omniture

AntWorks dan Everest Group Perkenal Playbook Pemprosesan Dokumen Pintar

Panduan pertama dalam industri bantu perusahaan mengguna pakai, meluaskan dan melanjutkan pengautomatan dengan penyelesaian IDP
Antworks
2019-08-16 02:35 526

SINGAPURA, 16 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Organisasi-organisasi mempunyai proses intensif-data dan pemegang kepentingan ingin mengoptimumkan sumber dan memaksimumkan pulangan kewangan. Bagi menangani cabaran ini, banyak perniagaan menerima Pengautomatan Proses Robot (RPA) tetapi kekurangan panduan tentang penyelesaian dan strategi yang membawa kepada kejayaan pengautomatan sebenar. Playbook Pemprosesan Dokumen Pintar (IDP) baharu memberikan nasihat pakar tersebut.

AntWorks™, penyedia kecerdasan buatan dan penyelesaian pengautomatan pintar bertaraf global dikuasakan oleh sains fraktal, menaja Playbook IDP oleh firma penyelidikan Everest Group, yang mencipta panduan unik secara bebas ini dengan kaedah agnostik-teknologi. Playbook IDP sedia maklum bahawa penyelesaian RPA yang biasa diguna pakai tidak dapat memproses data separa berstruktur dan tidak berstruktur, dan tidak belajar; manakala pengautomatan pintar memanfaatkan RPA, mengekstrak data daripada dokumen tidak berstruktur yang rumit menerusi Pembelajaran Mesin dan membolehkan pengautomatan hujung-ke-hujung dalam seluruh proses perniagaan.

"Playbook IDP Everest Group baharu menawarkan perusahaan dengan kaedah untuk merancang dan mengekalkan program pengautomatan berbilang tahun untuk proses bertumpu kandungan," kata Sarah Burnett, Naib Presiden Eksekutif dan Penganalisis Terkenal di Everest Group. "IDP masih baharu untuk banyak organisasi dan primer komprehensif seperti Playbook membolehkannya memvisualkan dan merancang pelan tindakan yang dapat menjawab persoalan tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya dan bagaimana untuk mencapai keperluan dan sasaran kecekapan yang tidak berkesudahan."

Asheesh Mehra, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AntWorks, menambah, "Berita buruk ialah ekosistem alatan teknologi musnah, lantas mengehadkan perusahaan untuk menugaskan pengautomatan. Berita baiknya ialah industri mula menyedari bahawa pemprosesan automatik memerlukan set data bersih. Playbook IDP menyediakan cara yang hebat untuk perusahaan melangkah ke arah pengautomatan proses sebenar."

Playbook IDP menyediakan trend industri dan amalan terbaik, menganalisis ciri-ciri pasaran IDP dan menyertakan kajian kes perusahaan oleh Mercer dan CRISIL. 

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana organisasi-organisasi boleh mendapat manfaat daripada pengautomatan pintar, muat turun salinan percuma Playbook IDP di sini: www.ant.works/IDP-Playbook.  

Latar Belakang AntWorks:

AntWorks™ ialah syarikat kecerdasan buatan dan pengautomatan pintar bertaraf global, mewujudkan kemungkinan baharu dengan data melalui pendigitan, pengautomatan dan kecerdasan perusahaan. Sebagai Platform Pengautomatan Bersepadu (IAP) yang pertama dan satu-satunya di dunia yang dikuasakan oleh prinsip sains fraktal dan pengecaman pola yang memahami setiap jenis data, ANTstein™ SQUARE mendigitalkan setiap maklumat untuk pelbagai industri. Kunjungi https://www.ant.works/ untuk memperkasa perusahaan anda dengan mengautomasikan proses perniagaan kompleks hujung-ke-hujung.  

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551620-1LOGO?lang=0

Source: Antworks
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation New products/services Data Analytics