksi mempunyai 12 kedai jualan kenderaan tenaga baharu dan sepuluh kedai perkhidmatan selepas jualan dengan keupayaan penyelenggaraan kenderaan tenaga baharu di Xi'an, menyediakan perkhidmatan penyelamat tanpa gangguan 24 jam, selain jaminan 600,000 km panjang untuk motor, kawalan elektrik dan bateri.

Program ini menambah tenaga yang lebih bersih kepada kemas kini hijau yang telahpun berjalan di bandar ini. Lebih 327 teksi elektrik beroperasi di Xi'a sejak tiga tahun lalu dan 4699 teksi metanol kini berkhidmat kepada penduduk bandar ini mulai Disember lalu.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://cbe.xa.gov.cn/default.htm

Latar Belakang Xi'an

Ibu kota wilayah barat Shaanxi China, Xi'an merupakan destinasi pelancong antarabangsa dengan lebih 3,000 tahun sejarah dan tarikan terkenal di dunia seperti Pahlawan dan Kuda Terracotta serta Tembok Kota purba. Bandar ini, yang dikenali sebagai "muzium luar China," ialah titik permulaan Jalan Sutera, jaringan laluan perdagangan purba yang ditubuhkan semasa Dinasti Han China yang menghubungkan Timur dan Barat melalui perdagangan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190808/2546864-1?lang=0

Source: Xi'an Municipal Government
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation