omniture

Pengamal Media 'Tee Off' Di Padang Golf Klasik Forest City

Forest City
2019-08-20 10:22 316

GELANG PATAH, 19 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Padang Golf Klasik Forest City, padang golf 18 lubang kedua Forest City Golf Resort, dibuka secara rasmi pada hari ini.

Bersempena dengan pelancaran itu, Forest City telah menganjurkan kejohanan golf selama dua hari untuk media yang akan bermula sebaik sahaja perasmian lapangan golf berlangsung.

Ini merupakan kali kedua Forest City menganjurkan kejohanan Piala Media.

Terdahulu, acara itu dianjurkan bersempena pelancaran padang golf Jack Nicklaus pada September lalu.

Sepertimana tahun lalu, kejohanan Piala Media kali kedua ini disertai oleh pengamal media dari pelbagai negara. Para peserta pertandingan ini mengasah dan menguasai kemahiran bermain golf melalui perlawanan persahabatan antara kelab-kelab media dalam dan luar negara.

Pengurus Besar Pengurusan Jenama Forest City, Zhou Jun berkata kejohanan ini bermula pada 18 Ogos sebaik sahaja selesai majlis pelancaran Padang Golf Klasik dan berakhir pada 19 Ogos.

"Forest City telah dibangunkan sejak 3 tahun yang lalu. Sehingga kini, kami telah melabur sebanyak RM17 bilion di Malaysia. Dengan adanya Forest City, lebih 9,000 peluang pekerjaan telah ditawarkan kepada warga tempatan.  Forest City juga merupakan satu-satunya syarikat luar yang menerima anugerah daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai tanda pengiktirafan inisiatif CSR kami kepada komuniti setempat."

"Kami telah menjemput pengamal media dari seluruh dunia untuk menjadi pemain golf pertama yang menikmati pengalaman beraksi di padang golf klasik rekaan Liang Guokun, Pengarah Eksekutif Country Garden Holdings.

"Kejohanan pertama yang telah dianjurkan mendapat sambutan baik dan menerima maklum balas yang menggalakkan. Maka pada tahun ini, kami sekali lagi menganjurkan kejohanan yang sama," katanya.

Padang Golf Legacy, yang direka oleh legenda Jack Nicklaus dan anak lelakinya, telah menarik sejumlah pemain golf dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Singapura, Jepun, Korea, Indonesia, Vietnam dan Australia sejak pelancarannya.

Padang golf Klasik yang baru sahaja dilancarkan merupakan padang golf 18 lubang dengan rekaan landskap taman tiga dimensi yang digabungkan bersama konsep medan golf, sekaligus menjadikan ia ikon baharu bagi meningkatkan pelancongan golf Johor.

Benny Teo, Editor Urusan Golf Vacations, sebuah penerbitan oleh SPH Pacom Pte Ltd, yang mengambil bahagian dalam Piala Media tahun lalu turut kembali lagi tahun ini.

Teo ialah timbalan kapten pasukan golf antarabangsa, yang memenangi pertandingan persahabatan tahun lalu.

"Saya menantikan peluang untuk bermain di lapangan golf Klasik kerana saya berpendapat ia semestinya lebih mencabar berbanding di Legacy, berdasarkan laluannya yang sempit dan halangan air. Walau bagaimanpun, saya sentiasa bersedia menghadapi cabaran.

Perkara terbaik menyertai pertandingan Piala Media ini ialah peluang untuk mengenali pemain lain. Bagi pemain golf, sesiapa sahaja yang berada di padang merupakan kawan," kata Teo.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal yang merasmikan Padang Golf Klasik berkata, beliau kagum padang golf tersebut berjaya disiapkan dalam masa kurang daripada 12 bulan.

"Kepantasan dan komitmen yang ditunjukkan dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan projek adalah sangat mengagumkan."

"Padang golf Klasik ini pastinya akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, terutamanya industri pelancongan golf."

Turut hadir di majlis perasmian tersebut ialah Pengarah Eksekutif Country Garden Holdings Liang Guo Kun dan Pengarah Eksekutif CGPV Datuk Daing A. Malek Daing A. Rahaman.

Country Garden Pacificview Sdn Bhd

Ditubuhkan di Malaysia pada 29 April 2013, Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) merupakan pemaju Forest City, sebuah pembangunan hijau bercampur terbesar Asia Tenggara dan terletak di Wilayah Iskandar. CGPV merupakan usaha sama di antara Country Garden (60%) dan Esplanade 88 Danga Bay Sdn Bhd (EDSB), sebuah anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Forest City

Forest City ialah sebuah pembangunan bercampur dengan keluasan 30km² yang terletak di Iskandar Malaysia. Berhampiran dengan Lebuhraya Link Kedua Malaysia-Singapura, ia merupakan sebuah usahasama antara Country Garden dan rakan kongsi Malaysia, Esplanade Danga 88. Dengan pelaburan komited kira-kira US$ 100 bilion, ia terdiri daripada empat pulau buatan yang bertemakan integrasi dan innovasi bandar dan perniagaan. Projek ini bertujuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi melalui lapan industri utama - pelancongan dan MICE, penjagaan kesihatan, pendidikan dan latihan, ibu pejabat serantau, kewangan pesisir pantai, pangkalan perkhidmatan e-dagang di ASEAN, penerapan teknologi baru dan pusat perkhidmatan serta sektor hijau dan bandar pintar.

Source: Forest City
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Real Estate Residential Real Estate Sports Sports Equipment & Accessories New products/services