omniture

AntWorks diiktiraf sebagai Peneraju dalam NEAT NelsonHall untuk Platform Pengautomatan Pintar

Laporan mengiktiraf keupayaan pengautomatan pintar hujung-ke-hujung AntWorks, memberi kemudahan penggunaan pengautomatan pintar dan menskalakan produktiviti bot melalui pengaturan data
AntWorks
2019-08-21 16:18 641

SINGAPURA, 21 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- AntWorks™, penyedia bertaraf global bagi kecerdasan buatan dan penyelesaian pengautomatan pintar yang dikuasakan oleh sains fraktal, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diberi kedudukan sebagai peneraju dalam Alatan Penilaian dan Penaksiran Vendor (NEAT) NelsonHall untuk Platform Pengautomatan Pintar. Pengiktirafan ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam menilai Platform Pengautomatan Bersepadu (IAP) dan bukannya menilai fungsi-fungsi kendiri serta merupakan satu pengiktirafan besar terhadap keupayaan AntWorks untuk menawarkan penyelesaian tindanan penuh pengautomatan pintar yang dibina untuk penggunaan modular.

Menurut laporan ini, AntWorks merupakan antara 'pesaing paling menarik' dalam sektor pengautomatan kognitif dan ke hadapan dalam industri dalam menawarkan tindanan penuh IAP. Ketepatan unggul dalam pengaturan data tidak berstruktur dan berasaskan imej, termasuk pengekstrakan tulisan tangan, pengecaman imej dan pengesahan tandatangan dengan teknologi pembelajaran fraktalnya merupakan pembeza yang mantap.

Mike Smart, Penganalisis Kanan dengan NelsonHall dan penulis laporan tersebut, berkata, "Enjin AntWorks sedang mendepani kemajuan dalam memahami maklumat kontekstual daripada pelbagai jenis dokumen tidak berstruktur dalam bentuk teks atau tulisan tangan dengan tahap ketepatan yang tinggi. AntWorks mendapat penilaian yang begitu baik oleh organisasi-organisasi utama dengan proses-proses khusus dalam industri atau pentadbiran yang berjumlah tinggi, dan organisasi-organisasi dengan penggunaan pengautomatan proses robotik (RPA) utama yang luar biasa untuk dilaksanakan secara meluas, dan semakin kecewa dengan tahap produktiviti bot mereka."

Asheesh Mehra, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AntWorks, berkata, "AntWorks merupakan yang pertama dalam industri pengautomatan pintar untuk menegaskan dan mencipta konsep Platform Pengautomatan Bersepadu, dikuasakan oleh sains fraktal. Diberi kedudukan sebagai Peneraju dalam kategori 'Keseluruhan' dan 'Keupayaan Pengautomatan Pintar Hujung-ke-Hujung' dalam tempoh yang singkat dan mengatasi pesaing-pesaing berpengaruh dalam industri, mengesahkan nilai yang dibawakan oleh AntWorks kepada pelanggannya dalam mendayakan pengutomatan pintar yang autentik, dipacu oleh pemprosesan penuh secara automatik dengan pendekatan yang mengutamakan data."

Semak penilaian NelsonHall dan kedudukan AntWorks di sini: http://www.ant.works/NH-IAP-NEAT

Latar Belakang AntWorks 

AntWorks™ ialah syarikat kecerdasan buatan dan pengautomatan pintar bertaraf global, mewujudkan kemungkinan baharu dengan data melalui pendigitan, pengautomatan dan kecerdasan perusahaan. Sebagai Platform Pengautomatan Bersepadu (IAP) yang pertama dan satu-satunya di dunia yang dikuasakan oleh prinsip sains fraktal dan pengecaman pola yang memahami setiap jenis data, ANTstein™ SQUARE mendigitalkan setiap maklumat untuk pelbagai industri. Kunjungi www.ant.works untuk memperkasa perusahaan anda dengan mengautomasikan proses perniagaan kompleks hujung-ke-hujung. 

NelsonHall NEAT Intelligent Automation Platforms - Overall
NelsonHall NEAT Intelligent Automation Platforms - Overall

 

NelsonHall NEAT Intelligent Automation Platforms - End-to-End Intelligent Automation Platform Capability
NelsonHall NEAT Intelligent Automation Platforms - End-to-End Intelligent Automation Platform Capability

 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190820/2555566-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190820/2555566-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551620-1LOGO?lang=0

Source: AntWorks
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications Awards