SHENZHEN, China, 10 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Bruce Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Wanjiaan Group, kumpulan induk WorthCloud, Wanjiaan Intelligent Technology Co,. Ltd, diundang untuk berucap tentang Bagaimana AI Memperkasa Industri Jualan Runcit Pintar di salun jelajah Tencent Cloud AI.
Beliau menyatakan bahawa dengan pembangunan pengkomputeran awan, data raya, Internet Pelbagai Benda dan kecerdasan buatan, banyak model dan produk perniagaan telah diinovasikan dan perubahan industri turut berlaku, berserta industri jualan runcit. Melalui internet pelbagai benda, data dikumpulkan dengan cara komunikasi antara peranti terhubung dan komputer. Hasilnya, pengguna dapat menikmati pengalaman yang lebih diperibadikan, lebih pantas dan lebih pintar.
Sama ada pengecaman wajah, aplikasi data raya atau SaaS (Perisian-sebagai-satu-perkhidmatan), melalui penyepaduan dalam talian dan luar talian, ia dapat meningkatkan keupayaan pengecaman perusahaan untuk pengguna. Platform WorthCloud memberi tumpuan untuk menyediakan penyelesaian jualan runcit pintar untuk kedai jualan runcit tradisional, membantu mereka mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan serta mencapai "evolusi peruncitan". Semasa pembentangan tersebut, WorthCloud membentangkan keupayaan AI dari tiga aspek: pusat aplikasi, CMS dan platform telus.
Peruncitan Baharu berbanding Tradisional
Isu-isu dengan jualan runcit tradisional sering terperangkap dalam aspek pemilihan, lokasi, pemasaran, pengalaman, operasi dan juga pengurusan. Sebelum kedai dibuka, WorthCloud merekodkan aliran penumpang dan potret pengguna melalui peralatan kamera AI bagi membantu kedai dalam pemilihan lokasi. Dalam pemasaran, WorthCloud memperoleh maklumat tabiat pembelian pengguna melalui pelanggan di dalam kedai bagi mencapai promosi. Dalam pengurusan operasi, ia digabungkan dengan Tencent Cloud. Kamera AI bersepadu dengan algoritma WorthCloud menganalisis data tabiat pembelian pelanggan, lalu mencipta profil pelanggan bagi meningkatkan peluang belian. Disepadukan dengan sistem bantuan maya dapat mendekati profil pelanggan dengan mudah dan memberi cadangan yang diperibadikan.
WorthCloud - CMS
Risikan perniagaan WorthCloud memperkasa aplikasi untuk mencapai fungsi-fungsi seperti pengimbasan untuk membayar. Ia memperkasa infrastruktur untuk mencapai statistik aliran pelanggan. Penyedia perkhidmatan, pembekal dan penjual runcit kesemuanya bersama-sama menyokong saluran tersebut dan membahagikan tanggungjawab melalui pembelian dan perkhidmatan.
Rantaian Bekalan Telus
Dalam proses melancarkan peruncitan baharu, semua rakan kongsi dalam ekosistem tersebut, termasuk Tencent Cloud dan WorthCloud kesemuanya perlu disusun semula. Hubungan antara jenama dan penjual runcit, pembekal dan saluran, produk dan penyedia perkhidmatan perlu dibina semula dan berkolaborasi. Rantaian bekalan merupakan teras dalam industri jualan runcit untuk mengawal sama ada kedai-kedai menguntungkan. Bermula daripada hierarki rantaian bekalan tradisional kepada pemisahan dalam talian dan luar talian.
Pelaksanaan proses berkaitan jualan runcit pintar telah mengubah landskap industri jualan sepenuhnya. Pemencaran, pengoptimuman dan ketelusan, kesemuanya memainkan peranan penting dalam proses tersebut. Penyelidikan dan pertumbuhan berterusan akan memberi faedah kepada seluruh industri.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190809/2548111-1?lang=0