LONDON, 21 Ogos 2019 /PRNewswire/-- Majalah Professional Wealth Management (PWM) Financial Times menerbitkan edisi terbaharu CBI Index. Laporan khas ini menyambut ulang tahun ketiganya dan menyenaraikan semua program kerakyatan melalui pelaburan (CBI) yang aktif di seluruh dunia terhadap tujuh tonggak yang dianggap paling penting kepada pelabur yang tercari-cari kerakyatan kedua.
Sejumlah 13 negara dinilai dalam kajian tahun ini, yang dijalankan oleh penyelidik bebas James McKay: Antigua dan Barbuda, Austria, Bulgaria, Cambodia, Cyprus, Dominica, Grenada, Jordan, Malta, St Kitts dan Nevis, St Lucia, Turki dan Vanuatu. Secara keseluruhan, trend industri utama berhubung ketelusan, pengalaman dan keselamatan yang dipertingkat menyaksikan negara-negara Caribbean meneruskan kejayaan mereka dari tahun-tahun lalu ke tahun 2019, mengatasi rakan setara mereka dalam lima daripada tujuh tonggak.
Dominica sekali lagi muncul sebagai negara dengan program kerakyatan melalui pelaburan yang terbaik di dunia, menggabungkan ketekunan wajar yang ekstensif dengan ciri kecekapan, kepantasan, kemampuan dan keandalan. St Kitts dan Nevis mengekalkan trajektori menaiknya berhubung tawaran tanpa visa atau visa semasa tiba dan menunjukkan komitmennya terhadap ketekunan wajar yang dipertingkat. Grenada turut meningkatkan penekanan terhadap program ketekunan wajar namun mendapat banyak manfaat daripada garis masa kerakyatannya yang lebih baik. St Lucia mengatasi Antigua dan Barbuda buat pertama kalinya, pulau selatan itu memperbaiki skornya di bawah kebebasan pergerakan, garis masa kerakyatan dan ketekunan wajar.
Permintaan terhadap kerakyatan Caribbean terus berkembang, memandangkan keperluan individu bernilai bersih tinggi berubah. "Ramai penduduk Timur Tengah tidak mahu menjelajah ke AS, sebagaimana warga Eropah tidak mahu berkunjung ke UK lagi lantaran Brexit," menurut Ketua Pegawai Eksekutif sebuah bank swasta global utama. Sesetengah pengkritik membayangkan bahawa pemohon-pemohon CBI sebahagian besarnya merupakan individu-individu berhijrah yang telah melanggar kawalan pertukaran yang ketat di negara asal, namun pihak pengurus bank swasta menjelaskan bahawa kebanyakan pelanggan daripada bidang kuasa yang tidak menentu bidang politiknya seperti di Timur Tengah dan Afrika ingin mendapatkan CBI sebagai rancangan C atau D sekiranya berlaku "peningkatan ketidakamanan atau peperangan terang-terangan."
Editor PWM Yuri Bender berkata bahawa "individu-individu kaya dan keluarga mereka mencari kerakyatan kedua atas beberapa alasan, manakala faedah-faedah untuk negara-negara yang menawarkan skim CBI mungkin besar." Sesungguhnya, dari perspektif negara tuan rumah, ketelusan dan kebertanggungjawapan dana-dana CBI menjadi tumpuan tahun ini. CBI Index 2019 menyatakan bahawa negara-negara yang menunjukkan bagaimana penduduk asal mendapat faedah daripada penerimaan CBI menginspirasikan lebih kepercayaan dan tarikan dalam kalangan pelabur.
Pada tahun 2019, CBI Index turut menyediakan platform untuk pakar-pakar cukai dan undang-undang membincangkan perbezaan antara kerakyatan dan kewajipan untuk membayar cukai. Pakar-pakar daripada Ernst & Young, Smith and Williamson dan Queen's Counsel Balraj Bhatia sebulat suara bersetuju bahawa kerakyatan dan pemastautinan memberikan set hak dan kewajipan berbeza terhadap individu. Ketua Pegawai Eksekutif FACT Due Diligence, Kieron Sharp, memperincikan mengapa "ketekunan wajar yang teliti merupakan asas bagi kerakyatan melalui industri pelaburan," selain daripada implikasi reputasi dan keselamatan yang jelas.
Laporan penuh CBI Index 2019 kini disediakan untuk muat turun percuma di www.cbiindex.com .
Latar Belakang CBI INDEX
CBI Index ialah satu kajian komprehensif ke atas semua program kerakyatan melalui pelaburan (CBI) yang aktif dan digubal oleh kerajaan di dunia. Diterbitkan setiap tahun oleh majalah Professional Wealth Management – bahan penerbitan daripada Financial Times, ia menawarkan individu dan entiti dengan panduan praktikal terhadap program-program CBI yang berbeza dan kekuatan perbandingannya. Sejak edisi pertamanya pada tahun 2017, CBI Index menjadi sumber maklumat bebas yang paling andal dan mesra pengguna dalam industri berhubung program-program hari ini, isu-isu penting yang membentuk minat pelabur serta hala tuju masa depan berhubung kerakyatan melalui pelaburan.
Hubungi:
info@cbiindex.com
www.cbiindex.com