omniture

Forum Jalur & Jalan Hijau Beijing Gamit Pemberi Pinjaman Global

China Green Finance Committee
2019-08-20 16:17 388

BEIJING, 20 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, lebih 150 delegasi daripada 40 bank global, firma pelaburan dan organisasi antarabangsa berhimpun di Beijing sempena Mesyuarat Pleno Pertama Prinsip-prinsip Pelaburan Hijau untuk Jalur dan Jalan (GIP), pemacu utama bagi menggalakkan pelaburan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar di bawah Inisiatif Jalur & Jalan.

Dilancarkan oleh China Green Finance Committee dan Bandar Raya London pada November 2018, GIP ialah satu set prinsip yang dikhususkan untuk menggalakkan pelaburan eko-sedar di wilayah Jalur dan Jalan. Tiga puluh institusi global termasuk beberapa pemberi pinjaman utama wilayah tersebut, telah mendaftar untuk GIP. Perhimpunan hari ini merupakan yang pertama oleh anggota-anggota GIP tatkala mereka berusaha mencari cara untuk melaksanakan prinsip-prinsip berkenaan.

"Pada dekad-dekad akan datang, kebanyakan pelaburan infrastruktur dunia akan dihoskan oleh wilayah Jalur dan Jalan, yang akan memberi kesan yang mendalam terhadap iklim dan alam sekitar," kata Dr. Ma Jun, Pengerusi China Green Finance Committee. "Matlamat GIP adalah untuk menggalakkan dan membantu para penandatangan menyepadukan pertimbangan terhadap alam sekitar dalam proses membuat keputusan dan pelaksanaan pelaburan mereka di wilayah ini dengan lebih baik."

Bagi menyokong pelaksanaan GIP dan membantu meningkatkan kapasiti pelaburan hijau para penandatangan, sebuah Sekretariat telah ditubuhkan dengan pejabat-pejabat terletak di Beijing dan London. Pangkalan data projek hijau akan turut dibangunkan sebagai platform maklumat antara pemberi pinjaman dan pemilik projek.

"GIP akan memberi manfaat kepada negara-negara di sepanjang Jalur dan Jalan dengan membantu memudahkan pelaburan hijau, meminimumkan kesan negatif pelaburan baharu dan mencipta peluang perniagaan yang baik," kata Chen Yulu, Timbalan Gabenor PBOC.

"Saya berharap dapat melihat institusi-institusi UK bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi Cina dan antarabangsa untuk berkongsi amalan terbaik bagi melaksanakan prinsip-prinsip dengan cara yang mantap," kata Christina Scott, Chargé d'Affaires, Kedutaan British Beijing.

"Menerusi kolaborasi dengan rakan-rakan kongsi Cina kami melalui UK-China Green Finance Centre, kami memainkan peranan penting dalam memastikan agar projek-projek infrastruktur terbesar akan menggabungkan pembangunan rendah karbon dan lestari," kata Sir Roger Gifford, Pengerusi Green Finance Institute UK.

Di mesyuarat hari ini, peserta-peserta bersetuju untuk menubuhkan tiga kumpulan kerja bagi mengkaji amalan terbaik dan membangunkan alatan serta kaedah bagi tujuan pelaksanaan. Dipengerusikan bersama oleh penandatangan GIP, kumpulan-kumpulan kerja ini akan bertanggungjawab untuk topik-topik termasuk penilaian risiko alam sekitar, pendedahan maklumat dan inovasi produk kewangan hijau.

Source: China Green Finance Committee
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Environmental Issues