omniture

HOOQ Filmmakers Guild Musim ke-3 Dibuka untuk Penyertaan

HOOQ Giatkan Pencarian Pembikin Filem Beraspirasi di Asia untuk Bantu Mengubah Visi Kreatif Mereka Menjadi Kenyataan
HOOQ
2019-08-21 10:24 352

SINGAPURA, 21 Ogos 2019  /PRNewswire/ -- HOOQ, perkhidmatan video-atas-permintaan yang terkemuka di Asia Tenggara memulakan Musim Ketiga HOOQ Filmmakers Guild, satu inisiatif rintis yang diwujudkan untuk memberi suara kepada pembikin filem yang sedang meningkat naik, meningkatkan bakat baharu dan membawakan cerita-cerita yang paling menggamit perhatian dan memukau kepada penonton di Asia yang inginkan kandungan berkualiti tinggi.

Bryan Seah, Ketua Penerbitan Asal, HOOQ berkata, "Kami teruja untuk membawa kembali HOOQ Filmmakers Guild untuk musim ketiga. Kami mengetahui bahawa cerita-cerita hebat berupaya melangkaui sempadan dan sebagai perkhidmatan video-atas-permintaan yang terkemuka di Asia Tenggara, kami ingin memberi peluang kepada pembikin filem yang sedang meningkat naik untuk berkongsi kisah-kisah yang penting buat mereka di seluruh rantau ini. Ini bukan sekadar mencari bakat besar yang seterusnya, ia juga merupakan peluang untuk pembikin filem di Asia Tenggara dan India untuk benar-benar menunjukkan apa yang dapat mereka lakukan."

Susulan kejayaan musim-musim terdahulu, yang menerima bilangan penyertaan yang belum pernah terjadi sebelum ini daripada pembikin filem yang beraspirasi dengan keinginan untuk menjadikan visi kreatif mereka suatu kenyataan, HOOQ menjangkakan lebih 500 penyertaan bakal dihantar tahun ini. Dalam menjangkakan peningkatan penyertaan, HOOQ akan turut meningkatkan pelaburannya untuk pembangunan setiap episod rintis sebanyak 30% kepada USD 40,000. Peningkatan tambahan ini dibuat sebagai satu usaha untuk terus menyokong bakat baru muncul dari Asia Tenggara dan India serta meningkatkan kualiti kandungan yang dihasilkan oleh mereka.

HOOQ Asal: BHAK -  pemenang bagi HOOQ Filmmakers Guild sulung
HOOQ Asal: BHAK - pemenang bagi HOOQ Filmmakers Guild sulung

 

HOOQ Asal: She's A Terrorist And I Love Her - pemenang bagi HOOQ Filmmakers Guild Musim ke-2
HOOQ Asal: She's A Terrorist And I Love Her - pemenang bagi HOOQ Filmmakers Guild Musim ke-2

Mengulas tentang pelancaran HOOQ Filmmakers Guild Musim ke-3, Jennifer Batty, Ketua Pegawai Kandungan, HOOQ berkata, "Kami berpeluang untuk bekerjasama dengan beberapa pembikin filem yang paling berbakat di Asia sejak pelancaran inisiatif berkenaan pada tahun 2017. Penyertaan dalam program dan penyerahan daripada pembikin filem beraspirasi telah mengagumkan kami, menerusi banyak konvensyen naratif tradisional yang mencabar dan penghasilan sesuatu yang baharu. Ia benar-benar menunjukkan bahawa Asia dipenuhi dengan himpunan bakat kreatif yang unik. Kami tidak sabar untuk melihat penyertaan tahun ini."

Format penilaian akan mengikuti peraturan yang sama dengan panel penilaian dibarisi bintang-bintang terkenal yang terdiri daripada bakat-bakat filem ternama di seluruh Asia akan menyenarai pendekkan lima skrip untuk dibangunkan menjadi episod rintis. Skrip terbaik daripada lima episod-episod rintis tersebut, diputuskan oleh pelanggan HOOQ akan diterbitkan menjadi musim lengkap yang kemudiannya akan disiarkan di HOOQ.

Pemenang-pemenang terdahulu HOOQ Filmmakers Guild termasuk:

BHAK , pemenang HOOQ Filmmakers Guild yang pertama
Pemenang bagi HOOQ Filmmakers Guild sulung, BHAK, yang merangkul hadiah utama bagi rancangan rintis terbaik di Festival Filem Antarabangsa Rhode Island (RIIFF) pada tahun 2018, baru-baru ini meraih pencalonan untuk siri web antarabangsa terbaik di RIIFF pada tahun 2019. 'Komedi drama' menarik yang mendapat pujian para pengkritik yang ditulis dan diarahkan oleh Arjun Chatterjee dan Shreyom Ghosh daripada Big3 Media, menceritakan kisah dua pembikin filem bercita-cita tinggi, yang mana setelah ditolak di Bollywood, memutuskan untuk mengambil tindakan mereka sendiri – membawa kepada pelbagai peristiwa susah senang yang silih berganti antara kekecewaan, semangat, pengkhianatan dan cinta terhadap wayang India. 

