omniture

Jalan Sutera Xinhua: Tasly kekal sebagai Perusahaan Demonstrasi Inovasi Teknologi Kebangsaan 2019 China

Xinhua Silk Road Information Service
2019-08-19 08:05 349

BEIJING, 19 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Tasly Holding Group, salah sebuah syarikat farmaseutikal yang terkemuka di China, baru-baru ini melepasi kajian semula negara bagi Perusahaan Demonstrasi Inovasi Teknologi Kebangsaan pada tahun 2019, hasil daripada inovasi berterusan yang dibuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tasly telah membangunkan mesin pil titisan berkelajuan tinggi proses-penuh generasi kelima proprietari, yang dianggap sebagai peralatan utama bagi pengeluaran pintar moden ubat-ubatan Cina tradisional (TCM).

Mesin ini membolehkannya untuk menukarkan TCM daripada cecair kepada pepejal dalam tiub sepanjang lebih sepuluh meter melalui getaran apungan elektromagnetik dan teknologi kriogenik, dan mengubah bolus terdahulu menjadi pil titisan yang kecil dan mikro.

Mesin dengan hak-hak harta intelek bebas ini bukan sahaja memperlihatkan pencapaian utama dalam pembuatan pintar ubat-ubatan Cina moden, tetapi turut menonjolkan hala tuju pengeluaran pintar TCM moden.

 

Tasly juga bertekad untuk mempromosikan TCM dalam pasaran global, yang bermakna produk-produknya mampu bertahan terhadap ujian piawaian antarabangsa.

"Tanggungjawab kami adalah untuk mewujudkan piawaian termaju dan menjadikan setiap butiran sempurna bagi menjadikan produk kami mampu bertahan terhadap ujian piawaian antarabangsa," kata Sun Wei, Pengurus Jaminan Kualiti Pusat Perindustrian Antarabangsa.

Berdasarkan kajian mendalam ke atas peraturan ubat-ubatan China, Amerika dan Eropah, Sun Wei dan pasukan beliau menjalankan penyelesaian dan penilaian terhadap ratusan kaedah pengujian dan akhirnya mewujudkan 12 jenis kaedah piawaian kawalan kualiti, yang mengesahkan sepenuhnya bahawa kualiti Pil Titisan Danshen Kompaun stabil dan boleh dikawal.

Sementara itu, Tasly komited terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk ubat-ubatan yang amat diperlukan dalam amalan klinikal dan menghasilkan pola bioperubatan lebih besar yang menampilkan pembangunan terselaras antara TCM moden, ubat-ubatan kimia dan ubat-ubatan biologi, dengan penaiktarafan inovatif dibuat dalam setiap unsur rantaian perindustrian keseluruhan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/307668.html

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201908/tasly/video.mp4

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals