omniture

Q CELLS Malaysia Factory dianugerahi 'Anugerah Syarikat CSR Terbaik' daripada Kedutaan Republik Korea di Malaysia

Q CELLS
2019-08-20 09:00 346

CYBERJAYA, Malaysia, 20 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Q CELLS Malaysia Factory dianugerahi 'Anugerah Syarikat CSR Terbaik' di forum CSR yang dianjurkan oleh Kedutaan Republik Korea di Malaysia pada 8 Ogos lalu. Anugerah ini mengiktiraf kilang tersebut atas sumbangannya terhadap pembangunan pendidikan di Malaysia dan kerana menambah baik persekitaran kerja. Lebih 60 orang menghadiri majlis penyampaian anugerah termasuk pegawai-pegawai daripada agensi-agensi kerajaan Malaysia seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta eksekutif-eksekutif daripada syarikat-syarikat Korea di Malaysia.

Left : Junu Lee, Head of Q CELLS Malaysia Factory Right : Y.B. DR. ONG KIAN MING, Deputy Minister of Ministry of International Trade and Industry
Left : Junu Lee, Head of Q CELLS Malaysia Factory Right : Y.B. DR. ONG KIAN MING, Deputy Minister of Ministry of International Trade and Industry

Pada Januari 2018, Q CELLS menyumbang sejumlah 214 set pakej bekalan sekolah kepada empat organisasi di empat kawasan, iaitu Bandar Saujana Putra, Hulu Langat, Kajang dan Senawang, untuk membantu pelajar-pelajar yang mengalami kesukaran mendapatkan pendidikan lantaran bebanan ekonomi mereka. Di samping itu, pada April 2018, Syarikat menyumbang setiap 100 rim kertas A4 kepada empat buah sekolah di tiga kawasan iaitu Hulu Langat, Semenyih dan Dengkil, bagi meringankan beban guru-guru yang terpaksa menggunakan wang mereka sendiri untuk membeli kertas dan bagi menambah baik persekitaran pendidikan praktikal pelajar-pelajar.

Q CELLS turut menyumbang usaha yang besar bagi memperbaiki persekitaran kerja. Pada Mei 2019, Syarikat baru menubuhkan Q CELLS Voice Committee (QVC) untuk meningkatkan komunikasi bersama antara pihak pengurusan dan pekerja. Wakil-wakil pekerja mengumpul maklum balas pekerja berhubung empat topik, iaitu kebajikan & keselamatan, disiplin, idea penambahbaikan kerja, latihan & pembangunan dan berkongsi topik-topik tersebut dalam mesyuarat bulanan QVC. Selepas mesyuarat tersebut, pihak pengurusan membincangkan cara untuk menambah baik hal berkenaan dan berkongsi keputusan dengan pekerja.

Junu Lee, Ketua Q CELLS Malaysia Factory, berkata: "Sejak penubuhan Malaysia Factory pada tahun 2009, Q CELL telah lama menjadi sebahagian masyarakat Malaysia. Sentiasa bersyukur kepada Malaysia kerana membantu syarikat berkembang dan membangun, Q CELLS sentiasa menemui cara untuk menyumbang kepada masyarakat setempat sebagai warga korporat. Anugerah ini mengiktiraf Q CELLS atas pemikiran mendalam dan usaha yang besar selama bertahun-tahun. Kami akan terus merancang pelbagai aktiviti untuk terus berkembang bersama-sama Malaysia."

Latar Belakang Q CELLS

Q CELLS ialah salah satu pengeluar fotovolta yang terbesar dan paling diiktiraf di dunia untuk sel dan modul solar berprestasi tinggi dan berkualiti tinggi. Ia beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan (Ibu Pejabat Eksekutif Global) dan Thalheim, Jerman (Ibu Pejabat Teknologi & Inovasi) dengan pelbagai kemudahan pembuatan antarabangsanya terletak di A.S., Malaysia, China dan Korea Selatan. Q CELLS menawarkan spektrum penuh produk, aplikasi dan penyelesaian fotovolta, bermula dengan sel dan modul kepada kit dan sistem serta loji kuasa solar berskala besar. Melalui jaringan perniagaan globalnya yang semakin berkembang mencakupi Eropah, Amerika Utara, Asia, Amerika Selatan, Afrika dan Timur Tengah, Q CELLS menyediakan perkhidmatan cemerlang dan perkongsian jangka panjang kepada pelanggannya dalam pasaran utiliti, komersial, kerajaan dan kediaman. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.q-cells.com.

Kenyataan Perlindungan Selamat

Siaran media ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan ini boleh dikenal pasti melalui terminologi seperti "akan", "mengharapkan", "menjangkakan", "masa depan", "berhasrat", "merancang", "percaya", "menganggarkan" dan pernyataan yang serupa. Antara perkara lain, petikan daripada pengurusan dalam siaran media ini dan tinjauan operasi serta perniagaan Hanwha Q CELLS mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan berkenaan melibatkan risiko dan ketidaktentuan tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau dicadangkan dalam kenyataan pandang ke hadapan. Melainkan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, Hanwha Q CELLS tidak mengambil apa-apa tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Hubungi:

Pasukan Pemasaran Global Q CELLS
E-mel: press.release@hanwha-qcells.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190815/2553027-1?lang=0

Source: Q CELLS
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Awards Corporate Social Responsibility