omniture

Tuya Jalin Kerjasama dengan Pensonic Perkasa Barisan Perkakas Pintar Toush

Manfaatkan platform AI+IoT Tuya akan membolehkan Pensonic menyediakan pengguna dengan platform selamat dan stabil untuk pengguna mengurus perkakas rumah IoT pintar melalui Aplikasi Toush.
Tuya Global Inc
2019-08-10 02:27 287

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Peneraju platform AI+IoT Tuya Smart mengumumkan satu perkongsian dengan perintis Malaysia Pensonic dengan jenama IoTnya Toush bagi memperkasa barisan Perkakas Rumah Elektrik Pintar Toush.

Jenama Toush ialah barisan perkakas IoT pintar baharu yang didayakan WiFi, menggunakan sensor untuk mengesan dan mengurus perubahan dalam persekitaran rumah serta reaksi pengguna menggunakan Aplikasi Toush.

Dengan produk-produk kediaman pintar yang penting seperti Vakum Robot Pintar, Pembersih Udara Pintar, Penyaman Udara Pintar, Pemanas Air Pintar dan banyak perkakas rumah elektrik pintar lain yang berguna, barisan produk Toush kesemuanya direka untuk menjimatkan wang pengguna dan menjadikan kehidupan mereka lebih pintar.

Barisan produk Toush akan menawarkan perkhidmatan kepada pasaran kediaman pintar Malaysia yang semakin berkembang dan kompetitif, yang mana pendapatannya dijangka mencapai USD 105 juta pada tahun 2019 dan mungkin mencecah USD 260 juta menjelang tahun 2023.

Kolaborasi ini melanjutkan misi Tuya untuk mencipta dunia terhubung yang lebih selamat buat semua dengan produk-produk "Dikuasakan oleh Tuya" telahpun diedarkan ke seluruh dunia menerusi lebih 100 juta peranti. Platform AI+IoT Tuya memanfaatkan penyulitan data standard industri dan penggunaan simpanan pusat data global bebas bagi menangani isu-isu privasi dan sekuriti.

Kolaborasi berkenaan akan menjadi penting untuk Tuya memperoleh pemahaman yang lebih tinggi tentang pasaran Malaysia tempatan. Ketua Pegawai Pemasaran Tuya Eva Na berkata bahawa, "Malaysia ialah pasaran yang penting buat kami dan rangkaian pengedaran yang luas serta prinsip-prinsip rakan kongsi kami menjadikan mereka sebagai rakan kongsi tempatan yang ideal. Kami teruja untuk bekerjasama dengan syarikat tempatan yang begitu berpandangan jauh bagi mewujudkan dunia yang terhubung buat semua. Kami juga yakin Pensonic akan menjadi jenama tempatan yang terkemuka bagi perkakas rumah IoT pintar menerusi Smart Toush App."

Latar Belakang Tuya 

Tuya menyediakan platform AI + IoT yang utama dalam kelasnya yang merealisasikan produk-produk pintar untuk pengeluar, jenama, OEM dan rantaian runcit. Platform tersebut menawarkan akses perkakasan, perkhidmatan awan dan pembangunan aplikasi. Tuya turut membantu jenama-jenama menaik taraf model teknologi dan perniagaan mereka agar mereka berupaya menyediakan peranti pintar bagi memenuhi kehendak pengguna. Syarikat menawarkan perkhidmatan kepada lebih 100,000 rakan kongsi di lebih 150 negara yang memperkasa produk-produk seperti lampu, perkakas, peralatan alam sekitar dan pengawasan. Beribu pejabat di San Jose, California, Tuya kini mempunyai pejabat-pejabat di Silicon Valley dan Pasadena, California, Hangzhou dan juga Shenzhen.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Laman Sesawang Tuya, LinkedIn, Facebook, Twitter atau YouTube.

Source: Tuya Global Inc
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Contracts New products/services