omniture

Projek heterosimpang berkecekapan tinggi USD 467 juta Risen Energy di Ninghai, China mulakan pembinaan

Risen Energy Co., Ltd
2019-08-24 01:30 404

NINGBO, China, 24 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pada 19 Ogos, Risen Energy Co., Ltd. telah mengadakan upacara pecah tanah untuk projek sel dan modul heterosimpang berkecekapan tinggi 2.5GW miliknya di Ninghai, sebuah daerah dalam bandar raya Ningbo, wilayah Zhejiang. Pada hari yang sama, beberapa projek utama yang lain yang memulakan kerja-kerja pembinaan bersama-sama mengadakan upacara "perasmian besar-besaran" di daerah ini. Pegawai-pegawai daripada kerajaan daerah Ninghai menghadiri acara ini.

Upacara pecah tanah
Upacara pecah tanah

Wang Junhai, timbalan eksekutif majistret daerah Ninghai, berkata, "Projek-projek ini sangat relevan dengan pembangunan ekonomi dan sosial Ninghai serta masa depan kami." Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Ninghai telah menggiatkan usahanya bagi mempercepatkan penyempurnaan hala tuju untuk projek-projek utama daerah ini dalam usaha untuk memimpin pembangunan merentas industri-industri, meningkatkan pelaburan dalam teknologi, mengoptimumkan pembinaan baharu di kawasan bandar dan luar bandar daerah, meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memperkukuh keberkesanan jabatan-jabatan kerajaan tempatan selain pihak-pihak berkuasa kerajaan peringkat wilayah dan negeri dengan pengawasan dalam bidang kuasa. Hal ini telah dilaksanakan dengan menangani cabaran-cabaran melalui inovasi dengan matlamat untuk menunjukkan keputusan yang memberangsangkan sepanjang tahun. Pelaksanaan projek-projek ini akan menyokong tumpuan Ninghai terhadap pembangunan berdasarkan kualiti."

Projek sel dan modul heterosimpang berkecekapan tinggi berkeluasan 137,000 meter persegi baharu daripada Risen Energy disokong oleh pelaburan berjumlah 3.3 bilion yuan (kira-kira US$467 juta). Projek ini, termasuk pembinaan kemudahan sokongan asas yang digunakan dalam pembuatan sel dan modul dilengkapi oleh pemerolehan peralatan pengeluaran, yang dijadualkan untuk menyediakan 2.5GW dalam sel dan 2.5GW dalam modul setiap tahun. Setelah siap pada tahun 2021, kemudahan pengilangan projek ini diramalkan menjana pendapatan jualan sebanyak 5 bilion yuan (kira-kira US$710 juta) apabila beroperasi pada kapasiti penuh.

Teknologi heterosimpang menawarkan beberapa kelebihan yang penting untuk projek ini, memandangkan ia dapat menghapuskan degradasi cahaya dan kuasa serta memberikan pekali suhu rendah yang baik. Sel heterosimpang Risen Energy menjanjikan kecekapan penukaran sebanyak lebih 23%. Di samping itu, syarikat turut menambah baik modulnya dengan lapisan belakang modul separa, imbrikat, dwikaca dan tinggi pemantulan, antara teknologi baharu yang lain. Syarikat mengeluarkan sel dan modul heterosimpang dengan teknologi sel heterosimpang dwimuka berkecekapan tinggi, yang membolehkan penjanaan tenaga elektrik pada kedua-dua sisi panel dan memberikan pelabur dengan 10-30% tahap pendapatan yang lebih tinggi daripada kuasa yang dijana.

Presiden Risen Energy Xie Jian mengulas, "Projek heterosimpang berkecekapan tinggi 2.5GW baharu akan memainkan peranan penting dalam membantu Risen Energy meningkatkan keupayaannya dalam pembangunan teknologi dan pembuatan pintar serta dalam meluaskan kehadirannya dalam pasaran. Mulai saat ini, kami akan memberi tumpuan pada penyiapan kemudahan pengilangan mengikut piawaian dan cekap yang mengikuti sepenuhnya rancangan kami di samping terus menyuntik lebih banyak sumber manusia dan bahan sebagaimana yang diperlukan. Dengan pemecahan tanah projek tersebut, Risen Energy membawakan teknologinya, kapasiti pembuatan dan kekuatan komprehensif ke tahap baharu. Kami percaya bahawa kemudahan yang siap itu akan memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan ekonomi serantau Ninghai."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190820/2556449-1?lang=0

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities