omniture

Edisi Kedua TechLaw.Fest Tangani Cabaran Berkisarkan Akses dan Kawalan Data, Sekuriti Data, 5G dan Peranan Data dalam Perdagangan

TechLaw.Fest
2019-08-20 09:47 174

SINGAPURA, 20 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Edisi kedua TechLaw.Fest akan terus memberi tumpuan pada keadaan inovasi undang-undang Asia dan khususnya menilai isu-isu berkisarkan data – antaranya ialah penggunaan data yang bertanggungjawab, akses dan kawalannya, sekuriti dan 5G, dan peranan data dalam perdagangan. Bakal diadakan mulai 5-6 September 2019 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands, Singapura, acara selama dua hari ini akan dirasmikan oleh Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri En. K Shanmugam manakala Sir Tim Berners-Lee, pengasas World Wide Web (WWW) akan menyampaikan ucaptama.

Dianjurkan oleh Singapore Academy of Law (SAL), Kementerian Undang-undang Singapura dan MP Singapore, TechLaw.Fest 2019 dijangka menarik orang ramai dengan anggaran 1,500 delegasi antarabangsa dan pengunjung termasuk pemimpin industri, usahawan, ahli teknologi, peguam dan penggubal dasar dari kira-kira 18 negara.

Persidangan dua hari ini akan menampilkan kira-kira 60 penceramah dalam siri perbincangan panel serta seminar yang meneroka lebih mendalam tentang yang terkini dalam bidang Undang-undang Teknologi seperti Rantaian Blok & Kontrak Pintar, dan AI & Robotik. Firma-firma guaman dan jabatan-jabatan undang-undang akan turut berkongsi langkah-langkah praktikal yang diambil untuk mengubah cara lama pelaksanaan, menggalakkan cara pemikiran baharu dan melaksanakan cara baharu untuk berada dalam industri undang-undang. Ceramah Teknologi tentang visualisasi data, reka bentuk undang-undang, modal usaha niaga untuk teknologi undang-undang, inovasi dalam pendidikan undang-undang serta topik-topik lain akan diadakan di dewan pameran utama.

40 rakan kongsi, pempamer dan syarikat baharu akan turut serta untuk mempamerkan penyelesaian teknologi undang-undang yang inovatif kepada komuniti undang-undang dan teknologi Asia yang rancak. Ini termasuk DXC Technology (AS), Thomson Reuters (AS), Luminance (UK), Pravoved (Rusia), Sorbonne-Assas International Law School (Perancis), Clifford Chance (Singapura), antaranya.

"Undang-undang di Asia sedang mengalami perubahan dan inovasi digital membantu firma guaman dan jabatan undang-undang dalaman untuk menjadi lebih cekap, relevan dan bertumpu kepada pelanggan," kata William Deckelman, Naib Presiden Eksekutif dan Penasihat Undang-undang Utama, DXC Technology. "Sebagai Rakan Kongsi Transformasi Digital di TechLaw.Fest 2019, DXC mengalu-alukan peluang untuk berkongsi pengalaman dan pembelajaran kami untuk menyumbang kepada ekosistem undang-undang yang rancak di Singapura."

SAL Lounge ialah ruang pengalaman di TechLaw.Fest yang akan menganjurkan sesi-sesi perangkaian berserta demonstrasi teknologi imersif dan perundingan teknologi interaktif. Salah satu demonstrasi ini akan memperkenalkan buat julung kalinya LawNetPLUS, portal yang akan menyepadukan perkhidmatan industri undang-undang termasuk yang ditawarkan oleh SAL dengan lancar. "Kami menjangkakan LawNetPLUS bakal menjadi platform tunggal yang menghimpunkan teknologi dan perkhidmatan untuk seluruh profesion," kata Cik Serene Wee, Ketua Eksekutif SAL. "Ia akan meningkatkan kebolehcapaian kepada himpunan perkhidmatan yang sentiasa berkembang yang menyasarkan komuniti undang-undang."

Untuk meningkatkan profil syarikat-syarikat baharu peringkat awal dalam bidang undang-undang dan pengawalseliaan Asia Pasifik, TechLaw.Fest 2019 turut bekerjasama dengan Thomson Reuters untuk menganjurkan TR Ignite. Pertandingan pic penjelasan idea ini akan memberi peluang kepada 10 syarikat baharu untuk memperoleh pembiayaan sehingga US$250,000. Syarikat-syarikat baharu yang layak akan turut ditawarkan tempat di GLIDE, pemecut teknologi undang-undang SAL.

En. Paul Neo, ketua pegawai operasi SAL, berkata: "Dalam mewujudkan hubungan antara program-program seperti GLIDE dan TR Ignite, kami meluaskan peluang-peluang untuk syarikat-syarikat baharu teknologi berkembang dengan cara yang paling menyokong peluang pasaran dan matlamat perniagaan mereka. Dengan program-program yang berasal daripada sumber kepakaran domain mendalam, kami memastikan bahawa kami dapat menyelesaikan cabaran dan peluang paling kritikal yang dihadapi oleh pengamal-pengamal undang-undang di Asia Pasifik."

Latar Belakang TechLaw.Fest

Untuk maklumat lanjut: www.techlawfest.com.

Latar Belakang Penganjur-penganjur TechLaw.Fest

Untuk maklumat lanjut: www.techlawfest.com/about-organisers/.

Source: TechLaw.Fest
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Future Events Legal Services