omniture

ZTE dan China Mobile perkasa acara sukan 5G pertama China dengan penyelesaian 5G Live TV

ZTE Corporation
2019-08-12 11:11 238

Sampaikan pengalaman tonton berbilang sudut yang inovatif untuk Sukan Belia Kebangsaan kedua

SHENZHEN, China, 12 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, telah mengumumkan hari ini bahawa ZTE dan Cawangan Shanxi China Mobile menyiarkan Sukan Belia Kebangsaan kedua China dengan penyelesaian 5G Live TV bersepadu. Dengan teknologi 5G ZTE yang digunakan secara meluas dalam pengumpulan, penyuntingan, penyiaran dan penghantaran video untuk penstriman langsung dari Sukan Belia Kebangsaan kedua, ia ialah acara sukan 5G pertama di China.

ZTE dan China Mobile perkasa acara sukan 5G pertama China dengan penyelesaian 5G Live TV
ZTE dan China Mobile perkasa acara sukan 5G pertama China dengan penyelesaian 5G Live TV

Penyelesaian 5G-QCell Sistem Dalam Bangunan Pintar Digital ZTE meliputi pelbagai tempat utama, termasuk stadium utama. Penyelesaian ini memberikan pengalaman tontonan yang inovatif dengan menyediakan penonton dengan tiga senario 5G yang tersendiri, termasuk pandangan pelbagai sudut, zoom fleksibel, dan sudut pandang bebas, memenuhi sepenuhnya keperluan peribadi penonton untuk menonton permainan.

Disokong dengan teknologi seperti MEC dan pengekodan kependaman rendah, penyelesaian 5G Live TV ZTE mengurangkan kependaman hujung-ke-hujung secara langsung hingga kurang daripada 1 saat, agar penonton di luar tapak dapat mengalami permainan secara masa nyata.

Lebih-lebih lagi, melalui teknologi produksi video dan main balik utama industri, penonton di tapak perlawanan boleh menikmati pengalaman tontonan khas pada APP penstriman langsung berbilang sudut.

Di samping itu, para pelanggan IPTV dari Cawangan Shanxi China Mobile juga boleh mengakses permainan secara langsung UHD berbilang sudut masa nyata di platform IPTV, menonton perlawanan definisi tinggi dari empat sudut tontonan yang berbeza, dengan itu menyediakan pelanggan dengan pengalaman tontonan permainan yang disesuaikan.

Sementara itu, ZTE akan menyediakan penyelesaian penggunaan 5G-QCell untuk pengembangan kapasiti rangkaian masa depan dan fungsi perkhidmatan baharu, seperti MEC dan LBS (Perkhidmatan Berasaskan Lokasi). Menjelang bulan Ogos, ZTE telah menghantar lebih daripada 80,000 produk 5G QCell di seluruh dunia.

Pada bulan Mei 2019, ZTE menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Biro Sukan Wilayah Shanxi, Stesen Radio dan Televisyen Shanxi, dan Cawangan Shanxi China Mobile, dalam usaha untuk mewujudkan pengalaman penstriman langsung tersendiri bagi permainan sukan kebangsaan 5G pertama China.

Aplikasi penyelesaian TV 5G Live di Sukan Belia Kebangsaan Kedua menetapkan satu contoh yang baik untuk penstriman langsung masa depan bagi acara sukan. Dengan penggunaan rangkaian 5G berskala besar dan pembangunan video teknologi 8K / VR / AR yang mantap, ZTE akan terus mempromosikan pengkomersialan 5G Live TV dengan kerjasama rakan kongsi, meneroka penyelesaian penstriman langsung, aplikasi industri dan kerjasama mendalam antara penggiat industri dalam senario 5G.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, pembawa, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.zte.com.cn/global.

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190809/2545724-1?lang=0

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Sporting Events Sports Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services