omniture

CROWN terima Anugerah Khidmat Pelanggan Cemerlang daripada Fast Logistics Philippines

Crown Equipment Corporation
2019-08-19 23:28 314

MANILA, Filipina, 19 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Crown Lift Trucks Philippines Corp., sebahagian daripada Crown Equipment Corporation, baru-baru ini memperoleh anugerah Khidmat Pelanggan Cemerlang untuk piawaian khidmat pelanggan yang utama dalam industri daripada Fast Services Corporation, yang turut dikenali secara meluas sebagai Fast Logistics Philippines.

CROWN terima Anugerah Khidmat Pelanggan Cemerlang daripada Fast Logistics Philippines
CROWN terima Anugerah Khidmat Pelanggan Cemerlang daripada Fast Logistics Philippines

Sepanjang lebih tiga tahun hubungan syarikat-syarikat tersebut, Fast Logistics menghimpunkan sekumpulan dengan lebih 100 unit forklift Crown, termasuk forklift imbang balas (siri SC), pengambil pesanan (siri MPC), trak pelet (siri PC dan WP) serta trak capai (siri RR dan RD).

Dedikasi Crown terhadap keperluan pelanggannya melangkaui sekadar menyediakan forklift. Syarikat komited untuk menyediakan khidmat sokongan pelanggan yang cemerlang melalui pasukannya yang bersemangat dan berkemahiran. Selain mempunyai pasukan perundingan dalaman untuk memberikan khidmat nasihat dan pandangan pakar, jaringan cawangan luas Crown menawarkan sokongan selepas jualan yang ekstensif selain menyediakan perkhidmatan yang andal dan responsif untuk menggalakkan penjimatan kos pelanggan dan meningkatkan masa kendali.

William Chong, Ketua Pegawai Eksekutif untuk Fast Logistics Group, menyampaikan anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan kepada kerjasama syarikat dengan Crown yang telah membantu Fast Logistics memenuhi matlamat perniagaan mereka.

"Anugerah Khidmat Pelanggan Cemerlang oleh Fast Logistics ini merupakan satu pencapaian penting," kata David Sultana, Pengarah Pemasaran Asia Pasifik untuk Crown Equipment. "Ia menunjukkan komitmen kami untuk terus menjadi jenama forklift nombor satu bagi khidmat pelanggan dalam industri ini."

Fast Logistics memenuhi keperluan logistik yang menyeluruh untuk pelanggannya. Ia menyediakan tahap penyepaduan perkhidmatan yang tinggi, termasuk kargo udara, kargo laut, kargo darat, penghantaran ekspres, pajakan gudang, pengurusan gudang, trak, pembungkusan tol dan pengedaran jualan, kepada pelanggan multinasionalnya.

Latar Belakang Crown Equipment Corporation 

Crown ialah salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia dengan reputasi untuk reka bentuk produk yang memenangi anugerah, kejuruteraan dan teknologi termaju serta perkhidmatan selepas jualan yang unggul. Falsafah perniagaan Crown memanfaatkan proses-proses yang bersepadu secara vertikal untuk mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan penyelesaian berpandangan jauh yang inovatif yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengendalian pelanggan.

Crown mengeluarkan pelbagai jenis forklift serta teknologi pengautomatan dan pengurusan pengangkutan. Ibu pejabat global syarikat ini terletak di New Bremen, Ohio, AS, dengan ibu pejabat serantaunya terletak di Munich, Jerman; Sydney, Australia; Suzhou, China dan Singapura. Bilangan kakitangannya melebihi 16,000 orang di seluruh dunia. Crown mengendalikan jaringan perkhidmatan dan pengedaran yang melebihi 500 lokasi jualan di lebih 80 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai idea-idea Crown bagi membantu pelanggan memajukan produktiviti operasi mereka, layari crown.com.

# # #

Hubungi:

Elliyani Mohamad Ali  
Werdist Communications
+65 9757 2367  
elliyani@werdist.asia

David Sultana
Crown Equipment (Singapore) Pte. Ltd.
+65 9837 6339
david.sultana@crown.com   

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551983-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2253114-1logo?lang=0

Source: Crown Equipment Corporation
Keywords: Machinery Transportation Awards