omniture

Festival Nasi Daging Khinzir Brais Taiwan 2019 - Pesta Makanan Istimewa Daging Khinzir Taiwan

Bureau of Animal and Plant Health Inspection and Quarantine, Council of Agriculture, Executive Yuan
2019-08-19 11:39 221

TAIPEI, Taiwan, 19 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Nasi daging khinzir brais sentiasa menjadi lambang bagi makanan istimewa Taiwan dan hidangan yang perlu dinikmati untuk ramai pengunjung. Festival Nasi Daging Khinzir Brais Taiwan 2019 telah diperkenalkan pada 13 Ogos 2019. Biro Pemeriksaan Kesihatan dan Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan Majlis Pertanian Yuan Eksekutif, yang tidak gentar dengan ancaman penularan Selesema Babi Afrika, berjaya melindungi kualiti daging khinzir Taiwan, lalu membolehkan pengunjung dari dalam dan luar negara untuk menikmati hidangan negara Taiwan yang lazat dan berkualiti tinggi - nasi daging khinzir brais.

Biro Pemeriksaan Kesihatan dan Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan Majlis Pertanian Yuan Eksekutif berjaya melindungi kualiti daging khinzir Taiwan.
Biro Pemeriksaan Kesihatan dan Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan Majlis Pertanian Yuan Eksekutif berjaya melindungi kualiti daging khinzir Taiwan.

Festival Nasi Daging Khinzir Brais Taiwan bermula pada tahun 2017, bertujuan untuk mempromosikan daging khinzir yang sangat baik di Taiwan kepada dunia melalui makanan istimewa uniknya. Tahun ini, wabak Selesema Babi Afrika yang begitu hampir dengan Taiwan benar-benar menguji Biro Pemeriksaan dan Kuarantin. Walau bagaimanapun, pihak Biro bertahan dan bukan sahaja berjaya memastikan Taiwan tidak terjejas, tambahan pula, dapat mencapai status bebas-vaksinasi penyakit Kaki-dan-mulut (FMD) dengan jayanya 22 tahun selepas wabak awal. Melalui usaha-usaha ini yang diisytiharkan oleh sektor-sektor kerajaan dan awam, keselamatan makanan daging khinzir Taiwan dijamin, begitu juga dengan nasi daging khinzir brais, hidangan kebangsaan negara Taiwan.

Daripada puluhan ribu pesaing, Festival Nasi Daging Khinzir Brais Taiwan tahun ini akan memilih beberapa hidangan yang paling unik, membolehkan semua pengunjung untuk menikmati nasi daging khinzir brais tradisional dengan sos daging yang melimpah ruah di atas daging khinzir dan nasi. Di samping itu, festival ini akan menawarkan pelbagai makanan istimewa yang baharu dan inovatif untuk digandingkan dengan pilihan yang lebih tradisional, mengundang semua pengunjung dari dalam dan luar negara untuk meneroka produk-produk daging khinzir berkualiti tinggi Taiwan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190815/2551762-1?lang=0

Source: Bureau of Animal and Plant Health Inspection and Quarantine, Council of Agriculture, Executive Yuan
Keywords: Agriculture Travel