"Mengambil bahagian dan memenangi HOOQ Filmmakers Guild pertama seumpamanya merupakan satu pengalaman yang hebat. Apabila kami menghasilkan BHAK, kami ingin menjadi berani dari segi pendekatan kami terhadap penceritaan dan HOOQ memberi peluang kepada kami untuk menjadikan visi kreatif kami suatu kenyataan. Ia merupakan projek yang dihasilkan oleh kami dengan bersungguh-sungguh dan kami teruja kerana ia mendapat perhatian yang kami percaya layak diterima olehnya," kata pengarah-pengarah Arjun Chatterjee dan Shreyom Ghosh.

She's A Terrorist And I Love Her , pemenang HOOQ Filmmakers Guild Musim ke-2
Penyertaan komedi gelap Singapura She's A Terrorist And I Love Her disimpulkan sebagai penyertaan yang berjaya untuk Musim ke-2 HOOQ Filmmakers Guild. Rancangan tersebut adalah mengenai seorang lelaki bernasib malang yang melalui beberapa masalah peribadi dan kewangan. Dikejar oleh geng lintah darat milenia, beliau terjebak dalam perkahwinan palsu untuk mendapatkan wang dengan segera, akhirnya mendapat tahu bahawa "isteri" baharu beliau ialah seorang ekstremis, bertekad untuk mencetuskan huru hara di Singapura.

Ia bersaing dengan filem aksi-komedi Thai Split Second, kisah seram kuasa ghaib Lucky Girl, cerita ngeri berunsurkan politik Malaysia Babi! dan drama kuasa ghaib Indonesia KlenixShe's A Terrorist And I Love Her kini telah memasuki fasa prapenerbitan dan akan disediakan untuk ditonton melalui HOOQ pada akhir tahun ini. 

Terence Chia dan Haresh Tilani, pengarah-pengarah She's a Terrorist and I Love Her! berkata, "Dalam dunia yang dipenuhi golongan profesional filem dan media yang berbakat, kadang kala sukar untuk menghasilkan sesuatu yang menonjol dan mempunyai suara yang unik. Dengan She's a Terrorist and I Love Her!, kami berani memberikan kelainan dengan mengekspresikan visi dan hala tuju kreatif kami sambil mencari komedi dalam tema-tema yang paling berani. Kami bersyukur kepada HOOQ atas peluang ini dan kami yakin penonton akan menyukai siri tersebut apabila ia siap."

Cara mengambil bahagian dalam HOOQ Filmmakers Guild
HOOQ Filmmakers Guild Musim ke-3 bermula hari ini dan akan dibuka penyertaannya sehingga 30 September 2019. Pemohon-pemohon perlu menghantar penyertaan mereka ke www.genero.com/hooq

Peserta-peserta mestilah sama ada berada di sekolah perfileman atau bekerja sebagai ahli profesional dalam industri filem dengan pengalaman penerbitan filem terdahulu. Mereka perlu menghantar skrip dan olahan untuk siri mini atau siri penuh dengan maksimum 13 episod bagi satu musim untuk melayakkan diri. Tiada batasan dikenakan untuk genre, walau bagaimanapun penyerahan dan penerbitan mestilah dalam bahasa negara pemohon. 

Penyerahan akan diterima dari Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, India, Malaysia, Kemboja dan Vietnam. 

Catatan untuk Editor

KAEDAH MENDAPATKAN HOOQ
HOOQ disediakan untuk ditonton secara dalam talian daripada www.HOOQ.tv dan sebagai aplikasi daripada Apple Store dan Google Play Store. Hanya perlu mendaftar dan melog masuk, untuk mengakses pustaka luas HOOQ dengan rancangan-rancangan sensasi Antarabangsa dan Asia.

LATAR BELAKANG HOOQ
HOOQ ialah perkhidmatan video-atas-permintaan yang terkemuka untuk pasaran-pasaran baru muncul di Asia, membawakan lebih 12,000 jam filem, rancangan dan TV langsung tempatan, serantau dan Hollywood kepada penggunanya pada bila-bila masa, di mana-mana dan pada sebarang peranti. Bermula sebagai satu usaha sama pada January 2015 oleh Singtel, Sony Pictures Television dan Warner Bros, HOOQ telah membina destinasi hiburan yang berakar umbi dalam pemahamannya terhadap keperluan dan tabiat pengguna. Kini, HOOQ beroperasi di Filipina, Thailand, India, Indonesia dan Singapura, dengan gabungan jejak populasi sebanyak lebih 1.7 bilion orang.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi HOOQ.tv

Ikuti kami di:
LinkedIn
Instagram
Facebook

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190805/2543076-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190805/2543076-1-b?lang=0

Source: HOOQ
Related Links:
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Mobile Entertainment Telecommunications Television